Terdapat banyak faktor untuk menampakkan seseorang itu kelihatan Hot dan menarik. Nak bagi wanita ni tertarik terhadap anda bukan susah sebenarnya. Jika anda tahu menguruskan diri, maka anda akan dikelilingi oleh ribuan wanita kerana kebersihan anda. Sebenarnya, memiliki tubuh yang sasa dan wajah yang tampan bukan saja perkara yang di dambakan wanita, namun jika anda mempunyai bulu berlebihan sedikit, mungkin anda akan menjadi idaman ramai wanita luar sana. Bukan semua orang mempunyai bulu dada atau apa-apa bulu yang lebat, ia bergantung kepada hormon anda juga. Tapi, ada beberapa makanan yang anda boleh gunakan untuk mendapat bulu lebat.

 

  1. Minyak Buah Keras

Lebatkan Bulu Anda Dengan Barang-Barang Ini, Salah Satunya Tarantula?

Minyak ini mempunyai efek yang cepat untuk anda yang tidak sabar dengan keputusan. Ia memang sesuai untuk dipakai oleh para lelaki yang berkepala botak dan juga ingin melebatkan bulu dada. Anda juga mampu untuk membuat minyak ini sendiri kerana penyediaannya sangat mudah. Ambil sedikit atau secukupnya buah keras itu dan bakarkan. Setelah itu hancurkan buah tersebut dan ambil minyaknya. Gosokkan ke bahagian dada. Gunakan satu atau dua kali sehari, diamkan selama setengah jam sebelum dibilas.

 

  1. Mentega

Lebatkan Bulu Anda Dengan Barang-Barang Ini, Salah Satunya Tarantula?

Manfaat mentega lebih dikenal untuk cara menumbuhkan jambang. Sudah tentu jika ia berfungsi untuk menumbuhkan jambang, maka ia juga berfungsi untuk menumbuhkan bulu dada. Caranya, cairkan mentega secukupnya lalu tunggu sampai sejuk, kemudian sapukan ke dada. Biarkan beberapa minit lalu bilas.

 

IKLAN
  1. Kayu Manis dan limau kasturi

 

Lebatkan Bulu Anda Dengan Barang-Barang Ini, Salah Satunya Tarantula?

Menumbuhkan bulu dada boleh diusahakan dengan campuran kayu manis dan limau kasturi. Siapkan satu makan bubuk kayu manis dengan dua senduk air limau kasturi. Sapukan ke dada lalu tunggu setengah jam sebelum bilas. Selain bermanfaat untuk pertumbuhan rambut di dada, kayu manis juga baik untuk wajah dan limau kasturi bagus untuk rambut.

 

  1. Daun Sawi dan Minyak Amla

 

IKLAN

Lebatkan Bulu Anda Dengan Barang-Barang Ini, Salah Satunya Tarantula?

Bukan hanya untuk dibuat sayuran saja, ternyata daun sawi pun boleh digunakan untuk menumbuhkan rambut di dada. Caranya dengan blender daun sawi dan minyak amla 60 ml sehingga sebati. Sapukan ke dada, lalu tunggu paling kurang setengah jam sebelum dibilas. Untuk manfaat daun – daunan lainnya, ada manfaat daun jambu biji untuk wajah dan manfaat daun kemuning untuk wajah.

 

  1. Minyak Eukaliptus(minyak kayu putih)

 

IKLAN

Minyak ini memiliki banyak manfaat untuk kesehatan sebagai obat gosok. Biasa digunakan untuk melegakan pernapasan saat pilek, menghangatkan badan serta menghilangkan pusing – pusing. Baunya juga biasanya enak. Cara menumbuhkan bulu dada bisa dilakukan dengan satu sendok makan minyak eukaliptus dan empat sendok makan air mawar dicampur sampai rata. Oleskan menggunakan kapas pada bagian dada.

 

  1. Tarantula

 

Lebatkan Bulu Anda Dengan Barang-Barang Ini, Salah Satunya Tarantula?

Nak lebih exotic? Apa kata anda cuba menggunakan labah-labah Tarantula. Tidak pasti sama ada minyak ini ada dijual di pasaran. Tapi, jika anda mampu untuk mendapatkan labah-labah ini, anda boleh membakar binatang ini sehingga minyaknya keluar, dan daripada minyak itulah anda boleh sapukan ke dada agar rambut anda cepat tumbuh. Kalau tak percaya, cubalah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI