Rasanya agak sukar untuk kita jumpa orang lelaki yang tak mempunyai hatta seutas jam dlam hidupnya. Sama ada suka pakai atau tidak, pasti dalam koleksi mesti ada sekurang-kurangnya satu.
Jadi tak salah jika MASKULIN katakan bahawa jam tangan merupakan kawan paling baik pergelangan tangan anda.
Jika pada usia muda remaja jam yang trendy dengan warna terang pelbagai sentiasa menjadi buruan ramai. Antaranya jam dari jenama CASIO iaitu G-SHOCK. Namun sebagai lelaki yang ingin tampil macho dan bergaya janganlah hadkan kepada sesetengah jenis jam sahaja.
Tak semua jam sesuai untuk digunakan pada semua tempat dan ada di antaranya bergantung kepada ciri-ciri istimewa.
Buat anda yang ingin mencari jam tangan yang sofistikated, moden, stailo dan mengetengahkan sifat ‘jantan’, ini di antara jenis-jenis yang boleh anda beli di pasaran.
DRESS WATCH
Ads
Jam kategori dress watch ini adalah jenis jam yang paling klasik sekali. Reka bentuknya ringkas sahaja iaitu permukaan berwarna putih dan mempunyai strap/band berwarna hitam.
Ia biasanya diperbuat daripada kulit dengan jarum jam jelas dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch adalah jam kategori formal maka amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
DIVER’S WATCH
Seperti namanya, jam jenis diver’s watch ini pada asalnya direka untuk penyelam laut dalam. Jam begini amat tahan lasak, mempunyai sifat kalis air dan tahan tekanan. Digit pada diver’s watch selalunya mempunyai sifat glow in the dark.
Ads
Sifat-sifat jam begini amat sesuai untuk suasana kerja seorang penyelam dasar laut. Diver’s watch juga sesuai dipakai dengan semua pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
Nama lain bagi chrono watch adalah sports watch. Jam ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya tampak canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan fungsi lain mengikut pengeluar jam.
Ads
Jam begini kebiasaannya terasa berat apabila dipakai di tangan. Jam ini bersifat semi-formal. Maka lebih sesuai dipadankan dengan pakaian semi-formal, bukan pakaian formal.
FIELD WATCH
Field watch mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia Pertama. Jam ini kebiasaannya mempunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Kontra tinggi bertujuan memudahkan bacaan walaupun dalam keadaan cahaya yang malap.
Tali jam ini diperbuat daripada kanvas atau kulit. Rekaan terawal memperkenalkan hanya warna hijau atau coklat pada tali jam begini. Jam ini ringan, bersaiz sederhana dan tahan lasak. Secara umumnya, field watch lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual.
PILOT WATCH
Pilot watch menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz/diameter yang besar iaitu melebihi 50mm. Tujuan jam ini direka dengan saiz yang besar adalah untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan.
Ciri-ciri paling menonjol pada jam ini ialah punat yang besar bertujuan memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan (glove) untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal, lebih sesuai dipadankan dengan penampilan semi-formal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuba laburkan sedikit wang anda untuk kelihatan lebih segak dan bersih!
Tidak pernah tertakluk dalam mana-mana buku bahawa bab kecantikan dan kebersihan adalah hak mutlak golongan wanita. Namun entah mengapa apabila acap kali soal kecantikan dibicarakan tumpuan sepenuhnya ditujukan khas kepada wanita.
Situasi tersebut bagaikan berat sebelah dan menunjukkan seolah-olah jejaka tidak menitikberatkan kecantikan dan kebersihan. Tapi itu cerita antara dua hingga lima tahun lepas. Ini kerana realitinya kini lelaki tidak ketinggalan mendapatkan perkhidmatan kecantikan di spa mahupun salon.
“Jika fesyen dan stail rambut berubah mengikut zaman, maka tidak mustahil selera lelaki terhadap kecantikan turut berubah. Sebelum ini saya mendapati lelaki malu untuk bercakap mengenai kecantikan. Apatah lagi untuk mengunjungi spa bagi menjalani rawatan wajah, badan dan urutan.
Kunjungi spa
Biasanya kehadiran pelanggan lelaki di spa tersebut lebih gemar mendapatkan rawatan sauna, lulur dan rawatan wajah. Memahami gaya hidup lelaki lebih aktif daripada wanita, Kimie banyak menggunakan ramuan-ramuan semula jadi bagi mengurangkan bau badan dan melegakan otot-otot yang tegang.
Dalam proses lulur dan skrab tubuh badan, bahan-bahan seperti kunyit, temulawak, mengkuang, sengkuang dan rempah asli yang digunakan mampu menanggalkan sel kulit mati. Proses lulur banyak diberi tumpuan pada bahagian bawah lengan dan siku yang menjadi tempat daki-daki kotor berkumpul.
Mandi
Begitu juga apabila menyentuh soal mandian. Jangan ala kadar saja, sebaliknya mandi dengan bersih. Pastikan air mengalir ke seluruh badan dan gosok menggunakan berus badan yang sudah dititiskan krim mandian. Tapi, jangan lupa bersihkan di bahagian kaki terutamanya kuku jari kaki.
PROSES mandian perlu dilakukan dengan sebaiknya menggunakan krim mandian dan berus badan.
Salon
Sekiranya mendapati gaya rambut anda sudah tersasar daripada potongan asal segeralah ke salon. Di sana pendandan rambut akan trim semula rambut anda, di samping melakukan proses cucian dan merawat kelemumur, keguguran rambut serta kegatalan kulit kepala.
Jangan terlalu kerap bercukur
Menerusi blog kecantikan antarabangsa beauty-and-the-bath, golongan lelaki tidak digalakkan melakukan proses mencukur jambang dan misai terlalu kerap. Ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kulit wajah khususnya bagi individu yang memiliki jenis kulit sensitif. Paling utama gunakan alat pencukur yang bersih dan tidak berkarat bagi menggelakkan sebarang jangkitan bakteria.
Bau badan
Bermacam-macam cara boleh diaplikasikan bagi mengelakkan bau badan. Selain mandi, penggunaan deodaran, losen badan dan minyak wangi turut membantu melenyapkan bau badan yang kurang menyenangkan itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.
1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.
2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.
3. Guna wap air panas
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.
4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.
7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.