Sedia maklum lelaki jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Hanya akan melakukan pemeriksaan kesihatan apabila ingin masuk kerja atau untuk tujuan tertentu. Apakah pemeriksaan yang akan diterima lelaki apabila mereka ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini? Berbanding dengan wanita , lelaki lebih kurang prihatin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan. Kita tahu wanita melakukan pemeriksaan mammogram dan pap smear untuk mencegah kanser payu dara serta kanser pangkal serviks. Berikut adalah cadangan pemeriksaan kesihatan untuk lelaki :
Lelaki berumur sehingga 20 tahun
1- Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau setiap tahun jika mempunyai masalah penglihatan
3-Tekanan darah diperiksa setiap 2 tahun setengah.
4-Pemeriksaan penuh darah untuk buah pinggang , fungsi hati , darah , kencing manis , kolesterol , pemeriksaan urin ,
Ads
Lelaki berumur 20-50 tahun
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan atau yang di syorkan oleh doktor gigi
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau tahunan jika mempunyai masalah mata
3-Pemeriksaan fizikal setiap 3 tahun atau yang dicadangkan oleh doktor merawat.
4-Pemeriksaan darah tinggi setiap 2 tahun setengah atau setiap tahun jika anda mempunyai faktor risiko darah tinggi
Ads
5-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun
6-Pemeriksaan kolon dan rectal selepas berumur 40 tahun
7-Pemeriksaan prostat selepas berumur 45 tahun
8- Pemeriksaan penuh darah .
Ads
Lelaki berumur 50 tahun ke atas
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan darah tinggi setiap tahun
3-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun jika normal atau atas nasihat doktor merawat
4-Pemeriksaan penuh darah
5-Pemerisaan kolon dan prostat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak korang rasa susah nak tidur walaupun mata dah tak larat nak berjaga? Masalah ini juga dinamakan insomnia, ia sering kali berlaku dikalangan orang dewasa akibat daripada sukar untuk dapatkan waktu tidur yang berkualiti.Mungkin juga akibat daripada stress, pemakanan dan jadual aktiviti yang padat.
Luangkan 30 minit sebelum tidur untuk rilekskan otot dengan lima regangan yang kami kongsikan ini.
TIPS: Lalukan diatas permukaan rata seperti lain. Jangan terlalu memaksa, lakukan dengan rileks dan bernafas perlahan-lahan.
Baik untuk mereka yang duduk lama ketika di pejabat untuk melepaskan tekanan dibahagian otot pinggang dan pinggul. Lakukan seperti gambar diatas, nafas perlahan dan tahan selama 30 saat.
Regangan ini juga bagus untuk yang banyak menghabiskan masa duduk diatas kerusi, ia beri tumpuan pada bahagian pinggul. Otot bahagian tersebut boleh menjadi kejang dan tegang. Mulakan dengan berlutut, kemudian bawa satu kaki kehadapan dan sebelah kebelakang. Pastikan keadaan lutut bersudut 90 darjah (rujuk gambar). Tahan selama 30 saat dan lakukannya dengan bertukar-tukar kaki.
Anda sering sakit belakang dan berasa tidak selesa setiap kali berbaringan? Cuba lakukan regangan yang boleh memperbaiki sudut belakang sekaligus memberi tidur yang nyenyak. Baring lurus dan angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri. Pastikan kaki kanan anda bersudut 90 darjah tahan selama 30 saat. Anda akan rasa sedikit tarikan dari otot pinggul dan pinggang. Ulangi rutin yang sama untuk kaki kiri.
Regangan mudah ini boleh memulihkan kestabilan teras dan tulang belakang anda. Lakukan kedudukan seperti gambar diatas, tegakkan tangan dan lutut anda. Setiap kali anda mengangkat dan turun bahagian abdomen pastikan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Lakukan dengan 20 kali pernafasan.
Mulakan dengan bukaan kaki yang sesuai dengan saiz pinggang. Angkat tangan anda seperti didalam gambar. Tarik nafas dalam kemudian lenturkan keseluruhan badan ke kiri. Hembus nafas setelah kembali ke rutin yang pertama. Setiap lenturan biarkan anda merasa setiap tegangan otot. Ulangi rutin ini tiga kali secara bergilir-gilir.
Cubalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dua kategori pendakap gigi palsu yang biasa didapati di pasaran.
Pertama, ia terdiri daripada pendakap gigi jenis plastik yang dipakai sendiri secara lekap oleh pengguna mengikut kemahuan masing-masing dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.
Satu lagi kategori ialah pendakap gigi yang diperbuat daripada aloi besi bergred rendah yang tidak stabil dan mudah karat.
Ciri fizikal pendakap gigi asli dan tiruan mungkin kelihatan serupa saja dari sisi mata kasar, tetapi gred dan kualiti aloi tahan karat yang digunakan dalam amalan pergigian diiktiraf sangat berbeza.
