Saban tahun jenama asal Jepun, UNIQLO pasti tidak pernah gagal memperkenalkan pelbagai koleksi sempena musim luruh dan sejuk.
Pada tahun ini, salah satu koleksi yang dijangka mendapat perhatian ramai ialah koleksi UNIQLO U 2022 Fall/Winter. Menurut UNIQLO, koleksi istimewa ini akan mula dipasarkan bermula pada 23 September dengan beberapa item dijangka boleh ditempah lebih awal.
Apa yang menarik tentang koleksi ini ialah ia mendapat sentuhan dari Pengarah Artistik UNIQLO, Christophe Lemaire bersama pasukannya di UNIQLO R&D berpangkalan di Paris, Perancis.
Ads
Koleksi ini hadir dengan tema ‘Essentials with a Point of View’ yang mengetengahkan konsep gaya minimalis. UNIQLO U 2022 bermula dengan idea kapsul koleksi pakaian yang mampu dimuatkan di dalam bagasi.
Ads
Sifat universal setiap rekan menjadikan ia sesuai digayakan dalam apa juga keadaan dan majlis.
Paling menyerlah bagi MASKULIN ialah kemampuan koleksi ini dari segi fungsi dan juga sifat versataliti untuk padanan dengan lebih mudah dan bergaya.
Setiap rekaan juga dilihat sesuai untuk dipakai tidak kira sama ada lelaki atau wanita. Ia lebih bersifat ‘genderless’ dengan menampilkan sosok rekaan universal. Sebagai contoh rekaan jaket panjangnya yang hadir dengan inspirasi ‘workwear’ memberi refleksi pendekataan fesyen moden.
Penggunaan material yang lembut dan selesa dipakai juga menjadikan koleksi ini cukup istimewa. Warna yang ditampilkan untuk koleksi ini juga dilihat lebih sofistikated dengan persona neutral. Koleksi ini menampilkan sebanyak 25 item untuk wanita dan 24 item untuk lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Walaupun lelaki tidak secerewet wanita dalam soal berpakaian, namun jangan sampai anda mengetepikan soal gaya sehingga membiarkan kesilapan fesyen ini menjadi habit dalam diri anda.
Ini kerana penampilan yang kemas melambangkan keperibadian diri lelaki. Jadi, jangan ‘tangkap muat’ apa sahaja fesyen yang anda suka tanpa memikirkan sama ada gaya yang anda pakai itu betul atau tidak.
Bukan apa, bimbang jika cara berpakaian itu menampakkan anda seorang yang pelik di mata orang lain.
Oleh itu, cuba semak kesilapan-kesilapan berfesyen ini. Jangan ulangi dan jadikan habit jika ada di antaranya yang pernah anda buat.
Selain jenis tali leher, kepanjangannya juga perlu diambil kira. Jangan pakai tali leher sekejap panjang dan sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher anda ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).
Bagi lelaki yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki, lebih baik anda memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja. Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders serentak kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi, pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Sesetengah daripada anda masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubal pakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Untuk menjaga penampilan, elak daripada memakai stoking yang koyak atau berlubang. Kesilapan anda ini akan nampak ketara lebih-lebih lagi ketika anda membuka kasut. Bimbang orang kata luar nampak segak tapi penampilan gaya yang orang tidak nampak seperti stoking, anda abaikan.
Jangan malas untuk menukar pakaian setiap hari. Mengulangi pakaian yang kotor akan memudahkan kuman dan bakteria daripada peluh yang melekat pada pakaian melekat pada kulit badan sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit.
Jangan main sarung sahaja stoking tanpa memadankan jenis dan warna yang sama melainkan anda sememangnya tidak perasan. Tidak dinafikan stoking lelaki nampak lebih kurang sama warna, jadi untuk memudahkan penyimpanan pastikan anda gulung stoking tersebut agar ia tidak mudah tertukar atau hilang.
Sandal berfungsi untuk memberikan keselesaan buat kaki terutamanya ketika cuaca panas. Jadi jangan tambahkan rasa panas pada kaki anda dengan memakai stoking pula.
Dah nama pun kasut sukan, sudah semestinya ia digunakan khusus untuk aktiviti sukan. Jangan pula anda menyarungkan kasut sukan untuk setiap penggayaan. Pakailah kasut mengikut gaya yang sesuai. Untuk aktiviti santai misalnya, anda boleh sarungkan sneakers manakala untuk aktiviti formal, anda boleh pakai kasut kulit.
