Ads

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam Satu Cerita Dua Format

kudrat

Selepas mencetuskan fenomena menerusi Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council, dunia yang dibina Astro Shaw itu bakal diperluaskan menerusi naskhah terbaharu berjudul KUDRAT 1968.

Kali ini, penonton bukan sahaja dibawa kembali ke titik permulaan sistem hierarki rahsia High Council, malah diperkenalkan dengan pendekatan penceritaan baharu yang menggabungkan satu cerita dalam dua format berbeza.

Astro Shaw mengumumkan barisan enam pelakon utama yang akan menerajui KUDRAT 1968, terdiri daripada Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith.

Nama Mierul Aiman telah diumumkan lebih awal menerusi media sosial Astro Shaw, manakala lima lagi pelakon diperkenalkan sebagai tunggak utama yang akan menghidupkan generasi pertama dalam dunia High Council.

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam Satu Cerita Dua Format

Kembali Ke Asal-Usul High Council

Projek: High Council mula diperkenalkan sebagai siri premium pada 2023 sebelum penceritaannya dikembangkan ke layar lebar menerusi Kahar: Kapla High Council pada 2024.

Menerusi KUDRAT 1968, penonton akan dibawa lebih jauh ke belakang untuk memahami bagaimana sistem hierarki rahsia yang diwujudkan oleh para pelajar itu mula terbentuk. Sistem tersebut kemudiannya menjadi nadi serta simbol penting dalam keseluruhan dunia High Council.

Naskhah prekuel ini mengisahkan seorang pelajar yang dipaksa memasuki sebuah institusi yang dibina atas nama bapanya.

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam Satu Cerita Dua Format

Namun, di sebalik legasi yang diwarisi, dia perlu membuat pilihan besar sama ada mahu mempertahankan sistem yang telah membentuk dirinya atau menjadi individu yang akan menghancurkannya.

Ads

Premis tersebut memberikan gambaran bahawa KUDRAT 1968 bukan sekadar mahu menjelaskan asal-usul sebuah sistem, tetapi turut meneroka persoalan tentang legasi, kuasa, kesetiaan dan keberanian untuk mencabar aturan yang telah lama dibentuk.

Satu Cerita Dalam Dua Format

Salah satu perkara paling menarik mengenai projek ini ialah pendekatan “satu cerita dua format” yang diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia.

Sebelum filem KUDRAT 1968 ditayangkan di pawagam, penonton terlebih dahulu akan disajikan dengan empat episod siri premium Astro Originals. Siri tersebut berperanan memperkenalkan dunia cerita, membina hubungan dengan watak serta menyediakan pemahaman lebih mendalam sebelum kisahnya diteruskan dalam format filem.

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam Satu Cerita Dua Format

Pendekatan ini membolehkan penceritaan berkembang dengan lebih luas tanpa perlu memadatkan keseluruhan latar dunia dan perkembangan watak dalam tempoh tayangan filem semata-mata.

Pada masa sama, strategi tersebut turut membuka ruang kepada penonton untuk mengenali konflik serta latar belakang setiap watak dengan lebih dekat sebelum menyaksikan kemuncak perjalanan mereka di layar perak.

Ads

Dipimpin Zulaikha Zakaria dan Khairi Asyraff

KUDRAT 1968 diterajui oleh showrunner Zulaikha Zakaria yang sebelum ini mengendalikan Projek: EXIT dan Projek: High Council. Naskhah berkenaan turut menandakan kemunculan pertama Khairi Asyraff sebagai pengarah bersama di bawah produksi PASAL Productions.

Walaupun filem ini menjadi debut pengarahan filem pertama buat Zulaikha, beliau bukanlah nama asing dalam dunia High Council. Zulaikha telah terlibat dalam perjalanan francais berkenaan sejak awal sebagai penulis dan pengarah bersama.

Menurut Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968 merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pemilihan barisan pelakon dibuat menerusi sesi uji bakat bagi memastikan setiap watak membawa identiti dan tenaga tersendiri.

“Hari ini, kami memperkenalkan enam pelakon utama yang akan membawa penonton kembali ke asal-usul High Council. Setiap pelakon yang dipilih menerusi sesi uji bakat ini akan membawa karakter dan tenaga tersendiri untuk menghidupkan generasi pertama dalam dunia KUDRAT 1968.

“Kami juga teruja memperkenalkan barisan kreatif di sebalik projek ini, termasuk showrunner Zulaikha Zakaria dan Khairi Asyraff yang akan meneruskan legasi penceritaan High Council dengan perspektif baharu.

‘KUDRAT 1968’ Dedah Asal-Usul High Council, Satukan Enam Pelakon Utama Dalam Satu Cerita Dua Format
Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

“Walaupun KUDRAT 1968 merupakan debut pengarahan filem pertama buat Zulaikha, beliau bukanlah wajah baharu dalam dunia ini. Beliau telah menjadi sebahagian penting daripada perjalanan High Council sejak awal sebagai penulis dan pengarah bersama.

Ads

“Digandingkan bersama Khairi Asyraff, seorang pengarah muda dengan pendekatan segar, kami yakin mereka mampu membawa dimensi baharu kepada francais ini.

“Melalui KUDRAT 1968, kami teruja untuk memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam penceritaan yang memperluaskan pengalaman penonton melangkaui layar perak.

“Empat episod siri premium Astro Originals ini membolehkan kami membina dunia KUDRAT 1968 dengan lebih mendalam, sekali gus memberikan penonton pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap watak dan naratif sebelum mereka menyaksikan filem ini di pawagam.

“Kami melihat pendekatan ini sebagai satu evolusi dalam cara sesebuah cerita dibangunkan, dipersembahkan dan dinikmati oleh penonton.”

BACA: Ramadan Ondash Tolak Pertarungan Semula Dengan Johan Ghazali

Bakal Temui Penonton Tahun Ini

KUDRAT 1968 diterbitkan Astro Shaw bersama ZAK Capital, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan HM Entertainment. Naskhah tersebut dijadualkan menemui penonton pada tahun ini.

Dengan barisan pelakon baharu, latar masa yang membawa penonton kembali ke asal-usul High Council serta pendekatan penceritaan merentasi siri dan filem, KUDRAT 1968 berpotensi membuka bab baharu kepada francais yang telah membina kelompok peminatnya sendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MASKULIN (@maskulinmag)

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
ondash

Ramadan Ondash Tolak ‘Rematch’ Dengan Johan Ghazali, “Kerja Saya Sudah Selesai”

Ramadan Ondash menolak pertarungan semula dengan Johan Ghazali walaupun Chatri Sityodtong memberi bayangan perlawanan kedua selepas kemenangan kontroversi menerusi split decision.