Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.
Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.
Peranan penting protein
* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
Ads
* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.
Gejala kekurangan protein serius
1. Keletihan dan lesu
Kurang bertenaga, mudah tertidur, letih dan tidak bermaya.
Ads
2. Otot-otot menggeleber
Protein penting dalam pemulihan dan pembinaan semula tisu-tisu otot. Malah dalam satu aspek lebihan protein akan disimpan dalam otot untuk kegunaan tubuh jika berlaku kekurangan.
3. Sistem imun lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imun yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.
Ads
4. Lambat pulih daripada kecederaan
Kurang protein bermaksud tisu-tisu juga lambat untuk pulih. Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
5. Kulit kendur dan berkedut
Asid amino menjana protein struktur dikenali dengan kalogen. Tanpa protein, tiada kolagen dihasilkan untuk kulit yang bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
6. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh akan bertindak balas dengan meletakkan posisi sistem automasi dalam tubuh kepada ‘mod penjimatan’. Apa yang berlaku ia akan berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin disebabkan lockdown, senaman jump rope atau juga popular dengan panggilan skipping menjadi sangat popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan.
Selain tidak memerlukan banyak peralatan ia juga tidak memelukan ruang yang banyak untuk dilakukan. Hanya perlu sedikit ruang selesa dan juga seutas jump rope yang sesuai. Melakukan aktiviti jump rope dapat merangsang bukan sahaja kekuatan otot tetapi membina stamina dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kelebihan yang anda boleh dapat jika melakukan senamam jump rope.
KESIHATAN JANTUNG
Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.
BAKAR KALORI DENGAN BAIK
Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.
Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.
HAPUSKAN LEMAK PERUT
Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.
OTAK LEBIH FOKUS
Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita sering mendengar mengenai istilah stamina, tak pancit, fit dan sebagainya. Semua orang tentu tahu apakah itu stamina yang sebenarnya, dan di mana terletaknya stamina seseorang.
KITA JUGA TELAH DIDEDAHKAN DENGAN ISTILAH STAMINA SEJAK KITA MENGENAL MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KETIKA BERADA DI SEKOLAH LAGI, ATAU SEJAK KITA BERKECIMPUNG DENGAN AKTIF DALAM SUKAN-SUKAN TERTENTU.
Pada artikel kali ini, kita tidak mahu bercerita mengenai hal lelaki tua yang pancit (tiada stamina) ketika berfutsal malam semalam, atau pakcik tua yang semput menaiki tangga ketika pergi untuk memperbaharui lesennya pada minggu lepas.
Kita akan menyenaraikan 5 fakta menarik mengenai stamina, yang kemungkinan ada di kalangan anda sudah tahu, atau tak tahu.
1 – Seseorang itu akan dikatakan mempunyai stamina yang tinggi jika dia mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan) secara berterusan untuk suatu tempoh yang agak lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda letih ataupun lelah.
2 – Stamina juga kadangkala mengambil masa yang agak panjang untuk dibentuk, namun untuk kehilangannya hanya akan mengambil masa yang singkat. Kebiasaannya, stamina seseorang individu itu berkemungkinan akan hilang lebih 50% jika berhenti bersenam selama 2 minggu.
3 – Stamina amat bergantung pada faktor usia. Semakin berusia seseorang individu itu maka stamina mereka juga semakin menurun. Ini bukan sahaja merujuk pada stamina mereka untuk aktiviti kecergasan malah stamina ketika berada di ranjang bersama pasangan juga.
4 – Tahap stamina anda boleh dianggap pada tahap yang sangat memuaskan jika anda mampu untuk berjogging sambil bercakap seperti biasa dalam jangkamasa yang agak lama, tanpa berasa mengah mahupun pancit.
5 – Antara sukan-sukan yang secara umumnya memerlukan stamina yang tinggi adalah berlari untuk maraton, bertinju, tenis, bola sepak, dan berenang. Mendaki bukit ataupun gunung juga tidak kurang hebatnya dalam mencabar stamina seseorang.
Jadi kita telah berjaya kupaskan sedikit sebanyak mengenai stamina dan apakah istilah sebenar stamina kepada seseorang lelaki. Lepas ni kemungkinan kita juga akan turut mengupas tentang cara untuk meningkatkan dan juga mengekalkan stamina, dan juga tanda-tanda penurunan stamina. Diharapkan perkongsian ini akan membawa manfaat buat anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sedar tidak sedar kita sudah pun memasuki hari ke-11 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang haris dilaksanakan kita semua bagi membantu kerajaan terutamanya barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera bagi membendung penularan waba COVID-19.
Sepanjang tempoh ini juga telah tular pelbagai cara yang dilakukan oleh warga Malaysia yang sentiasa mencari jalan untuk kekal positif. Ada yang mulaaktif bermain muzik, mencipta lagu, bercucuk tanam di halaman rumah dan tidak kurang juga yang bersenam.
Mungkin golongan yang paling sukar berdepan situasi duduk rumah ini ialah mereka yang berpersonaliti extrovert – suka melakukan aktiviti luaran dan bersosial. Tpai janganlah pula jadikan itu asalan untuk anda melanggar undang-undang keluar rumah sesuka hati.
Teknologi sekarang sudah canggih dengan jaringan Internet berkelajuan tinggi. Guna sahaja teknologi itu untuk terus berhubung dengan kenalan dan melakukan aktiviti secara talian.
Bagi yang suka bersenam inilah masanya untuk anda realisasikan impian memdapat abdomen six-pack bak Bruce Lee atau Jason Statham. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 step senaman simple yang anda boleh ikut dan lakukan di rumah.
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu. Namun ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi berbaring
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari sit up. namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut, kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut ( atas, tengah, bawah)
Ambil posisi berbaring
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki
Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan repetisi ini
Lakukan latihan ini sekitar 15 kali repetisi per 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu perlukan banyak tenaga dibanding latihan yang lainnya, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
Luruskan punggung
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh
Tahan hingga beberapa minit
SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi sixpack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan mengayun basikal. Namun, jangan remehkan latihan ini, kerana dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.