Tak perlu nak dapatkan perhatian dengan menayangkan dada atau bulu dada anda untuk tontonan wanita. Sebaiknya sarungkan t-shirt berkolar bulat untuk gaya yang lebih selesa dan sedap mata memandang.
Pemakaian seluar skinny yang terlalu ketat menampakkan gaya anda seperti sarung nangka. Rasa terseksa kaki menyarungkan seluar yang sendat lebih-lebih lagi jika anda bertubuh besar. Sebaiknya, pakailah seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh anda agar penampilan anda lebih selesa dan memudahkan kaki untuk ‘bernafas’.
Jangan disebabkan nak mudah, anda sarungkan stoking putih untuk semua gaya fesyen anda. Ia sebenarnya satu kesalahan kerana stoking putih hanya boleh digunakan untuk aktiviti fizikal seperti bersukan, bersenam atau ke gym sahaja.
Lambakan jenama ‘fast fashion’ yang kini membanjiri pasaran memberikan pilihan yang cukup banyak kepada pengguna.
Dengan persainagan yang cukup sengit bagi menempatkan diri dalam pasaran jenama-jenama fesyen kategori ini pastinya lambat-laun akan muncul juga masalah melibatkan rekaan eksklusif.
Terbaru jenama fesyen yang cukup popular, H&M telah memfailkan saman terhadap pesaingnya, SHEIN jenama fesyen pantas berasal dari Nanjingm, China.
Saman ini dikeluarkan oleh H&M kerana menganggap SHEIN telah melanggar hak cipta rekaannya.
Tindakan yang dilakukan oleh H&M ini dilaporkan pertama kalui oleh Bloomberg yang menyatakan SHEIN telah melanggar hak cipita rekaan lebih satu kes berdasarkan sumber laporan tersebut.
Perkara tersebut didedahkan pada bulan Jun 2023 selepas kes dibacakan buat pertama kali di Hong Kong.
Ia menyatakan H&M pertama kalu memfailkan saman terhadap SHEIN pada bulan 2022. Sumber juga mengatakan, H&M turut menyediakan kes ini terhadap SHEIN sejak tahun 2021 lagi.
Ini merupakan kali pertama syarikat fesyen pantas membawa jenama psesaing ke mahkamah di atas alasan melanggar hak rekaan.
Walaupun persaingan seperti H&M dan Inditex’ Zara telah lama berlaku namun ia hanyalah dari jualan sahaja tetapi tidak pernah ada ‘serangan’ begini sebelum ini.
Lebih menarik, berita tentang kes ini berlaku pada masa hampir sama ketika Temu, sebuah lagi jenama fesyen pantas dari China berdepan kes hampir sama di mahkamah sejak beberapa bulan lalu.
Disember tahun lalu menyaksikan SHEIN menyaman Temu kerana melanggar ‘hak eksklusif dan tada dagangan’ seperti dilaporan oleh The Fashion Law pada 4 Julai lalu.
Berhadapan kes itu, Temu turut menyaman balas SHEIN kerana alasan ugutan, intimidasi dan juga hukuman kewangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda bahawa bila anda di rumah, anda boleh juga boleh melakukan senaman bertaraf gym dengan hanya menggunakan barang-barang buang terpakai? Kadang-kadang tak ada masa nak ke gym, Nak beli dumbbell pun harganya mahal. Jadi apa kata anda sediakan bahan-bahan ini:
Apa yang kita perlukan adalah:
1) Botol Susu (2 L), batang paip.
Jika anda ingin berat yang lebih ringan, isikan air ke dalam botol. Tapi jika anda ingin berat yang lebih, kami sarankan anda meletakkan pasir ataupun batu. Terpulang kepada anda sama ada anda memerlukan berat yang lebih ataupun kurang, jika kurang gunakan botol 500ml saja. Mudah kan?
2) Guni
nama pun sand bag, mestilah anda memerlukan pasir dan bag kan? Anda tak payah beriya nak cari sand bag di pasaran, hanya lakukan di rumah dengan menggunakan guni. Kalau susah sangat nak cari guni, guna plastik beras yang dah habis tu dan isikan dengan pasir yang banyak. Ambil saja di taman. Lepas ni dah tak ada alasan lagilah nak main sand bag.
3) Batang Paip & bola
Dekat rumah tu mesti dah banyak sangat bola yang dah tak ada angin kan? Okay, apa kata anda isikan bola tersebut dengan batu-batu kecil atau tanah sehingga mampat, dan kemudian lekatkan batang paip secara melengkung. Siap dah Kettlebell DIY anda!
Mudah kan? Jadi lepas ni tak payah dah pergi gym!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.