Stresnya bila muka penuh dengan parut jerawat merah. Macam mana nak hilangkannya? Jangan bimbang, kalau kena dengan produk sesuai dengan jenis kulit anda, tiada yang mustahil untuk parut jerawat merah pudar dan kulit kembali glowing.
Pernah berdepan dengan masalah parut jerawat merah dan kulit alami iritasi, seorang pengguna Twitter, Naufal Antezem berkongsi tip & trik produk-produk yang digunakannya. Ternyata produk-produk ini membantu parut jerawat merahnya hilang dan kulit lebih sihat.
Adakah skincare rutin ataupun produk penjagaan kulit wajah perlu atau tidak untuk lelaki? Jawapannya YA!
Namun, tidak semua lelaki yang akan mengambil langkah penjagaan kulit muka. Mereka takut jika dilabelkan sebagai ‘lembut’ dan lebih teruk lagi dipanggil dengan gelaran pondan.
Tahukah anda bagaimana anda menjaga susuk tubuh anda, begitu juga dengan kulit muka. Tidak dinafikan lagi ia sangat penting dan akan memberi kesan yang bagus kepada tubuh anda.
Tetapi tahukah anda, dalam muka bumi ini terdapat dua jenis lelaki bila bercakap soal menjaga kulit wajah. Seorang tidak perlu buat apa, cukup dengan mencuci muka dan ambil wuduk sudah memadai. Manakala seorang lagi, perlu mengambil macam-macam produk kecantikan seperti pencuci muka, serum dan sebagainya untuk kekalkan kulit sihat dan cantik.
Sebenarnya ramai lelaki dah tahu betapa pentingnya penjagaan kulit ini, tetapi mereka bimbang akan diberi gelaran yang tidak sedar di dengar. Malah mereka sanggup membeli produk secara rahsia.
Okay MASKULIN tidak mahu mengulas lebih lanjut lagi, biarlah ML Studios berkongsi beberapa fakta kepentingan skincare buat kaum lelaki
Sesetengah lelaki sememangnya dikurniakan dengan kelebihan untuk jadi awet muda dan kelihatan jauh lebih muda dari umur sebenarnya. Sekali imbas, ada yang macam seorang bapa anak seorang walhal usia sudah lebih separuh abad.
Pelakon-pelakon popular lelaki di Hollywood sebagai contohnya ada beberapa orang yang cukup terkenal dengan kurniaan ini. Tapi ramai sebenarnya tidak sedar bahawa penampilan awet muda mereka tidak hadir tanpa sebarang usaha.
Salah seorangnya ialah pelakon yang kini terkenal dengan membawakan watak Scott Lang atau Ant-Man iaitu Paul Rudd. Pelakon yang usianya mencecah 54 tahun ini dahulu dikenali ramai dengan kehebatannya melakonkan watal-watak komedi dalam beberapa buah filem hebat.
Jika dilihat pada penampilannya kira-kira 20 tahun dahulu dan sekarang memang tidak banyak yang berbeza. Seakan-akan usianya tidak langsung berubah jika lihat pada wajah dan juga penampilannya.
Kemunculannya yang nampak serba baharu dalam filem ‘Clueless’ cukup diingati ramai dan kini dalam filem-filem terbarunya seperti ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’ memang ada sedikit perbezaan tapi tidaklah terlalu ketara berbanding pelakon-pelakon seusianya.
Paul Rudd jarang berbicara tentang bagaimana dia menjaga penampilan sama ada dari segi wajah dan juga bentuk badannya. Namun dia pernah berkongsi sedikit sebanyak dengan beberapa pengamal media sepanjang kariernya.
Tidak dinafikan penggunaan losyen pelindung matahari atau sunscreen mampu membantu kulit wajah lebih selamat dan terhindar dari agen-agen penuaan.
Menerusi temu bual bersama InStyle pada tahun 2015, Paul Rudd mendedahkan dia merupakan seorang yang percaya kepada kelebihan sunscreen. Dia mengakui menggunakan sunscreen dengan cukup kerap bagi melindungi kulit dari sinaran UV.
Percayalah penggunaan sunscreen setiap hari memang mampu melindungi kulit wajah dan badan dari kesan penuaan lebih pantas.
Tidak ramai yang sedar bahawa lelaki juga boleh menggunakan krim concealer. Concealer atau color corrector ialah sejenis kosmetik yang digunakan untuk menutup ketidaksempurnaan pada kulit. Ketidaksempurnaan ini boleh termasuk lingkaran hitam di bawah mata, cela dan hiperpigmentasi.
Pelakon Elizabeth Olsen pernah berkongsi tentang bagaimana dia mendapat tip dari Paul Rudd untuk menggunakan sedikit concealer bagi penampilan lebih muda.
Kondisi kulit jadi nampak lebih tua boleh berlaku jika tahap kelembapannya tidak terjaga dengan baik. Disebabkan itulah penggunaan pelembap sangat penting.
Ia bukan sahaja mengekalkan tahap hidrasi kulit yang baik tetapi membuatkan kulit nampak lebih ‘hidup’ dan segar. Ingat, semakin tua semakin terjejas tahap kesihatan liang minyak yang menjaga kesihatan kulit kita.
Bukan sahaja Paul Rudd malah ramai aktor lain juga turut berkongsi akan kepentingan tidur yang cukup untuk kesihatan fizikal dan mental yang baik.
“Salah satu perkara penting dalam apa jua bentuk latihan ialah tidur yang cukup,” jelasnya kepada Men’s Health dalam satu temu bual pada awal tahun ini. “Pertama tidur, kedua diet, kemudian angkat berat dan seterusnya kardio,” tambahnya lagi.
You are what you eat. Itulah juga yang diamalkan oleh Paul Rudd dari segi corak pemakanannya. Walaupun tidak pernah berkongsi tentang rahsia dietnya namun Paul Rudd pernah menyatakan dia makan telur setiap hari yang disertakan bersama ikan salmon.
Selain itu dia juga menggemari minuman protein goncang yang disatukan dengan gabungan tepung protein dan juga air. Dalam temu bualnya bersama AARP pada tahun 2019, Paul Rudd berkata, “Saya mulakan latihan dan pemakanan seperti atlet dengan mengehadkan tanpa gula, tanpa akohol dan hanya fokus kepada protein dan sayuran.
Semoga tip dan amalan yang dilakukan oleh Paul Rudd ini boleh dijadikan inspirasi buat anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam nada bergurau nakal sebut sahaja tentang gambir Sarawak, kebanyakan lelaki akan tersenyum sampai ke telinga dan kadangkala mungkin tertawa kecil.
Jarang mereka melihat gambir Sarawak sebagai bahan yang boleh menjadi penawar kepada bisa gigitan atau patukan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.
Masing-masing lebih gemar membayangkan gambir Sarawak adalah bahan yang boleh mengebaskan zakar dan memberi kepuasan kepada isteri secara maksima.
Apa itu gambir yang sebenarnya?
Gambir atau nama saintifiknya Uncaria gambir merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mempunyai daun lebar selain bunganya berwarna kuning.
Gambir juga lebih dikenali sebagai herba yang mengandungi astrigen dan ia kebiasaannya mudah ditemui di kawasan hutan di Asia Tenggara, India dan juga China.
Kepercayaan masyarakat terhadap gambir
Masyarakat Cina purba mempercayai gambir boleh digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser selain berkhasiat untuk membuang angin dari dalam badan.
Bagi penduduk kepulauan Nusantara pula, mereka memakan gambir bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan yang agak mengkhayalkan.
Namun demikian, gambir Sarawak tidak dijadikan sebagai bahan untuk dimakan tetapi kaum Adam kebanyakannya percaya gambir mempunyai kehebatan yang tersendiri.
Ini kerana menurut cakap-cakap orang, gambir Sarawak mampu ‘meneguhkan’ senjata lelaki ketika menjalin hubungan kelamin yang sah bagi pasangan yang sudah berkahwin.
Biasanya, batang gambir akan dikerat bagi mendapatkan getahnya. Kemudian, ia dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
Kesan buruk penggunaan gambir secara berlebihan
Penggunaan gambir Sarawak yang berlebih-lebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah. Kemaluan si lelaki boleh melecet serta berasa kebas yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria.
Lebih teruk lagi, lama-kelamaan, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kerosakan saraf terutama pada kawasan yang sensitif.
Selain itu, rasa nikmat ketika melakukan hubungan intim juga boleh hilang terjadi sekiranya gambir Sarawak digunakan terlalu kerap untuk tujuan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.