Foto: globalcarsbrands.com

Turut dikenali dengan nama ‘spark plug’, komponen ini memainkan peranan penting dalam sistem mekanikal enjin. Jika ia rosak maka pembakaran bahan api di ruang pembakaran tidak dapat berlaku lalu menyebabkan kereta tidak bergerak.

Amat penting juga untuk kita mengesan lebih awal jika ia berlaku kerosakan. Ia supaya kelancaran pergerakan silinder enjin tidak terjejas prestasinya.

Pembakaran bahan api perlu berada di tahap yang optimum untuk menghasilkan kuasa output yang maksimum. Sebab itu anda perlu beri sedikit perhatian pada jadual penukaran spark plug serta simptom-simptom yang bakal anda hadapi sekiranya kecekapan komponen ini telah berkurangan tahap efisyennya.

KETAHANAN DAN JANGKA HAYAT

Kebiasaannya dalam kebanyakan jenis kereta, palam pencucuhnya boleh bertahan sehingga jarak perjalanan 45,000 kilometer. Manakala bagi kabelnya pula boleh bertahan hampir dua kali ganda tempoh tersebut.

Tapi anda harus ingat juga faktor mungkin berubah kepada corak pemanduan dan bagaimana anda menjaganya.

IKLAN

Berikut merupakan beberapa tanda-tanda berlakunya kerosakan pada palam pencucuh.

Kuasa & Pick Up Kereta Terasa Kurang, Mungkin Itu Masalah Dari Palam Pencucuh

TERASA BERAT BILA MEMECUT

Perhatikan semasa memecut. Jika kereta rasa seolah lambat memecut walaupun pedal minyak ditekan dengan habis atau pantas. Ia mungkin berpunca dari palam spark plug diselaputi minyak atau enapan karbon. Ini menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.

IKLAN

SUKAR DIHIDUPKAN

Kebanyakan spark plug bermasalah akan menyebabkan enjin kenderaan sukar dihidupkan. Ini terutamanya pada waktu pagi ketika enjin dalam keadaan sejuk. Kalau nak dihidupkan pun kena pulas kunci beberapa kali untuk enjin anda kereta benar-benar hidup.

PEMBAKARAN TIDAK SELARAS

Jika terdapat enapan karbon menyelaputi keseluruhan elektrod, ia boleh menyebabkan percikan api jadi tidak sempurna. Lalu kuasa enjin menjadi agak lemah dan prestasinya tidak mencapai tahap yang optimum.

‘MAKAN’ MINYAK

Inilah perkara yang kita tidak ingini. Proses pembakaran enjin yang tidak sempurna boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih ketara. Kebiasaannya, enjin memerlukan 20-30% lebih bahan api jika spark plug tidak berfungsi dengan baik.

IKLAN

BUNYI BISING

Bunyi bising merupakan indikasi utama menunjukkan kereta anda sebenarnya bermasalah. Kerosakan pada baagian komponen ini boleh menyebabkan bunyi bising ini lebih ketara semasa anda hidupkan enjin di waktu pagi.

MUDAH BERGEGAR

Kondisi pembakaran bahan api yang tidak betul boleh menyebakan enjin bergegar. Ini mungkin disebabkan terdapatya silinder yang menghasilkan pembakaran tidak sempurna, gegaran kecil yang berulangan juga akan terhasil.

JADI ‘SEMPUT’

Salah satu petanda yang ketara ialah anda dapar rasakan enjin tidak bermaya dan mudah ‘semput’. Itu adalah tanda awal dimana spark plug telah capai tempoh untuk diganti. Kotoran pada elektord spark plug menyebabkan percikan api yang terhasil tidak efisyen.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kenderaan. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI