Tahukah anda bahawa seorang lelaki yang ingin sentiasa cergas stamina dan tubuh badan peru bersenam sekurang-kurangnya sebanyak 150 minit seminggu. Atau ia juga boleh dicapai dengan melakukan senaman aerobik keras selama 75 minit.
Pelbagai kajian telah mendapati bahawa lelaki yang menjaga pemakanan serta selalu bersenam akan tampil lebih sihat, kacak dan berketerampilan.
Bayangkan jika anda tak menjaga badan dengan baik. Makan ikut suka dan bersenam pun jarang sekali. Pastinya perut akan mula labuh ke depan. Masalajh boroi bukanlah satu perkara yang diingini oleh sesiapa pun!
Bila sebut tentang handsome atau kacak ia sebenarnya bukan bergantung kepada paras rupa sahaja. Anda jangan terlalu naif seperti itu. Wanita juga amat suka lelaki yang pandai menjaga dirinya dengan baik.
Apabila anda menjaga badan dengan bersenam secara tak langsung badan juga akan lebih tegap, beroto dan mempunyai stamina tinggi.
Itu semua petanda dan indikasi jelas mengenai seorang lelaki yang handsome! Jika anda kesuntukan masa untuk bersenam, mungkin anda boleh curi masa sebelum turun ke pejabat.
Senaman juga boleh di lakukan di rumah ya. Selain menjadi lebih kacak ini merupakan 10 kelebihan buat jejaka yang sering bersenam akan dapat.
JADI LEBIH SEGAR
Mulakan hari anda dengan melakukan senaman pagi. Anda akan dapati diri berasa lebih baik untuk sepanjang hari tersebut. Sebagai contoh anda bangun awal kira-kira jam 5 pagi dan sedia untuk bersenam mengeluarkan peluh. Malah boleh lakukn selepas solat Subuh dan mandi pagi. Jadi jangan lupa mulakan hari dengan senaman menyebabkan agar sentiasa segar dan bertenaga dan kekal cergas.
Ads
BERSEMANGAT
Mungkin anda fikir bangun lebih awal akan mengurangkan tenaga anda, terutamanya jika anda kurang tidur, tetapi sebenarnya sebaliknya. Bangun untuk senaman akan meningkatkan tenaga dan anda rasa penuh semangat! Jadi pastikan anda bangun awal untuk mendapatkan 30 minit hingga 1 jam sesi kecergasan.
LEBIH BERSEDIA
Anda bangun pagi untuk menyiapkan diri ke tempat kerja, sebelum itu kenapa tidak melakukan senaman ringkas yang mudah juga boleh dilakukan asalkan anda tidak mencari alasan untuk tidak melakukannya.
Ads
PEKA DENGAN PILIHAN
Jika anda mulakan hari anda dengan senaman pagi, anda akan menetapkan hari anda dengan cara yang lebih sihat dan juga mendapati diri anda hanya melihat dan memilih makanan yang sihat sahaja. Anda pasti tidak akan mahu makan donat disira gula untuk sarapan pagi kerana ianya hanya membuatkan anda lesu, jadi oat, omellete, salad, yogurt, bread adalah pilihan anda.
KEKAL SIHAT
Bila bersenam pada awal pagi, anda akan mampu membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Rutin senaman setiap pagi juga dapat membantu individu menjaga berat badan dan sentiasa keep fit.
ALIRAN DARAH
Senaman pada waktu pagi bukan saja menambahkan tenaga malah mempunyai impak terhadap kesihatan, Percayalah kalau anda tak lakukan senaman, besar kemungkinan anda rasa tidak bermaya, lesu malah sentiasa mengantuk. Hormon menyediakan badan anda untuk senaman dengan mengawal tekanan darah, kadar jantung, darah mengalir ke otot.
MUDAH BANGUN TIDUR
Apa lagi kelebihan senaman waktu pagi? Ya, ia boleh buat anda bangun pagi dengan lebih mudah. Jika anda bangun pada masa yang berlainan setiap hari, ianya hanya mengelirukan badan anda dan menyebabkan badan tidak bersedia dan lemah.
HIDUP LEBIH BERKUALITI
Jika anda bersenam pada waktu pagi, hidup pasti akan lebih bahagia dan lebih positif. Malah, anda lebih bersemangat dan ceria sepanjang masa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).
Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( ‘tonsillitis’, ‘pharyngitis’).
Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga.
Punca-punca
Berikut disenaraikan sebab-sebab utama kesakitan telinga.
Tahi telinga
Tahi telinga boleh terkumpul di dalam saluran telinga (saluran auditori). Akhirnya ia akan membentuk plak, yang mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan.
Jangkitan pada saluran telinga
Bakteria (‘furunculosis’/bisul) atau jangkitan kulat (‘otomycosis’)
‘Eczema’
‘Eczema’ boleh berlaku pada saluran telinga, menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, bersisik dan gatal. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan.
Keradangan telinga tengah
‘Acute suppurative otitis media’
Kesakitan telinga biasanya bermula di dalam telinga. Keradangan telinga tengah ialah punca yang paling kerap dan biasanya (walaupun tidak semestinya) disebabkan jangkitan.
Akibat tekanan yang meningkat pada telinga tengah, gegendang telinga meregang dan bengkak. Ini akan mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan. Faktor yang paling kerap ialah demam selesema.
Tanda dan Gejala
Gejala-gejala berkaitan :
Kurang pendengaran
Kegatalan
Lelehan telinga
Rawatan
Tahi telinga termampat boleh dilembutkan dengan minyak zaitun atau sayuran atau ubat titik telinga sodium bicarbonate sebelum dikeluarkan oleh kakitangan perubatan yang terlatih/ENT doktor.
Ubat titik telinga ini boleh dibeli di farmasi.
‘Syringing’ iaitu menyembur tahi telinga dengan air suam dan hanya boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan yang terlatih sahaja. Amalan ini tidak boleh dilakukan pada telinga yang terkena jangkitan atau gegendang telinga berlubang. Prosedur ini jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang, penig, loya dan muntah.
Ubat tahan sakit yang ringan seperti ‘paracetamol’ boleh diambil jika sakit menjadi teruk.
Jangkitan pada saluran telinga mesti dirawat oleh pakar telinga hidung dan tekak. Ia memerlukan cucian yang sempurna, memasukkan kain yang berubat atau mungkin pembedahan.
Ubat titik telinga yang mengandungi ‘corticosteroid’ boleh mengurangkan dan menyembuhkan radangan pada saluran telinga. Ubat Anti-bakteria atau anti-fungus mungkin diperlukan jika terdapat jangkitan. Pil atau suntikan antibiotik boleh digunakan untuk merawat bisul / ‘furuncle’ di dalam saluran telinga. Penyaliran nanah mungkin diperlukan.
Kesakitan telinga akut beserta kurang pendengaran dan selesema menandakan jangkitan kuman pada telinga tengah. Keadaan ini memerlukan rawatan awal dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ‘decongestant’. Ini untuk mengelakkan gegendang telinga pecah dan nanah meleleh.
Pencegahan
Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)
sumber: myhealth.gov.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang suka aktiviti joging. Tapi yang buat kita patah semangat nak joging, bila badan cepat penat dan tapak kaki sakit. Sudahnya, hasrat nak teruskan joging tak kesampaian.
Bagi mengelakkan anda putus asa ketika melakukan aktiviti joging ini, seorang pengguna bernama WehPaih berkongsi di laman Twitternya tip untuk anda mulakan joging perlahan dan betul untuk mengelakkan cepat penat dan tapak kaki sakit.
Walaupun ada yang mengatakan ia agak sukar untuk turun berat badan sebanyak 38 Kg dari 120Kg ke 82Kg, namun bagi tuan punya badan, ia bukan suatu yang mustahil.
Turun berat badan, semua orang boleh buat, namun yang berbeza adalah usaha kita untuk menurunkannya yang membezakan kita dengan orang lain.
Bagi Syafiq Nazmi, dia mengganggap makanan diet bukan sebagai makanan untuk diet, dia berjaya mengubah mindset dengan mengambil makanan tersebut sebagai makanan harian.
Mengimbau semula kenangan lama ketika berbadan besar, dia dahulu merupakan seorang yang gemar makan tidak tentu serta makan 3-4 kali sehari dengan hidangan yang banyak tanpa kawalan.
‘Saya rasa tidak selesa kerana banyak baju saya tidak lagi muat’, ujar pelajar kolej ini yang mana dia katakan ini adalah antara sebab dia ingin berubah serta berusaha menurunkan berat badan.
Tip pemakanan
Masa yang sama dia turut berkongsi antara hidangan diet yang dia amalkan seperti pada waktu pagi, dia makan nasi lemak dengan kadar 600Cal, diikuti tengahari nasi putih 280cal ayam rebus 160cal dan akhir sekali pada waktu malam makan Bee hoon sup 160 cal.
Apabila bertanya tentang perubahan fizikal badan, dia menyatakan bahawa ‘Saya mengambil masa 3 bulan untuk nampak perubahan yang ketara’, katanya.
Rancangan senaman
Selain itu, dia juga turut memperbanyakkan senaman berbentuk kardio, serta merancang untuk mempunyai berat badan 76 Kg walaupun ketika ini dia sudah bersyukur dengan berat yang dia sudah capai.