Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenaraikan mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat.

Makan 3 Ubat Ini Kalau Jerawat Susah Hilang

ANTARA BAHAN KIMIA YANG TERKANDUNG

  • Benzoyl peroxide
  • Asid salicylic
  • Sulfur
  • Retinoid

Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, membantu dalam memusnahkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mengurangkan tersumbat di folikel. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.

Makan 3 Ubat Ini Kalau Jerawat Susah Hilang

IKLAN

Jika kes jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda. Antara ubat yang boleh membantu adalah seperti berikut:

ANTIBIOTIK

Antibiotik yang diambil dalam bentuk pil mungkin boleh membantu dalam mengurangkan pencetusan jerawat. Terdapat antibiotik yang boleh disapu tetapi jika jangkitan kuman terlalu dalam, ubat tersebut mungkin tidak cukup ampuh untuk membunuh bakteria. Antibiotik pil boleh membunuh bakteria yang lebih dalam dengan lebih mudah. Walau bagaimanapun, penggunaannya tidak boleh terlalu lama kerana bakteria boleh membentuk tentangan. Selalunya anda akan mengambil ubat selama 3 hingga 6 bulan dan seiring dengan ubat juga akan mengguna sabun dan krim di muka untuk membasmi jerawat.

IKLAN

PIL PERANCANG

Bagi pihak wanita, pil perancang mempunyai hormon yang melaraskan kitaran haid. Tetapi pengawalan hormon juga mempunyai kesan dalam menangani jerawat. Cara ini tidak akan membuahkan hasil secara cepat dan selalunya digunakan seiris dengan ubat lain.

IKLAN

Makan 3 Ubat Ini Kalau Jerawat Susah Hilang
ISORETINOID

Ubat ini adalah retinoid berbentuk pil dan ia merupakan ubat yang sangat ampuh tetapi oleh kerana itu ia juga mempunyai kesan sampingan yang banyak dan mungkin serius. Ubat ini dijadikan pilihan terakhir bagi kes yang tidak boleh diselesaikan dengan cara yang lain dan bukanlah jalan penyelesaian yang mudah. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kulit dan bibir kering, hidung berdarah, gangguan emosi dan sakit otot. Tidak semua orang boleh menanggung kesan sampingan tersebut. Anda perlu berbincang dengan doktor secara terperinci sebelum mengguna ubat ini.

Oleh kerana setiap individu berbeza, sila rujuk nasihat ahli farmasi dan doktor untuk mendapat rawatan yang paling sesuai untuk anda.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI