Senaman plank tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Mungkin ia telah menjadis alah satu rutin wajib dalam senaman harian anda.
Plank juga terdapat pelbagai jenis yang setiap satu daripadanya memberikan fokus pada kawasan otot tertentu. Ia terutama sekali di bahagian abdomen, dada dan juga lengan.
Walau bagaimanapun dalam melakukan pelbagai jenis teknik plank berapa lamanya masa yang paling terbaik untuk senaman plank? Ia jarang diperkatakan kerana ramai yang melakukan senaman ini mengikut kemampuan semata.
Menurut seorang profesor yang juga pakar tulang belakang bernama Stuart Gill, beliau berpendapat bahawa jika seseorang melakukan plank dalam tempoh masa yang lama ia tak akan mendatangkan manfaat.
Ads
Jelasnya lagi cara paling efisien untuk mendapatkan hasil maksima semasa melakukan plank ialah dengan melakukannya selama 10 KIRAAN dan diulang sebanyak 3 SET.
Namun berbeza dengan pendapat dari seorang trainer peribadi, Benji Tiger yang bertugas di pusat senaman popular luar negara Orange Theory mengatakan plank yang terbaik ialah dilakukan selama 30 hingga 60 kiraan.
Ads
Ia juga perlu dilakukanm dengan menahan selama 20 saat setiap kali nmelakukan plank. Seorang lahir trainer peribadi berpengaruh du New York, Rob Arreaga memiliki pendapat sama dengan Profesor McGill.
Ads
Rob menekankan bahawa plank dalam durasi singkat akan memberik impak lebih efektif. Ia juga bertindak sebagai senaman berkesan untuk jangka masa pendek. Paling penting bagaimana anda menjaga postur dan posisi tubuh semasa melakukan plank.
Pengarang buku “The 2 Meal Day”, Max Lowery pula berpendapat cara terbaik melakukan plank adalah dengan memperhatikan posisi punggung. Jelasnya selagi kedudukan dan posisi punggung tidak melengkung, ia boleh memberikan tekanan pada bahaguan sendi. Jadi senaman plank yang dilakukan efektif sepenuhnya ke atas otot-otot badan.
Buat anda yang ingin melakukan senaman plank setiap hari, tak perlulah melakukan dalam tempoh yang terlalu dalam untuk setiap set. Setiap plank dilakukan biarlah sesuai dengan tenaga badan dan tidak terlalu membebankan fizikal anda.
Jadi pilihlah teknik plank serta tempoh masa terbaik untuk anda. Apa yang penting anda dapat elak daripada berdepan dengan kecederaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk mencapai apa sahaja matlamat, penting untuk seseorang kekal konsisten dengan usahanya. Begitu juga dengan senaman. Namun sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan, adakalanya kita akan terbabas juga dari landasan untuk mencapai matlamat kecergasan.
Semakin lama kita membiarkan diri kita terbabas, semakin sukar untuk kita kembali ke landasan asal kita. Ini beberapa perubahan yang mungkin akan berlaku pada tubuh anda jika anda berhenti bersenam selama sebulan.
Ketika anda tidak berlatih, otot-otot anda akan mengalami penurunan dari segi kekuatan. Ini disebabkan oleh kurangnya rangsangan yang diperlukan untuk menjaga otot anda supaya kekal kuat.
Senaman kardiovaskular membantu meningkatkan keupayaan jantung dan paru-paru. Jika anda tidak menjaga rutin senaman kardio, tahap kecergasan kardiovaskular anda mungkin akan menurun.
Penurunan Fleksibiliti
Latihan yang melibatkan regangan membantu menjaga fleksibiliti dan rentan otot. Tanpa latihan yang mencukupi, anda mungkin mengalami penurunan dalam fleksibiliti dan rentan otot.
Jika anda menghentikan senaman tanpa mengubah diet anda, berat badan anda mungkin akan bertambah atau menurun akibat pembakaran kalori yang tidak selari dengan pemakanan harian anda.
Latihan membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keadaan mental. Pengabaian senaman boleh menyebabkan perubahan emosi dan perasaan tertekan yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, perubahan ini mungkin tidak terlalu ketara dalam tempoh sebulan, terutamanya jika anda telah menjaga tahap kecergasan sebelumnya. Penting untuk anda memahami yang kesihatan dan kecergasan adalah usaha berterusan.
Jika anda memutuskan untuk berhenti senaman untuk sementara waktu, pastikan untuk kembali ke rutin latihan anda secepat mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 figura yang berintelek tinggi dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi millenial tidak lupa untuk menjaga kesihatan dan kekal cergas.
Kesibukan tidak menghalang saya untuk kekal bertenaga dan bersemangat. Jika banyak berfikir tetapi tidak bersenam kita akan kurang bertenaga dan lesu. Jadi untuk kekal bertenaga wajib bagi saya untuk bersenam setiap hari walaupun sekejap.
“Saya tidak mengambil sebarang suplimen untuk bertenaga tapi apa yang saya lakukan ialah saya akan bersenam dan ‘workout’ setiap hari, itu suatu yang wajib bagi saya. Selalunya saya akan melakukan 100 push up, 100 sit up, berlari 5-6km atau pun saya akan bermain futsal.
Dari segi pemakanan pula saya memang akan mengambil bahagian nasi yang sedikit dan banyakkan lauk dan sayuran.
“Saya juga meminta pegawai saya setiap hari mencari satu masa selama sejam bagi saya melakukan aktiviti di gimnasium dan larian sejauh 5 kilometer,” katanya ketika berkongsi petua bagi menjaga tahap kecergasannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memilih kasut larian yang sesuai sememangnya menjadi satu perkara mungkin agar meresahkan. Ini terutamanya buat pelari yang mungkin ingin berjinak-jinak aktif dalam aktiviti kecergasan.
Tersalah pilih bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi atau tidak selesa tapi mendedahkan risiko kepada kecederaan.
Penulis sendiri sebenarnya sudah beberapa bulan tidak aktif melakukan larian. Jadi ketika pertama kali diberi peluang untuk mencuba sendiri memulakan larian semula dengan kasut ini, tidak dinafikan berasa sedikit skeptikal.
Kasut yang dimaksudkan ialah kasut larian terkini yang diangkat oleh adidas sebagai kasut larian terbaik untuk larian harian, Supernova Rise. Ia merupakan kasut larian dari siri SUPERNOVA yang turut ditampilkan bersama dengan dua model lain iaitu Supernova Solution dan Supernova Stride.
Menurut satu kaji selidik adidas mendapati salah satu masalah utama yang dialami oleh pelari ialah menggunakan kasut larian yang tidak selesa dan menyakitkan dengan 47 peratus dari 2,674 pelari dari 11 buah negara memberikan jawapan sama.
Jadi bagaimana dengan pengalaman penulis sebagai pelari beginner berlari menggunakan adidas Supernova Rise dalam tempoh dua minggu?
CUSHIONING DAN KESELESAAN
Salah satu ciri menonjol Supernova Rise adalah cushioningnya yang luar biasa. adidas memperkenalkan Dreamstrike+ yang merupakan super foam diinspirasikan dari LIGHTSTRIKE PRO. Ia memberikan rasa lembut dan responsif di bawah kaki ketika melakukan larian.
Ia tidak hanya menyerap impak dengan setiap langkah tetapi juga mengembalikan tenaga menjadikannya ia cukup ideal untuk penulis dan anda yang baru mula membina jarak lari mereka.
Keselesaan ini ditingkatkan lagi dengan upper mesh yang lembut dan berudara, yang memastikan penyesuaian yang pas sambil membenarkan aliran udara yang cukup, menjaga kaki sejuk dan selesa sepanjang larian.
SOKONGAN DAN KESTABILAN
Bagi pelari pemula, yang mungkin belum memperbaiki langkah lari mereka, kepentingan sokongan dan kestabilan tidak dapat ditekankan lebih lagi. Supernova Rise menangani keperluan ini dengan counter tumitnya yang terstruktur dan reka bentuk forefoot yang lebar.
SUPPORT RODS di bahagian tapak Supernova RISE didatangkan dengan sistem buih padat yang dimuatkan di bahagian bawah, memberikan sokongan neutral dari tumit ke kaki.
Ia secara tak langsung menjadikan setiap langkah larian jadi lebih stabil dan selesa. Manakala COMFORT HEEL FIT, gabungan buih kusyen yang lembut dan menyokong serta tekstil lembut yang mengelilingi tumit, yang digabungkan dengan lancar untuk memberikan sokongan yang selesa kepada bahagian tumit.
Apatah lagi kebanyakan lokasi larian yang dilakukan penulis ialah di kawasan jalan raya bertar atau trek larian sintetik.
KETAHANAN DAN CENGKAMAAN
Adidas memahami bahawa pelari pemula memerlukan kasut yang dapat bertahan terhadap latihan awal sambil menawarkan cengkaman yang baik.
Outsole atau tapak kasut Supernova Rise dibuat dari gabungan getah yang tahan lama yang menawarkan cengkaman yang sangat baik pada permukaan basah dan kering dikenali sebagai getah Adiwear.
Bahagian tapaknya terbahagi kepada tiga seksyen di mana kesemuanya diliputi getah Adiwear. Pada bahagian tengah boleh diperhatikan Support Rods yang jelas kelihatan dengan warna tapak translucent.
Adakah ia memberikan cengkaman sama seperti outsole kasut larian adidas lain yang menggunakan Continental? Sejujurnya ia tidak memberikan banyak perbezaan yang ketara.
KESELURUHAN
Sceara keseluruhannya, sebagai pelari yang memulakan semula aktiviti harian selepas sekian lama, adidas Supernova Rise mampu menjadi pilihan terbaik buat pelari ‘beginner’ dan boleh menjadi kasut larian harian terbaik.
Gabungan di antara keselesaan, sokongan dan ketahanan, bersama dengan reka bentuk dan inovasi yang terkenal dari jenama itu, menjadikannya ia sebagai pilihan yang tepat.
adidas Supernova Rise boleh menjadi lebih daripada sekadar kasut lari; ia adalah asas untuk pelari pemula untuk dibangun. Samada anda ingin memulakan larian untuk kali pertama atau secara beransur-ansur meningkatkan jarak anda, Supernova Rise dilengkapi untuk membantu anda menghadapi cabaran itu.
Kasut larian ini telah membantu penulis untuk berlari pada kadar yang lebih pantas kerana dua asas utamanya – selesa dan stabil!
adidas Supernova Rise kini boleh didapati di kedai-kedai adidas atau pengedar terpilih dan juga menerusi laman sesawangnya, adidas.com.my pada harga RM599.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.