Foto: Maeil Business Newspaper

Pengumuman di Google I/O 2025 baru-baru ini telah menggegarkan landskap teknologi dan fesyen masa kini. Ini terutamanya buat penggemar peranti dan fesyen lelaki. Google secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan Gentle Monster, jenama kaca mata global dari Korea Selatan.

Kerjasama ini menyaksikan Gentle Monster sebagai rakan kongsi pertama dalam pembangunan kaca mata pintar AI yang dikuasakan oleh Android XR.

Kolaborasi Google dan Gentle Monster Dalam Evolusi Gaya & Teknologi

Ini menandakan era baharu di mana teknologi canggih dan estetika sofistikated bakal disatukan dalam satu peranti yang boleh dipakai setiap hari.

Gentle Monster jenama yang sejak kebelakangan ini cukup terkenal dengan naratif jenama inovatif serta estetika eksperimental namun halus. Apatah lagi dengan kolaborasi mereka dengan penyanyi sensasi Balckpink, Jennie yang cukup mendapat sambutan luar biasa.

PENERAJU TREND

Mereka merupakan jenama yang telah lama menerajui trend dalam industri kaca mata global. Pilihan Google terhadap Gentle Monster sebagai rakan kongsi pertama bukanlah suatu kebetulan.

Ads

Kolaborasi Google dan Gentle Monster Dalam Evolusi Gaya & Teknologi

Pengurus Besar dan Naib Presiden Google XR, Shahram Izadi, menegaskan bahawa kreativiti dan kecanggihan adalah ciri reka bentuk penting agar teknologi dapat berintegrasi ke dalam kehidupan seharian.

Pandangan ini selari dengan falsafah reka bentuk Gentle Monster yang sentiasa mengutamakan inovasi visual. Kolaborasi ini disifatkan sebagai langkah penting dalam evolusi kaca mata pintar AI, mengubahnya daripada sekadar peranti teknologi kepada item fesyen gaya hidup yang penting.

Ads

Bayangkan kaca mata yang bukan sahaja menawarkan fungsi realiti terimbuh (XR) yang lancar, tetapi juga direka dengan keutamaan pada keselesaan dan estetika, menjadikannya mudah dipakai dan digayakan dalam pelbagai situasi.

Kolaborasi Google dan Gentle Monster Dalam Evolusi Gaya & Teknologi
Contoh seleksi kaca mata Gentle Monster yang cukup popular

Ini bakal merevolusikan bagaimana kaum lelaki khususnya mendekati fesyen dan peranti. Kaca mata pintar ini tidak lagi dilihat sebagai peranti ‘nerdy’, tetapi sebagai aksesori bergaya yang melengkapkan penampilan. Selain menawarkan fungsi pintar yang tidak ternilai.

Sambutan dan penerimaan terhadap kaca mata ini dilaporkan sangat tinggi. Ia dijangka mempamerkan teknologi pintar tercanggih disamping estetika Gentle Monster yang diperhalusi.

Ads

BACA: Berjuang Dalam Sakit, Azlan Alias Rupanya Retak Tulang Lengan Ketika Aksi Menentang Thailand

Ini bermakna penggemar fesyen tidak perlu lagi berkompromi antara gaya dan fungsi. Kaca mata pintar Google dan Gentle Monster berpotensi menjadi pelopor kepada kategori produk baharu yang menggabungkan kecanggihan AI dan keindahan reka bentuk.

Sekali gus menetapkan standard baharu dalam pasaran gajet boleh pakai. Buat peminat peranti pintar yang rendy, inilah jawapan yang selama ini anda cari!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI