Bukan mudah sebenarnya untuk memiliki tubuh badan yang sempurna. Kerja keras, motivasi tinggi serta momentum yang kuat harus sentiasa dipraktikkan untuk memastikan bentuk tubuh badan yang ideal terus terjaga. Pemilik tubuh badan ini, Hasbullah menjadikan diri sendiri sebagai sumber inpirasi sebagai langkah untuk sentiasa tampil yakin di hadapan orang ramai.

 

Apakah motivasi utama anda dalam menghasilkan tubuh badan yang segak?

“Motivasi itu sendiri hadir apabila diri sendiri menjadi pencetus aspirasi dalam menjalani segala latihan untuk membina tubuh badan yang lebih segak. Apa yang lebih penting, kesihatan diri juga antara penguat motivasi saya dalam mengharungi segala cabaran. Jika saya tidak kuat, mungkin tubuh saya tidak akan begini. Mudah kalah. Saya kira, aktiviti senaman ini bukanlah hanya untuk diri saya sendiri, malah bagi mereka yang melihat, ia dapat dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat terutamanya anak muda tentang bagusnya memiliki hobi yang sihat.”

 

Siapakah inspirasi anda?

“Jujur saya katakan, inspirasi saya antaranya adalah Faez Nick”.

Apakah latihan mahupun senaman untuk memastikan tubuh badan kekal segak?

“Bagi saya, kesemua latihan “workout” chest, back, shoulder, bicep, tricep dan leg amat penting bagi memastikan kekuatan otot itu kekal lama. Namun, tidaklah saya lakukan kesemua sekali dalam satu masa. Kesemua latihan ini perlulah diseimbangkan.”

 

Bagaimana pula dengan diet anda?

IKLAN

“Saya ada mengamalkan diet. Tetapi tidaklah terlalu agresif. Cukuplah diet yang tidak menjejaskan kesihatan saya. Sebagai contoh, kurang pengambilan gula dan tidak mengambil pemakanan segera, ‘fast food’.”

Apakah perkara yang paling sukar dalam mengekalkan bentuk badan?

“Perkara yang paling susah sudah tentunya di bahagian “abs” kerana bahagian ini ia bergantung kepada corak pemakanan yang kita ambil. Jika tidak betul dan tidak berkualiti, maka ia akan mempengaruhi struktur “abs” itu sendiri.

 

Bagaimana anda mengekalkan momentum untuk sentiasa bertenaga?

“Masa! Bagi saya masa itu penting. Keseimbangan proses harian kita kalau betul pada corak masanya, ia akan memudahkan kita. Kita harus pandai menyusun masa bila waktu bekerja dan bersenam. Jika anda mahukan sesuatu yang diminati, haruslah berusaha dan berkorban untuk mendapatkannya.”

Tiga latihan yang anda cadangkan untuk dilakukan setiap hari?

“Abs, biceps dan chin-up.”

 

Cara motivasi?

“Saya lebih suka menonton video di Youtube, mengikuti laman sosial yang mempunyai ilmu mengenai workout. Apa yang penting, untuk menguatkan lagi asas motivasi saya, saya sentiasa akan mencabar diri sendiri.”

 

Goal anda?

“Impian saya agar tubuh badan sentiasa segak dan cantik walaupun umur semakin meningkat.”

 

Bagaimana untuk hasilkan six pack yang berkesan?

“Untuk hasilkan six pack yang bagus, 80% bergantung pada pemakanan dan 20% pada senaman. Tuntasnya, penjagaan makanan dari gula, minyak dan karbohidrat harus sentiasa diambil kira supaya tidak berlebihan, dan secara langsung memudahkan kita untuk mendapatkan six pack dengan lebih berkesan.”

 

Apakah perkara yang tidak harus dilakukan sewaktu membina badan?

“Bagi saya, pengambilan dadah dan arak adalah dilarang sekali.”