Seorang pelari dari Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori Fastest Marathon Dressed in School Uniform (Male) di Sydney Marathon.

Catatan masa 2 jam 44 minit 12 saat meletakkan beliau sebagai pemegang rekod baharu, sekaligus menewaskan rekod lama dari London Marathon 2014 (2:50:17).

Ini merupakan rekod dunia ketiga beliau dalam acara marathon penuh, dan marathon ke-45 sepanjang kariernya sejak 2011.

Lebih membanggakan, ini adalah marathon ke-39 yang berjaya ditamatkan bawah 3 jam pencapaian yang jarang dicapai walaupun oleh pelari berpengalaman di peringkat antarabangsa.

Beliau mengakui cabaran kali ini bukan mudah, terutama apabila mengalami kekejangan di kilometer ke-35.

Namun dengan semangat juang tinggi, beliau terus melangkah kerana yakin inilah detik penting untuk Malaysia dan mesej yang ingin disampaikan kepada dunia.

Lelaki Malaysia Pecah Rekod Dunia, Lari Marathon Dengan Uniform Sekolah Demi Anti-Buli
Foto : Facebook Edan Syah

Uniform Sekolah & Misi Kemanusiaan

Apa yang menjadikan percubaan kali ini luar biasa adalah pemilihan pakaian uniform sekolah lengkap.

Ads

Pilihan simbolik ini bukan sekadar untuk kelainan, tetapi membawa mesej mendalam iaitu  STOP BULLYING, START RUNNING.

Beliau mahu masyarakat sedar bahawa isu buli di sekolah kini semakin serius, memberi kesan buruk terhadap keyakinan diri, kesihatan mental, serta masa depan pelajar.

“Bullying Tinggalkan Luka, Larian Bina Kekuatan”

Sebagai seorang jurulatih larian dan bakal guru yang bakal memulakan latihan mengajar di sebuah sekolah menengah bulan depan, beliau mahu menjadi contoh kepada pelajar serta generasi muda Malaysia.

“Bullying tinggalkan parut, tapi larian membina kekuatan, kesatuan, dan keberanian,” katanya dengan penuh semangat selepas tamat perlumbaan.

Bagi beliau, sukan seperti larian bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga mengajar nilai disiplin, ketahanan, kerja keras, dan rasa hormat kepada orang lain.

Ads

Nilai-nilai ini jika dipupuk sejak bangku sekolah mampu melawan budaya negatif yang menghantui ramai remaja hari ini.

Lelaki Malaysia Pecah Rekod Dunia, Lari Marathon Dengan Uniform Sekolah Demi Anti-Buli
Foto : Facebook Edan Syah

Dedikasi Untuk Malaysia & Masa Depan Anak Muda

Pencapaian bersejarah ini bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga sebagai dedikasi kepada komuniti, sekolah, dan masa depan Malaysia.

Dengan usaha berterusan melatih anak didiknya melalui program @sacrun.coach, beliau mahu membuktikan bahawa setiap individu mampu berjaya sama ada dalam sukan mahupun dalam membina kehidupan yang lebih positif.

Beliau juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurus, rakan pasukan, penganjur Sydney Marathon, serta pihak Guinness World Records yang menjayakan percubaan ini.

Ads

Menurutnya, rekod hanyalah angka. Apa yang lebih penting ialah mesej dan impak kepada masyarakat.

Beliau percaya sukan adalah jambatan untuk menyatukan komuniti dan mendidik generasi muda agar lebih kuat, lebih berani, dan lebih bersemangat.

BACA LAGI : Kelebihan Memakai Compression Pants untuk Larian dan Senaman

Sumber : Facebook Edan Syah

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads