Viral baru-baru ini apabila foto seorang guru lelaki sedang melukis dan mengajar pada waktu itu secara tidak langsung mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dunia

Kreatif…! Cikgu Afrika Ini Viral Ajar Murid ICT Guna Lukisan Di Papan Hitam Disebabkan Tiada Komputer

Seorang guru subjek Informasi & Teknologi Komunikasi (ICT) di Ghana dengan gigihnya melakar paparan sistem operasi Microsoft Word di papan hitam bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci cara-cara menggunakan serta fungsi Microsoft Word kepada para pelajarnya.

Kreatif…! Cikgu Afrika Ini Viral Ajar Murid ICT Guna Lukisan Di Papan Hitam Disebabkan Tiada Komputer

IKLAN

Biarpun dalam keadaan yang serba kekurangan, tanpa fasiliti dan kemudahan kelas yang canggih, guru berdedikasi bernama Richard Akoto ini tampil bijak menggunakan lakaran rajah paparan Microsoft Word yang disertai dengan penjelasan fungsi agar dapat difahami dengan jelas oleh para pelajar.

“Saya sayang pelajar-pelajar saya, jadi saya perlu lakukan yang terbaik dan sanggup buat apa sahaja untuk meraih kefahaman mereka tentang ilmu ICT ini,” jelas Richard.

Kreatif…! Cikgu Afrika Ini Viral Ajar Murid ICT Guna Lukisan Di Papan Hitam Disebabkan Tiada Komputer

IKLAN

Kerana tidak mempunyai kemudahan komputer, Richard terpaksa menggunakan lakaran sebagai inisiatif terbaik untuk memberi pemahaman kepada para pelajarnya.
Menurut sumber dari sebuah portal berita Afrika Quartz, Richard sudah sekian lama berkhidmat di sekolah tersebut namun, kemudahan komputer mereka adalah terhad malah sudah lama tidak diperbaharui sejak 2011. Meskipun begitu, adalah menjadi syarat khursus bagi kesemua pelajar di sekolah berkenaan untuk lulus subjek ICT.

Richard Akoto merupakan guru mata pelajaran ICT di sebuah sekolah di Ghana, Afrika.  Sebaik selepas foto Richard yang mengajar subjek penggunaan komputer menggunakan papan hitam itu viral, seorang usahawan bernama Rebecca Enonchong berasa terpanggil untuk menjejaki cikgu berkenaan.

IKLAN

Beliau kemudian menyambungkan hasratnya dengan menghantar tweet kepada Microsoft Afrika supaya syarikat teknologi gergasi itu boleh membantu Richard dalam bentuk pembiayaan komputer.

Kreatif…! Cikgu Afrika Ini Viral Ajar Murid ICT Guna Lukisan Di Papan Hitam Disebabkan Tiada Komputer

Sejak itu, Microsoft Afrika akhirnya bersetuju untuk memberi pembiayaan komputer buat Richard bagi memudahkan dirinya serta para pelajar mengakses maklumat pengajaran dan pembelajaran secara mudah, di samping pemahaman yang lebih jelas buat para pelajar tentang ciri serta cara penggunaan komputer profesional.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI