Berjalan semasa tidur, walaupun bukan sejenis gangguan yang mengancam nyawa, namun memberi risiko kepada individu berkenaan dan orang lain.
Lebih-lebih lagi tidur berjalan ini bukan gangguan yang terpencil tetapi biasa dihidapi golongan kanak-kanak dan awal remaja.
Mereka bukan sahaja boleh berjalan semasa tidur, tetapi juga boleh melakukan perbuatan seperti membuang air di dalam tandas, memandu kereta, bercakap, membuka pintu almari atau lebih bahaya lagi boleh mencederakan orang lain dan membunuh tanpa menyedarinya.
Penyakit berjalan semasa tidur ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja yang berumur lingkungan tiga hingga 14 tahun.
“Kebiasaannya penyakit itu hilang dengan sendirinya ketika pesakit berusia lewat remaja,” katanya.
Kanak-kanak dan awal remaja lebih mudah mendapat masalah ini berbanding orang dewasa disebabkan kitaran tidur mereka yang masih belum matang seperti orang dewasa.
Kebiasaannya satu kitaran tidur yang lengkap dengan pergerakan mata pantas atau Rapid Eye Movement (REM) dan bukan REM, mengambil masa selama kira-kira 90 hingga 100 minit dan setiap malam seseorang itu melalui beberapa pusingan tidur REM dan bukan REM.
Setiap pusingan itu dibahagikan kepada lima fasa dan tidur berjalan dikatakan berlaku semasa nyenyak di dalam tidur bukan REM (fasa tiga atau empat) di awal malam.
Seseorang itu kebiasaannya melalui kitaran tidur hingga peringkat empat dan lima secara puratanya.
Ads
Namun apa yang berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja, putaran tidur mereka hanya sampai ke peringkat empat.
Tambahan pula, putaran peringkat tiga dan empat kanak-kanak dan awal remaja itu tidak sama dengan dewasa.
“Terdapat perkara-perkara sensitif yang berlaku pada fasa tiga dan empat yang menyebabkan kecenderungan untuk berlaku sleepwalking.
” Sebab itu pada peringkat akhir remaja, kebanyakan 80 hingga 90 peratus penyakit tidur berjalan yang dihadapi hilang sebab putaran fasa tidur mereka telah matang,” katanya.
Tingkah laku
Mereka yang mengalami masalah tidur berjalan, kebiasaannya tidak akan mencederakan dirinya sendiri.
Ads
Selain sukar untuk bangun, mereka juga tidak memberi tindak balas ketika bercakap.
“Ketika ia berlaku, mata pesakit akan terbuka dan kelihatan berkaca-kaca namun tidak ada memori ketika itu yang menyebabkan mereka tidak ingat apa yang berlaku.
“Kalau dia bercakap pun, butiran perkataan yang keluar itu perlahan dan sukar difahami. Senang kata, istilahnya, bercakap merepek,” katanya.
Kebiasaannya, mereka akan duduk di atas katil dan kemudian berjalan serta melakukan perbuatan yang berulang-ulang.
Ketika itu jangan dikejutkan mereka, sebaliknya perlahan-lahan tunjukkan mereka supaya kembali tidur.
“Penderita juga tidak melaluinya setiap malam, sebaliknya berlaku secara berkala, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali.
Ads
Cara atasi
Kebiasaannya doktor akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlaku masalah bagi memudahkan dirujuk pada pakar tertentu.
Sebagai contoh, sekiranya berpunca daripada denyutan jantung yang tidak teratur, pesakit akan menasihatkan pesakit merujuk kepada pakar jantung.
Namun sekiranya membabitkan tekanan perasaan, trauma yang dahsyat atau masalah tidur yang tidak teratur, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani tekanan.
Teknik-teknik menenangkan jiwa yang boleh dilakukan antaranya ialah meditasi, yoga atau zikir bagi orang beragama Islam.
Untuk membantu penderita tidur berjalan, aspek keselamatan harus dititik beratkan di dalam bilik atau di dalam rumah bagi mengelakkan kecederaan.
“Walaupun mereka tidak akan mencederakan dirinya, namun dibimbangi barang-barang di dalam rumah yang tidak selamat boleh mencederakan mereka seperti benda tajam dan yang mudah pecah seperti kaca yang perlu dijauhi.
Langkah lain dengan memasang pintu keselamatan di luar bilik mereka atau di tangga serta menambah kunci keselamatan pada pintu bagi mengelakkan seseorang yang tidur berjalan ini keluar dari rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mesti korang pernah rasa keenakkan milo lori masa sekolah dulu kan, tapi peliknya rasa enak dia tu buat penulis dapat ingat sampai ke hari ni. Tapi bila buat sendiri kat rumah tak jadi pula rasa macam tu.Apa kata korang try buat sendiri resepi ni.
Resepi ni dikongsikan oleh saudara Syahrin Yen Zaini hasil dari pemerhatian beliau semasa pekerja lori milo sedang membancuh air. Cubalah.
RESEPI air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air. Anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri. Jangan tanya saya apa-apa sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo. Okaylah untuk memendekkan cerita.
Bahan-Bahan
8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas
4 paket Milo (1kg) total 4 kg
Ketulan Ais
Cara Penyediaan
1. Masukkan Susu Pekat Cap Junjung
2. Masukkan Susu Cair Ideal
3. Masukkan Milo
4. Masukkan Air Panas Dan Kacau Rata
5. Masukkan Ke Dalam Bekas Air Dan Tambah Ketulan Ais
6. Sedia Untuk Di Minum
Nota Tambahan
Kalau nak bancuh sedikit, buat kira-kira sendiri bagaimana nak kurang atau lebihkan bahan yang digunakan, perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo tersebut.
Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori, anda mendapat diabetes, kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo.
Selamat Mencuba.
Sumber: Syahrin Yen Zaini
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai di antara kita dengan muka penuh yakin capai roti putih capai roti putih, makan dan rasa kita sudah mendapat khasiat kerana roti tadi tidak diletak jem atau dicicah kopi.
Hakikatnya, tabiat memakan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan. Laman web kesihatan & gaya hidup, www.boldsky.com mengulas fakta tentang keburukan amalan roti putih dengan terperinci seperti di bawah
Bukan ingin menakut-nakutkan si penggemar roti tapi ada baiknya untuk berhenti seketika dari mengambil roti. Setiap pemakanan yang tidak terkawal punya kesan sampingan yang kita tidak sedari. Jom selidik apa sebabnya untuk anda kurangkan makan roti.
1. Tinggi kandungan gula
Bahan-bahan dalam menyediakan sepaket roti mengandungi gula atau tinggi sirap fruktosa gula. Selain pemanis dengan produksi pembuatan roti yang lebih cepat menggunakan bahan pegawet ia memberi kesan pada peredaran insulin dalam badan. Kesan insulin yang keluar terlalu cepat boleh menganggu kandungan gula dalam darah dan menyebabkan anda terasa lebih cepat lapar berbanding biasa. Sebab itu ada yang makan roti tak kenyang-kenyang.
2. Rendah nutrisi
Protein, vitamin, kalsium dan mineral tiada ada dalam roti selain karbohidrat. Jadi apa kebaikan roti dapat beri anda jika tidak diambil dengan sumber makanan yang lain? Roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
3. Kesan gluten
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
4. Berat badan bertambah!
Niat nak makan roti supaya berat badan turun tapi jadi makin naik pula. Memang ada yang mengamalkan diet roti sehingga berat badan mereka boleh turun namun ia tidak efektif. Anda kurus namun kekurangan nutrisi dan kemungkinan tinggi kolesterol. Malah terlalu banyak ambil karbohidrat boleh buat berat badan anda tidak konsisten.
Pelbagaikan pengambilan makanan anda, jangan tertumpu pada satu sumber sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cuba anda jawab dengan cepat: Apabila melakukan bench press, haruskah belakang anda untuk berada dalam keadaan melengkung atau rata menghadap bangku simpanan?
JIKA ANDA BERKATA RATA, MAKA ANDA MELAKUKANNYA DENGAN CARA YANG SALAH. TETAPI ITU BUKAN SALAH ANDA. KEBANYAKAN LELAKI DIAJAR DENGAN CARA YANG SALAH – BELAKANG YANG RATA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MENCEGAH KECEDERAAN YANG BERASASKAN BANGKU.
“Ada perbezaan antara hyperextending belakang anda dan mewujudkan lengkung semula jadi,” kata Pengarah Kesihatan Kecergasan Lelaki BJ Gaddour, C.S.C.S.
Membiarkan belakang anda melengkung perlahan-lahan membolehkan anda untuk membalut bahu anda di sekitar bangku simpanan.
INI MENINGKATKAN KESTABILAN ANDA DAN MEMBOLEHKAN OTOT DADA MEREGANG DENGAN LEBIH UNTUK PENGAKTIFAN OTOT DAN KEKUATAN YANG LEBIH BESAR, GADDOUR BERKATA.
Sebaliknya, berbaring rata – meningkatkan risiko anda untuk mendapat kecederaan bahu dan meletakkan anda dalam kedudukan yang kurang ideal untuk melibatkan otot dada, katanya. Tonton video untuk melihat perbezaan.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.