Bila sentuh bab pakaian ramai lelaki sebenarnya cukup sensitif. Ini kerana pakaian itu merupakan identiti mereka yang dibawa setiap hari.
Dan berfesyen itu juga adalah satu perkara atau hal yang cukup subjektif. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain.
Namun dalam berfesyen juga kita seharusnya berpijak di bumi yang nyata. Ada sesetengah jenis pakaian dan gaya cukup sesuai untuk kita dan begitu juga sebalik. Kesesuaian pula bergantung kepada banyak faktor dan salah satunya ialah faktor usia.
Walaupun tidak selalu, berfesyen harusnya selari dengan peningkatan usia. Bukan sahaja ia menunjukkan kematangan tetapi ia boleh memberi persepsi pandang pertama yang tidak tepat kepada orang lain jika gaya itu tidak sesuai dengan usia.
Jadi apakah jenis pakaian dan gaya yang tidak sesuai untuk lelaki 35 tahun ke atas? Ikuti perkongsian ikhlas dari MASKULIN di bawah.
SKINNY JEANS
Lupakan zaman kegemilangan anda ketika era ‘indie’ dahulu. Zaman itu sudah lama berlalu. Skinny jeans ini biarlah anak muda sahaja yang pakai. Lebih buruk jika perut anda pun sudah semakin maju dan amatlah tidak sesuai untuk pakai seluar seperti ini.
TOPI BESBOL
Tidak salah memakai topi besbol jika anda melakukan aktiviti outdoor di bawah cahaya matahari yang panas. Tapi kalau sepanjang masa hatta berada di dalam panggung wayang pun pakai juga, ia tidak sesuai. Selain itu anda juga akan nampak tidak serius dan ‘try to hard’ nak nampak muda.
Ads
ANKLE SOCK
Pakailah stoking normal yang sesuai untuk anda. Sudah tiba masanya untuk tinggalkan ankle sock yang tidak sesuai dengan umur semakin matang. Lebih parah kalau ada yang pakai stoking jenis ini dengan sneakers.
AKSESORI SEPERTI RANTAI MANIK
Mungkin waktu muda dulu anda seorang yang cukup ekspresif dan berjiwa seni. Tapi bila usia sudah makin meningkat mungkin boleh simpan aksesori seperti itu di dalam laci almari sahaja. Aksesori lelaki matang perlu kelihatan lebih ‘classy’ dan tidak terlalu menonjol.
Ingat ya, pakailah pakaian seperti ini untuk fungsi ia dicipta. Sebagai contoh hoodie yang boleh saja anda pakai jika dalam cuaca sejuk atau di dalam bilik berpenghawa dingin. Tapi kalau sepanjang masa hendak dipakai walaupun dalam cuaca panas, itu satu perkara yang pelik.
SINGLET
Nak tonjolkan otot lengan yang padu ke sana-sini dengan memakai singlet? Sebenarnya tidak perlu semua itu untuk paparkan body sasa anda. Cukup hanya dengan pakai t-shirt atau kemeja pun orang boleh tahu. Ingat anda bukan Dominic Toretto.
RANTAI BEG DUIT
Ads
Rantai beg duit atau wallet chain ini satu gaya yang tidak pernah ditelan zaman. Akan tetapi buat anda berusia 35 tahun ke atas, ini merupakan antara aksesori yang tidak sesuai.
T-SHIRT KARTUN
Percayalah kebanyakan orang tidak peduli akan t-shirt kartun anda walaupun ia adalah baju vintaj. Mungkin di kalangan penggemar akan mengaguminya namun tidak kepada massa. Simpanlah untuk koleksi peribadi semata bukan untuk tayangan di badan anda.
PAKAIAN ‘OVERSIZE’
Sesetengah jenama memang terkenal dengan seleksi pakaian oversize. Mungkin ia menjadi kegemaran anda ketika waktu kegemilangan pada usia 20-an dahulu. Tapi tidak sekarang!
Pada usia ini, anda seharusnya tahu apakah jenama dan juga jenis cutting yang sesuai untuk diri sendiri. Dan semestinya bukan pakaian dengan gaya ‘oversize’.
SELUAR JEAN LUSUH
Seluar jean merupakan item fesyen yang relevan untuk semua peringkat usia. Tapi tidak seluar jean yang lusuh dan koyak-rabak ya.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video MASKULIN Xtra seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk koleksi Spring 2017 kali ini, jenama Esprit menghasilkan karya koleksi yang ranggi serba mewah. Tidak kisahlah untuk pakaian lelaki mahupun wanita, konsep elemen sukan masih bisa dilihat dalam setiap rekaan juga perinciaan dalam setiap helaian. Penggunaan warna yang lebih bold menjadikan koleksi dari jenama Esprit ini antara yang harus ada dalam wardrobe anda!
Gabungan warna ala tanah serta siluet sedikit sporty memberi impak maskulin dalam gaya seseorang. Rekaan lelaki untuk koleksi kali ini memberi signifikasi besar tentang pentingnya elemen sporty dalam gaya seorang lelaki. Tidak ketinggalan, penghasilan vest memang cukup untuk menaikkan aura formal dalam koleksi ini. Sesuai bagi mereka yang ingin tampil persis gentleman dalam gaya seorang hipster.
Begitu juga dengan rekaan untuk wanita yang lebih berani dan lasak. Pun begitu, walaupun masih menjadikan jaket militari sebagai kunci utama dalam rekaan koleksi Spring 2017 ini, namun jelas kelihatan kesempurnaan sifat feminin pabila jenama ini turut menghasilkan dress labuh yang lebih santai dan sungguh sederhana. Apa yang penting, permainan warna serta siluet nya menjadikan ia tampak lebih selesa.
Tidak dinafikan warna pink amat sinonim dengan wanita, namun jangan terkejut, era moden ketika ini membuatkan fesyen tidak terhad kepada sesuatu jantina. Ia bersifat universal.
Selain dianggap seorang yang ‘lembut’, lelaki yang gemar kepada warna pink cenderung untuk menukar identity. Tanggapan ini salah sebenarnya dan masyarakat seharusnya tidak memandang ia sebegitu rupa.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin berkongsikan 6 keistimewaan lelaki yang menyukai warna pink.
Dia sentiasa membuat pasangannya rasa seperti dibuai manja melalui kata-kata dan perbuatan. Sentiasa tahu macamana nak ambil hati pasangan agar dia sentiasa rasa bahagia.
Orang kata lelaki peminat warna pink ini seorang yang good chap iaitu mudah didekati serta senang bergaul. Selain itu, kalau dia pergi kemana sekalipun orang berasa selesa dengannya.
Kalau dia tiada orang akan rasa kosong.
Jika manis mulut orang kata seorang yang suka bodek, lelaki jenis ini bukan seorang pembodek, tetapi ini memang watak semula jadinya. Tidak pelik jika pergi kemana sahaja pasti ada orang yang mengenalinya.
Selain mempunyai kemahiran bermain alat muzik, dia juga seorang yang cinta akan kesenian. Segala jenis aspek kreatif dia pandang tinggi serta sangat menghargai hasil karya orang lain.
Walaupun diselubungi pelbagai isu dan masalah, namun watak lelaki yang suka warna pink seorang yang focus. Tumpuannya tidak hilang walaupun dilanda pelbagai masalah. Bila sedang buat sesuatu fikirannya tidak terganggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki kurus pun boleh bergaya dan tampak kacak dan macho tapi perlu kena dengan cara.
Siapa cakap lelaki kurus ini senang dalam berfesyen berbanding mereka yang berbadan lebih besar. Sedangkan pada hakikatnya, lelaki badan kurus antara yang sering bermasalah dalam memilih pakaian.
Tapi jangan risau, anda ikut je tip di bawah :
Sudahlah berbadan kurus, kenakan pakaian fit pula! Anda mungkin berasa selesa tetapi pada pandangan mata awam, anda dilihat sebagai ‘tulang bergerak’ dan tidak kelihatan sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
Anda digalakkan pakai pakaian berwarna putih yang ada grafik warna atau bercorak. Ia dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt sebagai contohnya, warna putih di samping grafik yang berwarna lain dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang. Sehubungan itu, elakkan memakai baju yang tidak berkolar kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Sebaiknya, pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
Antara yang perlu dititik beratkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebaik-baiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit spiky. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’
Semoga bermanfaat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sukan pickleball kini bukan lagi sekadar aktiviti santai hujung minggu. Di Malaysia, popularitinya terus melonjak dengan komuniti pemain yang semakin berkembang merentasi pelbagai peringkat...