Pendakap gigi preskripsi diperbuat daripada aloi berkualiti tinggi dan stabil di dalam mulut untuk tahan karat di bawah pengaruh suhu serta asid dalam makanan.
Selain besi tahan karat, pendakap gigi asli juga boleh didapati dalam jenis seramik, plastik, pendakap boleh tanggal dan ‘clear aligner’ yang selamat menurut preskripsi amalan pergigian.
PENDAKAP GIGI PALSU
Besi yang digunakan mudah karat sekali gus memberi kesan kepada sistem dalaman badan akibat karat yang ditelan berulang kali sama ada secara sedar atau sebaliknya meskipun dalam kuantiti yang kecil.
Justeru, penggunaan pendakap palsu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kesan kepada kesihatan mulut serta organ utama lain dalam badan.
Daripada pergerakan gigi yang tidak dapat dikawal, kerosakan gusi dan gigi longgar serta luruh, sehinggalah kepada kanser mulut dan perut boleh terjadi akibat pemakaian pendakap gigi tidak asli.
Pelarutan elemen nikel, kromium daripada besi bergred rendah di bawah pengaruh suhu dan asid di dalam mulut mengakibatkan mukosa mulut pemakai bersentuhan sekali gus menelan elemen karsinogenik terbabit secara berterusan.
Keadaan ini berupaya meningkatkan risiko kanser mulut dan sistem penghadaman atau usus. Akibat pemakaian pendakap palsu ini juga, pergerakan gigi yang mendadak menyebabkan akar gigi rosak, malah terdedah pula kepada risiko gigi berlubang apabila kebersihan mulut tidak dipantau oleh doktor gigi bertauliah.
RM5000 UNTUK RAWATAN
Individu yang disaran memakai pendakap gigi hanyalah mereka yang bermasalah gigi jarang, gigi berlapis atau rahang tidak harmoni dengan gigitan yang tidak normal.
Oleh itu, pakar ortodontik memastikan susunan gigi kembali seimbang, harmoni dan optimum dari aspek kesihatan mulut, estetik serta fungsi untuk pengunyahan dan pertuturan selepas pendakap gigi dipakai.
Populariti pendakap palsu ini disebabkan faktor budaya atau tekanan rakan sebaya untuk kelihatan seolah-olah individu itu mampu memakai pendakap gigi dan diterima oleh masyarakat yang terlalu taasub dengan materialistik.
Harga pendakap gigi asli yang disarankan pakar ortodontik termasuk kos rawatan susulan setiap bulan selama dua hingga tiga tahun dengan bahan berkualiti tinggi iaitu dalam lingkungan RM5,000 namun bayaran boleh dibuat secara ansuran.
Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ia boleh dikatakan fesyen yang sangat membimbangkan.
Selain itu, terdapat juga laporan tentang risiko kematian yang dikaitkan dengan bahan berbahaya seperti plumbum dalam pendakap gigi palsu. Pengguna akan berisiko mendapat masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi berkalih, kehilangan gigi dan lain-lain.
Walaupun reka bentuk dan warna yang menarik, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan. Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkara paling ditakuti oleh setiap lelaki ialah apabila rambut yang merupakan mahkota mereka mengalami masalah seperti kelemumur dan sedikit demi sedikit mengalami keguguran yang akhirnya menyebabkan kebotakan. Hal ini akan menyebabkan lelaki merasa rendah diri. Tambahan pula, lambakan shampoo dan perawatan rambut tidak semestinya berkesan dan yang pasti kosnya akan ‘mencekik’ kamu. Jadi apa kata kita mencuba cara altenatif ini di rumah.
Murah, mudah dan berkesan okay.!
Tetapi, bagaimana caranya?
Air garam ada kandungan yang berfungsi melicinkan rambut kita juga dapat menolong menjaga kulit kepala hingga mampu kurangkan keguguran rambut. Sesudah bersihkan rambut dengan syampu, sukat sebanyak 100-150 gm garam yang digaul rata dengan air serta rendam rambut kedalam air garam sepanjang 3 – 5 minit.
Urut lembut kepala supaya liang-liang rambut boleh menyerap kandungan garam dengan cara yang sempurna. Bersihkan rambut anda dengan air bersih selepas itu serta ulangilah 2 kali dalam 1 minggu. Hasilnya akan kelihatan selepas 1 bulan kemudian.
Kelebihan Membersihkan Rambut Dengan Air Garam:
1. Menyingkirkan Kelemumur
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
2. Rambut Kelihatan Lebih Segar
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
3. Mengawal Minyak Berlebihan
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
4. Mengelak Keguguran
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
Kesimpulannya: Membersihkan rambut dengan air garam banyak faedahnya, jadi janganlah lupa cuci sekurang-kurangnya 1 minggu sekali mengggunakan air garam.
SUMBER: bulletinmedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SCORE Marathon 2026 mencatat rekod 50,000 peserta dan bakal berlangsung selama dua hari di Putrajaya, menjadikannya antara festival larian terbesar di Malaysia.