Dengan menyimpan janggut lelaki tampil lebih maskulin dan segak. Malah kebanyakan sudah mengetahui memelihara janggut adalah sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah juga ada bersabda tentang dalam menyimpan janggut.
“Selisilah orang-orang musyrik. Potong pendeklah kumis dan biarkanlah janggut.”
Disebalik dari sunnah rasulullah ada rahsia dari penyimpanan janggut tersebut dalam membantu memberi kesuburan pada isteri. Ini dibuktikan dalam satu kajjian yang dibuat oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika yang berjudul “The Amazing Fact of Human Body”mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
Kajian ini telah didedah oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah.
Ads
Hanya melalui sentuhan. Kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.
Merupakan faktor kesuburan untuk mendapatkan zuriat (anak). Dari segi saintifik, janggut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang dapat meningkatkan kesuburan wanita.
Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayuddin akan beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, 11 hingga 13 Ogos ini.
Sebelum ini, Kasma pernah beraksi selama dua musim dalam kategori Asia Production 250cc di ARRC sebelum melangkah ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia CEV Sepanyol pada tahun ini.
Masih segar dengan kemenangan keempat dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, Ahad lalu, Kasma membuat keputusan untuk menyertai perlumbaan SuperSports 600cc sebagai latihan dan persediaan untuk menghadapi sebarang perlumbaan pada musim 2017 ini.
“Saya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana perlumbaan minggu ini hanyalah sebagai medan latihan dan persediaan saya untuk menghadapi perlumbaan akan datang.
“Saya gembira kerana berpeluang untuk beraksi kembali di ARRC walaupun kategori berbeza berbanding tahun sebelum ini di dalam kategori 250cc. Saya berharap dapat menggunakan peluang minggu ini untuk menimba pengalaman dan pendedahan berguna,”ujar Kasma.
Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan yang terbesar di negara kita. Dijangkakan dalam masa beberapa hari lagi jumlah kenderaan yang memenuhi lebuh raya utama di seluruh negara akan meningkat berlipat kali ganda.
Selain masyarakat Cina khususnya, ramai juga rakyat Malaysia yang lain akan turut mengambil kesempatan untuk turut sama pulang ke kampung dan juga bercuti di pelbagai destinasi menarik di seluruh negara.
Dan pastinya jika ingin perjalanan lancar kereta atau kenderaan yang dinaiki harus berada dalam kondisi yang baik. Selain melakukan servis buat anda yang memiliki kereta yang usianya melebihi lima tahun eloklah melakukan pemeriksaan dengan PUSPAKOM.
Bersempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, PUSPAKON telah melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma. Lebih menarik sepanjang kempen ini berlangsung PUSPAKON turut menawarkan hadiah lumayan sepanjang kempen ini bermula sejak 11 Januari lalu hingga 20 Januari 2023.
Hadir dengan tanda pagar #drivesafenoregtres PUSPAKOM turut mengambil kesempatan mengingatkan pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung bagu menyambut Tahun Baru Cina memastikan kenderaan mereka dalam kondisi terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Lebih menarik PUSPAKOM menawarkan khidmat Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection (VVI) secara percuma. Buat anda yang berminat boleh mengunjungi mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Temu janji boleh dibuat menerusi laman sesawang rasminya, www.puspakom.com.my atau menggunakan aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Selain itu, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak di beberapa lokasi seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan.
“PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa.
“Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Jika anda ingin bertanyakan atau mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara di atas bolehlah layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda mungkin mendapati ramai pemain meludahkan air sewaktu pertandingan Piala Dunia. Mungkin mereka hanya melembapkan mulut yang terasa kering, tetapi kajian mendapati sebenarnya terdapat kebaikan lebih daripada itu jika anda melalukan air dalam mulut dan meludahkan kembali ketika bersukan.
‘Carb rinsing’ merujuk kepada tabiat berkumuh dengan larutan karbohidrat dalam mulut untuk memperdaya badan agar berfikir bahawa terdapat pengambilan tenaga. Dengan cara ini, anda dapat memberikan rangsangan kepada otak untuk terus berjaga-jaga. Walaupun bukanlah sesuatu amalan yang biasa dilakukan, tetapi teknik ini semakin meningkat dalam kalangan atlet.
Sepanjang memerhatikan pertandingan Piala Dunia anda pasti menjumpai beberapa pemain kelihatan melakukan perkara ini. Antaranya kapten England, Harry Kane yang acap kali dilihat mengambil air dan meludahnya keluar. Begitu juga pemain tengah Dele Alli, dan pemain Portugal, Cristiano Ronaldo.
Mereka bukan hanya meludah biasa, tetapi pemain membilas mulut mereka dengan air dan mengeluarkan aliran air dan bukannya meminumnya.
Minuman karbohidrat mengandungi polimer glukosa dan bertujuan untuk menambah simpanan tenaga semasa dan selepas senaman. Jika meminum minuman karbohidrat boleh menambah stamina pemain, mengapa tidak melakukan sedimikian sahaja berbanding meludah keluar kembali?
Ini disebabkan minum air terlalu banyak boleh menyebabkan kembung, sebaliknya jika anda melakukan carb rinsing, anda memperdayakan badan seolah-olah ada pengambilan karbohidrat dan membuatkan badan lebih berstamina tanpa mengalami masalah kembung perut.
Kesan ini terjadi apabila reseptor di dalam mulut mengesan karbohidrat dan menghantar isyarat ke otak, dengan mengatakan terdapat bahan tenaga yang akan masuk. Ini menjadikan otot bekerja lebih keras, tanpa kesan negatif daripada minuman karbohidrat seperti senak perut dan kekejangan.
Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam European Journal of Sport Science mendapati bahawa carb rinsing meningkatkan prestasi dalam pelbagai aktiviti. Pasukan penyelidikan dari Coventry University menguji 12 lelaki yang sihat di usia 20-an mereka, dan mendapati selepas carb rinsing mereka dapat melompat lebih tinggi, melakukan lebih banyak tekan tubi, berlumba lari lebih laju dan lebih fokus.
Satu lagi kajian dari tahun 2015, yang diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism, mendapati bahawa 12 atlet lelaki yang kompetitif mengalami kurang keletihan selepas carb rinsing.
Dalam satu kajian di Malaysia yang diterbitkan dalam jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism yang membandingkan pelumba basikal yang melakukan carb rinsing sewaktu bulan puasa, mereka didapati mempunyai manfaat lebih dalam perlumbaan berbanding pemain berpuasa yang tidak melakukan carb rinsing.
Walaupun carb rinsing didapati memberi kesan positif kepada atlet dalam sukan tertentu tetapi teknik ini didapati tidak memberi kesan dalam sukan yang memerlukan ketahanan diri yang lebih lama. Carb rinsing didapati lebih memberikan kesan dalam sukan yang laju dan berimpak tinggi seperti lari pecut berbanding aktiviti yang memerlukan ketahanan lama seperti maraton panjang.
Dalam satu kajian dari 2017, yang diterbitkan dalam Journal of Sports Sciences, 15 pelari wanita berlumba selama 60 minit, sekali dengan carb rinsing dan sekali tanpanya. Tiada kesan yang dilaporkan pada pencapaian mereka.
Oleh itu, carb rinsing dalam pemain bola sebenarnya hanya untuk membantu mereka kekal peka dan mengurangkan rasa penat. Apatah lagi setelah hampir 90 minit bermain, bukan mudah untuk kekal fokus dan berstamina.
OLEH : HELMA HASSAN
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang