“I know you, I think I’ve seen you before.”
Begitulah kata-kata pertama yang terpacul daripada mulut legenda Manchester United, Edwin van der Sar, apabila dipertemukan dengan Amri Yahyah pemain yang pernah membuatkan beliau terdiam di atas padang 16 tahun lalu.
Kedua-dua bintang bola sepak ini bertemu semula dalam satu acara di Johor Bahru baru-baru ini, mencipta semula detik penuh nostalgia yang masih segar dalam ingatan ramai peminat bola sepak Malaysia.
‘Saya Masih Ingat Gol Awak’ – Van der Sar
@alikhsansportsofficial Siapa masih ingat lagi goal dari legend kita @ratu_amri ? Korang dekat stadium or tengok dekat tv je? @edwinvandersar1 pon puji tau 😬. Thank you so much untuk semua yang beli jersi season 25/26 dan berpeluang untuk jumpa Van Der Sar! #alikhsanSPORTS #4EverydayAthletes ♬ original sound – Al-Ikhsan Sports Store
Dalam video yang kini tular di TikTok, Van der Sar dilihat bersalaman dengan Amri sebelum terus mengenalinya.
“Saya diberitahu dia akan datang, dan kawan saya sempat tunjuk balik video gol itu. Jujurnya, ia satu jaringan yang sangat cantik,” ujar Van der Sar, sambil tersenyum mengenang semula momen tersebut.
“Saya faham kenapa awak bangga. Semua penyokong bersorak. Saya rasa itu antara gol terbaik yang pernah saya bolos sepanjang karier saya. Seronok dapat jumpa awak semula,” tambahnya lagi, membuktikan betapa besar impak gol tersebut dalam ingatannya.
Imbas Kembali Perlawanan 2009
Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Manchester United pada tahun 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan sekadar aksi hiburan ia menjadi pentas untuk Amri Yahyah mencipta sejarah.
United ketika itu mendahului 2-0 hasil jaringan Wayne Rooney dan Nani dalam 30 minit pertama.
Namun, menjelang akhir separuh masa pertama, Amri meledak satu rembatan kencang kaki kiri dari luar kotak penalti yang mengejutkan semua, termasuk Van der Sar sendiri.
Gol itu bukan sahaja menghidupkan semangat penyokong, tetapi memberi keyakinan baharu kepada skuad negara.

Amri kemudiannya menyamakan kedudukan 2-2 selepas rehat sebelum Michael Owen menjaringkan gol kemenangan buat Red Devils pada minit akhir.
Namun bagi rakyat Malaysia, keputusan bukanlah isu utama sebaliknya, detik Amri menewaskan Van der Sar itulah yang kekal terpahat dalam sejarah bola sepak tanah air.
BACA LAGI : Alif Muhaimin Sertai Muay Thai Suka-Suka, Tapi Minat Tu Makin Membara
Manchester United Kembali, Tapi Kali Ini Tewas
Menariknya, pada Mei 2025, Manchester United kembali beraksi di Malaysia buat pertama kali selepas perlawanan ikonik itu, menentang pasukan Asean All-Stars di stadium yang sama.
Namun kali ini, mereka pulang dengan kekalahan mengejut 1-0 seolah-olah sejarah kembali berulang.
Pertemuan semula antara Van der Sar dan Amri membuktikan bahawa sesetengah momen dalam bola sepak tidak akan pernah dilupakan bukan hanya oleh pemain, tetapi juga oleh jutaan peminat yang menyaksikannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang









