Apabila bercakap tentang koleksi fesyen pada masa kini perkataan ‘inclusivity’ sememangnya cukup popular.
Di era dunia semakin menerima pelbagai perbezaan demi keharmonian sejagat inilah semangat yang cukup positif boleh dibawa jenama dalam mempromosikan produk mereka.
Bagi AEON FASHION PREVIEW 2024 Raya Collection, mereka meneruskan intipati legasi fesyen untuk semua lapisan masyarakat sekali sekali lagi dengan variasi pilihan yang cukup meluas.
Bertempat di AEON Maluri pada 22 Februari lalu, AFP 2024 Raya Collection atau dikenali sebagai AFPFeb24 dipertontonkan dengan pertunjukan fesyen istimewa di atas bumbung kompleks beli-belah tersebut.
Turut meraikan majlis pada pertunjukan fesyen tersebut ialah kehadiran kira-kira 100 orang pempengaruh daripada segenap umur dan bangsa hadir sebagai AEON Real Beauty Ambassador.
Selain koleksi pakaian Raya, turut diperkenalkan buat pertama kali ialah jenama baharu, Stds yang memfokuskan kepada aspek ketahanan dan juga kepelbagaian fungsi.
Menurut Pengurus Kanan Perniagaan AEON, Nicole Wong Mei Cheng, “Jenama Stads diperbuat daripada bahan ringan yang berprestasi tinggi hadir dengan ciri-ciri seperti kalis air dan perlindungan angin.
Ads
“Kebanyakan barang boleh dipadatkan dan dilipat ke dalam kantung kecil.
“Rangkaian ini adalah mengenai memenuhi gaya hidup luar bandar. Kami ingin memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi warga kota muda yang menikmati aktiviti luar.”
Ia dipersembahkan bersama-sama dengan koleksi pakaian perayaan Lebaran Aeon semasa Pratonton Fesyen Aeon edisi Februari 2024, yang diadakan di atas bumbung Aeon Mall Taman Maluri di Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi koleksi fesyen Hari Raya Aidilfitri turut menampilkan beberapa tema. “Kunjung Lebaran mengetengahkan pakaian tradisional Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia.
Ads
“Setiap negeri mempunyai reka bentuk tersendiri seperti baju kedah dari Kedah,” tambahnya lagi.
Selain itu pertunjukan fesyen AFPFeb24 ini turut menampilkan seleksi pakaian dari ARCADIA yang menawarkan fabrik linen dan kapas untuk kegunaan harian.
Manakala sentuhan lebih pop pula ditonjolkan menerusi koleksi bertemakan anime, ‘The Spy X Family Collection’ dari siri animen ‘Spy X Family’.
Ads
Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON menyatakan, Low Ngai Yuen berkata, “Di AEON, kami percaya bahawa fesyen adalah lebih daripada sekadar pakaian; komitmen kami melangkaui fabrik, potongan dan fungsi.
“Ia adalah mengenai memperkasakan setiap individu untuk menyatakan secara autentik diri mereka sendiri. Itulah sebabnya kami berbangga untuk mendapatkan 100 pengaruh dan pelanggan hari ini sebagai Duta Kecantikan Sebenar kami,” jelasnya lagi.
Koleksi pakaian perayaan Lebaran Aeon boleh didapati di kedainya di seluruh negara, manakala rangkaian Stads akan tersedia di kedai terpilih mulai 18 Mac.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cermin mata gaya hidup dan sukan kini menjadi sebahagian daripada keperluan terutamanya buat seseorang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sentiasa berada di luar.
Dengan kondisi cuaca yang panas dan matahari yang cukup cerah di negara kita penggunaan cermin mata berkanta gelap merupakan satu keperluan. Selain memberikan visual penglihatan yang lebih baik ia juga mampu melindungi mata daripada sinaran cahaya UV.
Selain itu, cermin mata berkanta gelap juga menjadi item fesyen gaya hidup yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Salah satu jenama yang selalu menjadi pilihan ramai ialah Oakley.
Terbaru, Oakley melancarkan sebuah program yang memberikan peluang kepada pengguna melakukan kustomisasi dengan pemilihan bingkai, kanta dan pelbagai aksesori cemrin mata.
Oakley Custom Program merupakan program yang cukup unik diperkenalkan oleh jenama tersebut bagi memberikan peluang buat individu yang inginkan kelainan serta menonjolkan personaliti mereka mengikut sentuhan peribadi.
Oakley Holbrook
Penekanan terhadap ‘personalization’, program ini memberikan peluang pengguna untuk menyerlahkan keunikan masing-masing menerusi kustomisasi cermin mata gaya hidup atau sukan yang ditawarkan oleh jenama ini.
Program ini menawarkan kombinasi yang sangat banyak. Malah menurut mereka lebih 40 juta kombinasi berbeza dapat dilakukan. MASKULIN sendiri mengikuti sendiri pengalaman mengikuti program ini.
Oakley Frogskins
Pertama sekali kita perlu memilih model cermin mata. Untuk program ini Okaley menawarkan empat seleksi iaitu Frogskin, Holbrook. Sutro dan Radar EV. Setiap model menawarkan beberapa seleksi warna berbeza. Secara keseluruhannya terdapat 30 gaya berbeza ditawarkan.
Selepas memilih bingkai beralih pula kepada kanta, bilah dan juga aksesori hiasan tambahan. Di sini juga terdapat banyak variasi mengikut warna dan juga rekaan berbeza.
Oakley juga memberi peluang kepada pengguna program ini untuk memasang sendiri cermin mata pilihan mereka. Ia merupakan satu pengalaman yang cukup penting terutamanya melibatkan item kustom.
Tawaran Oakley Custom Program ini hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Oakley KLCC sahaja. Jadi jika anda mahukan cermin mata kanta gelap yang kena dengan selera sendiri bolehlah mengunjunginya dengan segera.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.
PILIHAN STOKIN YANG TEPAT
Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.
RENDAMAN CUKA
Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.
RENDAMAN AIR GARAM
Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.
SEMBURAN TEPUNG JAGUNG
Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.
AIR REBUSAN TEH
Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dianggap sebagai di antara pelopor kepada rekaan kasut gaya hidup berasal dari Jepun, Initsuka Tiger cukup sinonim dengan rekaannya yang klasik dan evergreen. Saban tahu kita melihat ada sahaja rekaan yang cukup menarik diketengahkan oleh Onitsuka Tiger.
MASKULIN baru-baru telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri kasut gaya hidup terkini rekaan Onitsuka Tiger yang dikenali dengan nama ACROMOUNT™. Koleksi kotemporari yang diserlahkan oleh mereka menerusi silhouette unik merupakan koleksi kotemporari yang menggabungkan fesyen sukan, inovasi serta identiti jenamanya yang cukup berpengaruh di seluruh dunia.
Menerusi siri ACROMOUNT™ mereka telah memperkenalkan tiga versi iaitu ACROMOUNT™, ACROMOUNT™ MT dan ACROMOUNT™ KNIT. Untuk review kali ini, MASKULIN telah mencuba sendiri menggunakan sneakers dari versi ACROMOUNT™.
Inspirasi rekaan untuk siri ini, yang diterajui pengarah kreatifnya, Andrea Pompilio, hadir daripada model arkib pada era 1970-an. Model potongan rendah ACROMOUNT™ menampilkan kombinasi fabrik dan kulit dengan kemasan vintaj, manakala model potongan sederhana ACROMOUNT™ MT menonjolkan bentuk indah rekaan kontemporarinya.
Pertama kali melihat sneakers ini perkara pertama yang menarik perhatian ialah rekaan tapaknya yang separa radikal. Secara pakejnya tidak keterlalun untuk MASKULIN mengatakan ACROMOUNT™ hadir dengan kombinasi rekaan retro dan futuristik atau retrofuturistik!
Ciptaan tapaknya mengetengahkan lapisan kaki depan yang tipis dengan bahagian tengah yang lebih tebal. Ia sekali gus menjadi ciri utama pada kasut balapan ketika itu, dan kini dipertingkatkan seiring gaya hidup moden menggunakan kombinasi getah dan span ringan.
Jaluran Onitsuka Tiger yang bersaiz besar seterusnya memberikan impak tersendiri terhadap rekaan klasik itu.
Pada bahagian tengah kasutnya dilengkapi dengan kulit suede yang berwarna kelabu. Ia mengkapkan elemen retro bersama paduan fabrik colse-woven berwarna putih berserta jalur Onitsuka Tiger yang berwarna biru. Pada bahagian belakang pula terdapat pull tab berwarna hitam memberikan dimensi yang lebih menarik pada silhouette terkini jenaman ini.
Bahagian tapaknya di hadapan pula disertakan dengan gumsole bagi menaikkan imej retrofuturistik yang dibawa oleh ACROMOUNT™. Hadir dengan tali nilon, ACROMOUNT™ bolehlah MASKULIN katakan sebagai di antara sneakers paling stylo diperkenalkan oleh Onituska Tiger pada tahun ini.
Dari segi faktor keselesaan, ACROMOUNT™ menawarkan fit yang cukup baik. Buat anda yang ingin mendapatkannya MASKULIN mencadangkan untuk anda dapatkan ‘true to size’. Mungkin bagi anda yang mempunyai kaki agak lebar boleh mengambil setengah saiz lebih besar untuk keselesaan maksima.
Model ACROMOUNT serta dua versinya yang lain iaitu ACROMOUNT MT and ACROMOUNT KNIT boleh didapati menerusi https://www.onitsukatiger.com/my/en-my/ dan butik Onitsuka Tiger.
Rating MASKULIN: 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.