Memulihara kelestarian alam kini menjadi agenda yang cukup penting di kalangan penggerak fesyen global masa kini. Pelbagai inisiatif dan kempen diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai lebih cakna akan kepentingan menjaga alam sekitar terutamanya dalam industri ini.
Di antara jenama yang cukup aktif meraikan fesyen yang lebih lestari ialah Levi’s. Terbaru, jenama popular dengan seleksi produk denim ini memperkenalkan kempen ‘Buy Better, Wear Longer’.
Menurut Levi’s kempen ini dibina berdasarkan komitmen jangka panjang mereka untuk menjadikan fesyen lebih lestari, selain memanjangkan jangka hayat produknya. Bagi menyokong usaha ini, Levi’s memperkenalkan filem sinematik pendek dari perspektif sepasang celana Levi’s yang menceritakan kisah pelbagai generasi.
Ia menonjolkan kehidupan rekaan Levi’s paling ikonik, 501. Dengan transformasi menerusi beberapa dekad bersama setiap pemilik, di samping menyesuaikannya dengan gaya pada setiap zaman, 501 dipertontonkan sebagai helaian yang relevan, dan boleh dipakai pada hari ini sama seperti pada tahun 1960-an.
Ads
MESEJ PENTING
“Kempen ini bercakap tentang warisan, ketahanan dan daya tarikan Levi’s kepada khalayak global yang luas. Sepasang Levi’s mampu bertahan lama dan tidak dimamah usia, mampu menarik perhatian generasi demi generasi, dengan beberapa perubahan.
“Tak lapuk dek zaman dan versatil, namun penuh bergaya – tanpa mengira dekad. Mesej ini lebih relevan untuk era ini berbanding sebelumnya, kala kita semua berfikir bagaimana kita boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari” jelas Ketua Pegawai Pemasaran Global Levi’s, Karen Riley-Grant.
Ads
Kempen ‘Buy Better, Wear Longer’ ini bertindak sebagai rayuan dan janji kepada pengguna untuk mebuat pembelian yang lebih bijak dan mencari cara terbaik untuk memakai serta menggunakan semula dan menyimpan pakaian mereka selama yang boleh, sebelum menyerahkannya kepada generasi akan datang.
Dan ia juga adalah komitmen daripada jenama ini bagi meneruskan usahanya dalam pelbagai bidang untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sumber asli yang digunakan, di samping berinovasi merentasi reka bentuk dan platform pembuatannya untuk menjadi lebih mampan, serta untuk bergerak ke arah lebih banyak produk lingkaran juga amalan sama secara keseluruhannya.
KERJASAMA PENERAJU
Paling utama, Levi’s telah membuka sumber pembelajaran dan alatan untuk membolehkan perubahan yang lebih meluas.
Ads
Kini, Levi’s terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan peneraju kelestarian antaranya Fashion for Good dan Yayasan Ellen MacArthur untuk membantu mengalihkan industri kepada model lingkaran, dan dalam masa asama makmal R&D Levi’s, WellThread, berterusan mencari cara radikal baharu dalam menghasilkan pakaian yang boleh mengurangkan jejak alam sekitarnya.
“Melakukan konfigurasi semula rantaian bekalan sememangnya mengambil masa lama, namun kami berjaya temui rakan kongsi yang turut menitikberatkan jejak alam sekitar mereka malah teruja untuk bereksperimen seperti kami. Kerjasama ini membolehkan kami memperkenalkan lebih banyak model lingkaran dalam cara menghasilkan produk kami.” – Paul Dillinger, Naib Presiden, Ketua Inovasi Produk Global.
Baru-baru ini, Levi’s Malaysia turut melancarkan kempen ‘Buy Better, Wear Longer’ di outlet mereka di Pavilion Bukit Jalil. Sesi tersebut juga cukup istimewa kerena Levi’s turutmenjalankan sesi ‘denim swapping’ di kalangan pencinta jenama sejati mereka. Selain itu, kehadiri beberapa figura popular seperti Azrel Ismail, Nikki Dhillon, Joe Shinag dan ramai lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita baik untuk peminat A BATHING APE, yang telah bekerjasama dengan G-SHOCK untuk ulang tahun ke-30 dengan model eksklusif terhad.
Model Khas Ulang Tahun G-SHOCK x BAPE ke-30 menyatukan gaya edgy budaya jalanan BAPE dengan kekuatan pematuhan masa G-SHOCK untuk model pertama yang mempunyai bazel logam pada GM-6900.
Badan jam ini juga diliputi sepenuhnya dengan reka corak Camo ikonik BAPE untuk menonjolkan lagi, manakala cincin di sekeliling muka mempunyai lapisan logam berwarna emas untuk sentuhan mewah. Huruf B, untuk BAPE, dengan bangganya dicap pada butang hadapan manakala tali gantian khas direka dengan corak Camo BAPE yang pelbagai warna.
Model Khas Ulang Tahun G-SHOCK x BAPE ke-30 ini akan dijual pada harga RM 1,695.
Model kolaborasi ini akan tersedia di kedai BAPE, G-SHOCK Store terpilih, dan CASIO Online Store bermula 10 November 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua depan mata nampak baik je, semuanya indah. Tapi bila dah putus, Negeri kelahiran dia pun akan jadi ‘haram’ untuk anda jejak. Mungkin tak ada jodoh, atau kita ter jaga jodoh orang lain.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat meroyan apabila putus cinta. Tapi bila dah sampai masanya, mulalah cari balik bekas teman wanita anda, meratap kesedihan hari-hari, tak fokus ketika berkerja.
Disini kami sediakan tips move on untuk jejaka diluar sana
Maafkan segala kesilapan mereka
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Lihat kembali kesilapan lama anda
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Jangan cari pengganti dalam masa terdekat
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Sibukkan diri anda
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Luangkan masa dengan keluarga
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Buang segala kenangan lama anda dengan si dia
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika wanita terkenal dengan suka membawa handbag atau beg tangan. Lelaki juga ada aksesori wajib yang selalu digunakan iaitu Fanny pack, pouch bag atau apa saja panggilannya.
Apa yang penulis ingin sampaikan ia adalah beg yang dililit pada badan. Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch di mana anda kena pegang, kini ia lebih mudah dengan hanya melilit pada badan sahaja.
Di Amerika panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlain pula panggilannya jika anda pergi ke UK, ia digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg yang besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian fanny pack dengan betul.
Elakkan daripada sumbat segala perkakas yang anda bawa di dalam fanny pack. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan fanny pack itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
2. Boleh buat sebagai tali pinggang
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja, kaum wanita juga boleh gayakan fanny pack ikut keselesaan anda. Selain lilit di badan, anda boleh buatkan ia sebagai tali pinggang untuk ketatkan seluar yang longgar.
3. Gayakan posisi fanny pack mengikut keselesaan
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan. Fanny pack boleh dililit pada badan, lilit pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
Anda tidak digalakkan untuk melilit fanny pack di bahagian belakang badan tidak kira samada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini adalah untuk membuatkan anda tidak menjadi mangsa penyeluk saku. Jadi, jangan jadi mangsa peragut kerana ingin bergaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.