Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Bekerja di tengah kota metropolitan menuntut anda untuk beli kereta sendiri walaupun baru mula bekerja tidak sampai sebulan. Ini kerana mungkin terdapatnya tuntutan kerja yang memerlukan anda untuk ke lokasi tertentu dan tentunya jalan penyelesaian mudah adalah beli kereta sendiri.
Walaupun sistem kenderaan awam negara kita semakin berkembang, namun masih ada lagi beberapa tempat yang tidak berada dalam jangkauan kenderaan awam.
Tanpa minyak hitam atau minyak enjin yang baik kereta tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Malah jika ada masalah pada minyak hitam ia boleh merebak kepada kerosakan yang lebih serius dan semestinya memeningkan kepada anda.
Walaupun ia nampak seperti perkara ‘simple’ namun penjagaan minyak hitam sangat penting bagi memastikan enjing kereta sentiasa dalam keadaan yang baik. Disebabkan itu jugalah sangat penting untuk anda memilih kulaiti minyak hitam yang baik.
Dan semestinya anda perlu jauhi minyak hitam tiruan atau dikitar semula! Tidak dinafikan terdapat produk tiruan dan ‘recycle’ berlegar dalam pasaran. Jangan hanya sebab nak harga murah anda tidak periksa betuk-betul minyak hitam yang dibeli.
Menggunakan minyak hitam tiruan atau recycle boleh mendatangkan keburukan terhadap kereta anda. MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang pernah dimuat naik oleh Azbi Centre yang menerangkan tentang bahaya penggunaan minyak tiruan.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah:
Isu ni sangat penting!
Sebab 80% minyak hitam di pasaran adalah tiruan/recycle. Walaupun botol nampak ori. Jangan tertipu!
Secara mudahnya minyak hitam ini adalah yang terpakai. Dikitar semula menjadi minyak hitam yang ‘baru’ dan dijual dengan harga murah.
Minyak hitam yang terpakai ini ditapis dan diproses semula utk menjernihkan WARNA minyak yang sedia HITAM itu. Kelemahan minyak terpakai ini adalah proses penapisan yang hanya mengeluarkan kotoran dan warna sahaja, sedangkan bahan kimia yang terdapat di dalam minyak itu tidak dikeluarkan sepenuhnya.
Jadi apabila anda guna minyak terpakai, prestasi enjin akan jadi lembab dan semput. Enjin jadi Berat. Faham-fahamlah benda yang sudah diguna.
Sebab minyak hitam sebenarnya adalah bahan pakai buang. Kalau abang-abang dan kakak-kakak semua perasan, kadang-kadang ada keluar berita kilang minyak recycle ni di serbu oleh KPDNKK.
Jadi macam mana kita nak elak dari beli minyak hitam recycle atau tiruan ni?
Cara mudah ialah beli dengan distributor berdaftar dengan brand yang kita nak beli. Nak selamat beli direct di pusat jualan mereka.
Semoga kita semua terselamat dari penipuan ini.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Kredit: Azbi Centre
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam industri automotif tempatan, nama PROTON Saga ibarat legenda. Ia menjadi simbol kemajuan teknologi automotif negara sejak diperkenalkan hampir empat dekad lalu.
Kini, legenda itu dilahirkan semula dengan wajah baharu. PROTON Saga Serba Baharu, merupakan hasil kejuruteraan 100 peratus tempatan yang membuktikan kemampuan anak Malaysia bersaing di pentas global.
Baru-baru ini, PROTON menganjurkan sesi pra-tonton eksklusif untuk media di Tanjong Malim, memperkenalkan model generasi baharu ini sebelum pelancaran rasminya.
PROTON Saga Serba Baharu ini dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan di pusat Penyelidikan dan Pembangunan PROTON, disokong dengan kepakaran teknikal daripada Geely.
Hasilnya ialah sebuah sedan moden yang dibina atas platform Advanced Modular Architecture (AMA), seni bina fleksibel dan pintar untuk memenuhi piawaian keselamatan, prestasi dan emisi antarabangsa.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang, “PROTON Saga Serba Baharu ini mewakili lebih daripada fasa seterusnya dalam legasi sedan kita.
“Ia adalah kemuncak pembangunan selama bertahun-tahun oleh jurutera dan pereka Malaysia, disokong oleh kerjasama global. Detik ini menandakan transformasi PROTON daripada pengeluar kereta nasional kepada inovator automotif global yang dibangunkan oleh bakat tempatan.”
Mengusung tagline “Intelligence That Thrills”, PROTON Saga Serba Baharu menawarkan 35 ciri baharu yang menetapkan penanda aras segmen sedan A tempatan. Ia menggabungkan gaya, kepintaran dan keyakinan pemanduan yang seimbang dengan fokus kepada kecekapan, keselamatan dan keselesaan.
Dikuasakan oleh enjin 1.5-liter i-GT bersama transmisi CVT, PROTON Saga Serba Baharu menawarkan pemanduan lebih lancar dan efisien dengan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100km. Sistem Electric Power Steering (EPS) baharu turut meningkatkan kawalan dan kelincahan tanpa menjejaskan keselesaan.
Ciri keselamatan kini dipertingkat dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 1 yang menampilkan sembilan fungsi keselamatan pintar termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Warning (LDW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Intelligent High Beam Control (IHBC).
Struktur badan PROTON Reinforced Safety Structure (RESS) dengan komponen Hot Press Forming (HPF) memastikan tahap kekakuan dan perlindungan terbaik dalam kelasnya.
Bahagian luaran menampilkan bahasa reka bentuk generasi baharu PROTON dengan lampu utama LED projektor penuh, bar lampu belakang LED dan gril bermotifkan sulaman songket, menyerlahkan identiti tempatan dalam gaya kontemporari. Rim aloi dua tona bersaiz 15 inci menambahkan gaya dinamik pada sedan ini.
Bahagian kabin pula direka lebih moden dan intuitif dengan dwi-skrin bersepadu 16 inci yang menggabungkan paparan meter digital dan sistem infotainmen dalam satu reka bentuk.
Ia kini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, selain dilengkapi fungsi pintar seperti lampu automatik, pencahayaan Follow-Me-Home dan pelarasan lampu utama.
PROTON Saga Serba Baharu bukan sekadar pembaharuan kosmetik tetapi simbol kematangan kejuruteraan PROTON.
Dengan pemilikan penuh terhadap Hak Harta Intelek (IPR) bagi platform AMA, PROTON kini berada pada kedudukan kukuh untuk menjadi hab pembangunan kejuruteraan serantau dalam ekosistem Geely.
Zhang menambah, “Model ini menunjukkan sejauh mana PROTON telah melangkah ke hadapan bermula daripada pengeluar kereta nasional kepada jenama global berwawasan.
“Ia merupakan kereta yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia, dan kini bersedia untuk mempamerkan keupayaan kejuruteraan negara ke seluruh dunia,” tambahnya lagi.
Dengan tagline “Intelligence That Thrills”, PROTON Saga Serba Baharu sekali lagi menegaskan misinya, bukan sekadar menghasilkan kereta, tetapi membina kebanggaan negara yang menggabungkan inovasi, teknologi dan gaya pemanduan masa depan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zara Suria KLCC kini dibuka semula dengan konsep flagship premium, teknologi runcit pintar dan ruang eksklusif Shoes & Bags yang menawarkan pengalaman membeli-belah moden di Suria KLCC.