Foto : Kuali

Seorang lelaki dari Karnataka, India, menjadi perhatian dunia selepas mengaku hidup sihat tanpa sebarang makanan selama lebih tiga dekad sebaliknya, “meneguk” minyak pelincir enjin setiap hari.

Lelaki itu dikenali sebagai Kumar, atau lebih mesra dipanggil ‘Kumar Minyak’ oleh penduduk setempat, mencuri tumpuan ramai selepas videonya tular di media sosial.

Dalam rakaman yang kini berlegar di Instagram, Kumar dilihat duduk di tepi jalan sambil menikmati minyak enjin yang diisi dalam botol air mineral, seolah-olah minum teh tarik di warung.

Lebih mengejutkan, Kumar mendakwa dia tidak pernah menyentuh nasi, roti, atau sayur-sayuran malah tidak mempunyai sebarang keinginan untuk merasai makanan biasa seperti manusia lain.

“Saya tak pernah makan makanan seperti orang lain. Minyak ini dah jadi tenaga saya sejak dulu,” katanya ringkas.

Menurutnya lagi, sejak usia muda dia sudah mula mencuba meneguk minyak pelincir, dan lama-kelamaan tubuhnya mula ‘serasi’ dengan bahan itu.

Lelaki Ini Tak Pernah Rasa Nikmat Makanan, ‘Hidup’ Dengan Minyak Enjin Selama 33 Tahun
Foto : Kuali

Kini, dia mampu menelan antara tujuh hingga lapan liter minyak enjin setiap hari tanpa sebarang kesan sampingan.

Tak Pernah Sakit, Anggap Diri Dilindungi Dewa

Apa yang lebih menghairankan, Kumar mendakwa dia tidak pernah jatuh sakit walaupun mengamalkan tabiat yang jelas membahayakan kesihatan itu.

Ads

“Saya percaya tubuh saya dilindungi oleh dewa. Minyak ini sumber tenaga saya,” katanya dalam video tular tersebut.

Penduduk setempat turut mengesahkan mereka jarang melihat Kumar mendapatkan rawatan perubatan atau menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang teruk.

Malah, dia kelihatan sihat dan aktif walaupun rutin harian penuh dengan minyak pelincir bukan makanan.

Video Tular Capai Jutaan Tontonan

Rakaman video Kumar kini telah meraih lebih 3.9 juta tontonan di Instagram sejak dimuat naik awal September lalu.

Dalam video tersebut, Kumar kelihatan tenang menikmati minyak dari botol plastik sambil berbual dengan orang sekeliling.

Ads

Ramai yang terkejut dan tidak percaya dengan dakwaan tersebut, malah ada yang menganggapnya sekadar gimik untuk mencari perhatian di media sosial.

Lelaki Ini Tak Pernah Rasa Nikmat Makanan, ‘Hidup’ Dengan Minyak Enjin Selama 33 Tahun
Foto : Kuali

Bahaya Minyak Enjin Kepada Tubuh Manusia

Menurut pakar kesihatan, minyak enjin bukanlah bahan yang boleh diambil oleh manusia kerana ia mengandungi bahan kimia beracun, hidrokarbon dan logam berat seperti plumbum serta kadmium.

Jika diminum, ia boleh menyebabkan kerosakan hati, ginjal, paru-paru, dan sistem saraf, malah boleh membawa maut dalam jangka masa pendek atau panjang.

Walaupun tubuh Kumar kelihatan normal, doktor menegaskan bahawa setiap tubuh manusia berbeza, dan tidak mustahil lelaki itu akan mengalami komplikasi kesihatan pada masa akan datang.

Ads

Kisah Kumar terus menjadi bualan kerana mencabar logik sains dan perubatan.

Bagaimana mungkin tubuh manusia boleh bertahan dengan bahan seberbahaya itu tanpa sebarang kesan?

Fenomena seperti ini menunjukkan betapa luar biasanya keunikan manusia tapi juga bahayanya bila mencuba sesuatu di luar batas logik.

Walau sejauh mana kepercayaan seseorang terhadap “perlindungan dewa”, kesihatan tetap bergantung pada realiti tubuh dan sains.

BACA LAGI : Pakar Kongsi Amalan Pernafasan Untuk Elak Masalah Sembelit, Semudah Ini!

Sumber : kuali

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads