Cuba tengok masyarakat Jepun yang suka jalan laju? Siapa sangka, amalan jalan laju sebenarnya memberi banyak manfaat.
Selain baik untuk tubuh badan dan menguatkan jantung, amalan jalan laju juga boleh memanjangkan jangka hayat hidup seseorang walaupun BMI anda obese.
Perkongsian Dr Latif Saad dalam page TheDiagnosa mengungkap rahsia jalan laju. Dengan kebaikan yang kita dapat daripada jalan laju ini, seharusnyalah kita jadikan ia sebagai amalan.
Orang yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat umur yang lebih panjang berbanding mereka yang berjalan lambat. Ini merujuk kepada kajian yang telah dibuat pada lebih kurang 475,000 orang berserta cara dia berjalan.
Kajian ini dimulakan pada umur mereka 50 tahun sehinggalah mereka meninggal dunia.
Definisi berjalan laju yang diberikan oleh pengkaji tersebut adalah berjalan lebih daripada 100 langkah dalam masa seminit.
Ads
Akan tetapi dalam kajian ini, ianya melibatkan pelaporan daripada peserta sahaja sama ada mereka berjalan secara lambat, sederhana ataupun laju.
Peserta yang berjalan laju mempunyai had umur yang lebih panjang untuk semua kategori BMI. Bermaksud walaupun anda mempunyai BMI yang obese, tetapi jika anda berjalan laju, maka anda mungkin mempunyai kurang risiko untuk mati lebih awal. Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Mayo Clinic Proceedings.
Pengkaji menyatakan daripada kajian ini ia menunjukkan fungsi fizikal seseorang mempunyai faktor yang kuat bagi menentukan jangka hayat ataupun kesihatan seseorang berbanding BMI. Ia juga menunjukkan walaupun BMI seseorang itu tinggi, tetapi jika dia mempunyai kecergasan yang bagus, maka umurnya mungkin akan lebih panjang berbanding orang lain.
Ads
Sebaliknya, seseorang yang berjalan lambat itu mempunyai jangka hayat yang lebih pendek walaupun dia berada di dalam kategori BMI yang normal.
Dalam kajian itu melaporkan wanita yang berjalan pantas mempunyai jangka hayat hingga 87 tahun berbanding wanita yang berjalan lambat iaitu pada umur 72 tahun.
Lelaki yang berjalan pantas pula mempunyai jangka hayat hingga 86 tahun berbanding yang berjalan lambat iaitu pada umur 65 tahun.
Secara puratanya terdapat 15 hingga 20 tahun perbezaan diantara mereka yang berjalan pantas dan lambat.
Ads
Jamie Hickey, salah seorang jurulatih dan pakar nutrisi menyatakan “Kajian ini memberitahu kami bahawa jika anda berjalan secara pantas anda telah melakukan senaman kardio yang rendah dan jika ianya dilakukan secara kerap, maka ia boleh menguatkan jantung anda. Jadi tidak kira anda terlebih berat badan ataupun tidak, berjalan pantas dapat menguatkan jantung dan memanjangkan umur anda.
Walaupun kajian ini secara spesifik mengatakan jangka hayat umur anda bertambah jika anda berjalan dengan pantas tanpa mengambil kira BMI, bukanlah bermaksud selepas ini anda tidak kisah dengan BMI anda dan anda boleh makan sesukati hati.
Tetapi ia merujuk kepada perlunya anda sentiasa berada di dalam keadaan aktif walaupun anda pada ketika itu sedang berjalan.
Jadi gunakan masa yang terluang seperti berjalan untuk bersenam dengan cara berjalan lebih laju daripada biasa.
Rujukan:
Francesco Zaccardi, MD, PhDa, Melanie J. Davies, MD, Kamlesh Khunti, MD, PhD, Tom Yates, PhD. Comparative Relevance of Physical Fitness and Adiposity on Life Expectancy. A UK Biobank Observational Study. June 2019 Volume 94, Issue 6, Pages 985–994. DOI: https://doi.org/10.1016/j.mayocp.2018.10.029
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita selalu fikir nak dapatkan six pack perlu ada alatan di gym. Padahal untuk anda miliki six pack, tak semestinya anda kena ada semua itu.
Apa yang penting, anda perlu rajin bersenam. Dan cara yang paling mudah untuk dapatkan six pack adalah dengan menjadikan rumah sebagai gym peribadi. Boleh bersenam dengan selesa, malah hasilnya juga setanding anda pergi ke gym.
Jadi bagi yang nak dapatkan perut six pack, lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini. Yang penting, lakukan secara konsisten dan tengoklah hasilnya. Pasti tidak mengecewakan!
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat penggemar aktiviti larian menyertai mana-mabna pertandingan atau menyertai fun run adalah satu perkara yang menyeronokkan.
Selain dapat melatih diri untuk kesihatan lebih baik, mengumpul medal dan hadiah wang tuan anda juga dapat pengalaman larian yang cukup berharga.
Di antara kategori yang paling popular di kalangan pelari ialah pada jarak 10 kilometer. Walaupun sesetengah orang menganggap 10km itu bukanlah jarak yang sangat jauh namun tanpa persediaan ia boleh menyebabkan pelari tidak dapat menghabiskan perlumbaan.
Persediaan dan latihan memang sangat penting. Tapi apakah persediaan anda harus lakukan pada hari acara larian?
JANGAN LEWAT
Ini perkara asa bagi semua orang yang menterti larian. Satu perkara yang anda wajib tahu ialah setiap acara larian akan disetai oleh ribuan orang. Jadi pastinya trafik akan sedikit sesak serta masalah tempat letak kereta terhad adalah perkara biasa. Jadi jangalah datang lambat. Lebih senang jika anda carpool atau naik kenderaan awam.
JANGAN MAKAN SEJAM SEBELUM LARIAN
Betul, sesiapa pun perlukan tenaga untuk berlari. Akan tetapaia eakkan makan dalam jangka masa terlalu dekat dengan waktu flag off. Elak makan makanan berkarbohidrat sejam sebelum mula berlari.
MINUM AIR
Jarak 10km bukanlah jarak yang dekat. Jadi sebelum mula berlari minumlah air terlebih dahulu untuk kekal hidrasi. Anda juga perlu peka dengan kedudukan di manakah water station sepanjang larian.
STRATEGI LARIAN
Seorang pelari yang baik akan berlari dengan strategi betul. Usah terlalu ikut perasaan dan tercabar dengan orang lain yang lebih laju. Lari pada pace kemampuan anda dan bina ketahanan diri dari semasa ke semasa.
PAKAIAN SESUAI
Menggunakan pakaian yang sesuai angat penting bagi memastikan ada selesa dan paling penting sekali elak daripada berlaku kecederaan. Pemilihan kasut juga sangatlah penting.
IKUT PACE SETTER
Setiap acara larian kebiasaannya akan menyedian pelari-pelari ‘pace’ yang menetapkan kelajuan larian. Jika anda ada sasaran yang sesuai ikutlah larian di belakang mereka.
SENTIASA BERTENANG
Perkara paling penting untuk elak diri daripada alami kecederaan ialah sentiasa bertenang. Sepanjang larian anda perlu sentiasa peka dan ketahui kondisi diri.
LARI IKUT PECAHAN
Untuk mencapai larian yang baik buatlah pecahan larian kepada beberapa bahagian kecil. Sebagai contoh sasarkan setiap jarak dalam tempoh masa yang sesuai dengan kelajuan anda. Ini secara tak langsung mendorong anda berlari lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia kecergasan, pencapaian luar biasa bukan datang daripada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi juga kekuatan mental dan ketahanan jiwa. Itulah yang dibuktikan oleh Soh Wai Ching, pelari menara kebangsaan yang berjaya mencipta sejarah apabila mencatat rekod dunia baharu mendaki setinggi 1.788 kilometer menggunakan mesin tangga, bersamaan dengan empat kali ketinggian Menara KLCC, dalam masa hanya satu jam.
Ya, anda baca betul. Satu jam, empat kali KLCC. Tanpa henti.
Kuasa Minda, Disiplin Badan
Soh bukan nama asing dalam arena larian menara global. Tapi kali ini, beliau melonjak lebih jauh dengan rekod yang diiktiraf dunia, memadam rekod lama milik atlet dari UK, David Mahoney (1.748 km). Percubaan ekstrem ini dilakukan dalam suasana indoor, tanpa sebarang gangguan luar hanya mesin, masa, dan semangat.
“Mencabar minda, tanpa henti selama satu jam. Memang sukar. Masih tak percaya saya berjaya harunginya,” kata Soh.
Ia bukan sekadar tentang otot, tetapi tentang fokus, konsistensi, dan pengurusan tenaga — satu kombinasi yang membezakan lelaki biasa dan lelaki luar biasa.
4 Rekod Malaysia Sekali Gus
Lebih membanggakan, Soh turut mencipta empat rekod Malaysia Book of Records dalam sesi yang sama:
🏅 Pendakian terpantas setinggi Menara KLCC (451.9m) 🏅 Pendakian terpantas setinggi Merdeka 118 (678.9m) 🏅 Pendakian menegak 1KM terpantas guna mesin tangga 🏅 Jarak pendakian menegak terjauh dalam masa satu jam
Bagi lelaki yang menghargai cabaran, ini bukan sekadar angka. Ia adalah simbol kekuatan tubuh yang terlatih, fikiran yang terjaga dan keazaman tanpa kompromi.
Dalam dunia penuh alasan, Soh adalah definisi lelaki Maskulin sejati yang bukan sekadar bercakap soal disiplin, tetapi hidup dengan disiplin. Dia buktikan bahawa kejayaan bukan sesuatu yang datang semalaman, tetapi dibina daripada rutin yang konsisten dan cabaran yang diterima dengan terbuka.
Tak perlu tunggu Isnin atau tahun baharu untuk berubah. Cabar diri hari ini. Mulakan dengan satu anak tangga, satu set larian, satu langkah berani.
Soh dah buktikan, lelaki Malaysia mampu daki setinggi langit. Sekarang giliran anda.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.