Dua kategori pendakap gigi palsu yang biasa didapati di pasaran.
Pertama, ia terdiri daripada pendakap gigi jenis plastik yang dipakai sendiri secara lekap oleh pengguna mengikut kemahuan masing-masing dan boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.
Satu lagi kategori ialah pendakap gigi yang diperbuat daripada aloi besi bergred rendah yang tidak stabil dan mudah karat.
Ciri fizikal pendakap gigi asli dan tiruan mungkin kelihatan serupa saja dari sisi mata kasar, tetapi gred dan kualiti aloi tahan karat yang digunakan dalam amalan pergigian diiktiraf sangat berbeza.
Pendakap gigi preskripsi diperbuat daripada aloi berkualiti tinggi dan stabil di dalam mulut untuk tahan karat di bawah pengaruh suhu serta asid dalam makanan.
Selain besi tahan karat, pendakap gigi asli juga boleh didapati dalam jenis seramik, plastik, pendakap boleh tanggal dan ‘clear aligner’ yang selamat menurut preskripsi amalan pergigian.
PENDAKAP GIGI PALSU
Ads
Besi yang digunakan mudah karat sekali gus memberi kesan kepada sistem dalaman badan akibat karat yang ditelan berulang kali sama ada secara sedar atau sebaliknya meskipun dalam kuantiti yang kecil.
Justeru, penggunaan pendakap palsu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kesan kepada kesihatan mulut serta organ utama lain dalam badan.
Daripada pergerakan gigi yang tidak dapat dikawal, kerosakan gusi dan gigi longgar serta luruh, sehinggalah kepada kanser mulut dan perut boleh terjadi akibat pemakaian pendakap gigi tidak asli.
Pelarutan elemen nikel, kromium daripada besi bergred rendah di bawah pengaruh suhu dan asid di dalam mulut mengakibatkan mukosa mulut pemakai bersentuhan sekali gus menelan elemen karsinogenik terbabit secara berterusan.
Keadaan ini berupaya meningkatkan risiko kanser mulut dan sistem penghadaman atau usus. Akibat pemakaian pendakap palsu ini juga, pergerakan gigi yang mendadak menyebabkan akar gigi rosak, malah terdedah pula kepada risiko gigi berlubang apabila kebersihan mulut tidak dipantau oleh doktor gigi bertauliah.
Ads
RM5000 UNTUK RAWATAN
Individu yang disaran memakai pendakap gigi hanyalah mereka yang bermasalah gigi jarang, gigi berlapis atau rahang tidak harmoni dengan gigitan yang tidak normal.
Oleh itu, pakar ortodontik memastikan susunan gigi kembali seimbang, harmoni dan optimum dari aspek kesihatan mulut, estetik serta fungsi untuk pengunyahan dan pertuturan selepas pendakap gigi dipakai.
Ads
Populariti pendakap palsu ini disebabkan faktor budaya atau tekanan rakan sebaya untuk kelihatan seolah-olah individu itu mampu memakai pendakap gigi dan diterima oleh masyarakat yang terlalu taasub dengan materialistik.
Harga pendakap gigi asli yang disarankan pakar ortodontik termasuk kos rawatan susulan setiap bulan selama dua hingga tiga tahun dengan bahan berkualiti tinggi iaitu dalam lingkungan RM5,000 namun bayaran boleh dibuat secara ansuran.
Penggunaan pendakap gigi palsu oleh mereka yang tidak layak boleh menyebabkan saraf dan saluran darah pada gigi mati serta mengalihkan gigi. Ia boleh dikatakan fesyen yang sangat membimbangkan.
Selain itu, terdapat juga laporan tentang risiko kematian yang dikaitkan dengan bahan berbahaya seperti plumbum dalam pendakap gigi palsu. Pengguna akan berisiko mendapat masalah gusi, ulser mulut, jangkitan mulut, gigi berkalih, kehilangan gigi dan lain-lain.
Walaupun reka bentuk dan warna yang menarik, penggunaan alat yang tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan. Alahan kepada bahan yang digunakan atau tertelan kelengkapan yang tercabut mungkin boleh berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap makanan yang kita makan bakal memberikan kesan kepada tubuh dalam jangkamasa panjang.
Bila bercakap tentang masalah kesihatan, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai jenis makanan tertentu yang sesuai dimakan ataupun tidak. Antara masalah
kesihatan yang menghantui kehidupan seorang lelaki ialah penyakit kanser prostat dan lemah tenaga batin/mati pucuk.
Bagaimana mencegah kedua-dua penyakit yang senonim dengan dunia lelaki ini? Jawapannya ialah dengan mengamalkan pemakanan tertentu. Menurut Pakar Pemakanan American Dietetic Association,(ADA) Christine Gerbstadt, jenis makan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga memberi manfaat untuk bahagian sulit lelaki. Antara makanan yang disarankan oleh Christine ialah:
1. Pisang
Pisang mengandungi magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Kandungan magnesium mampu kurangkan strok sementara vitamin B6 pula membantu meningkatkan sistem imun badan, metabolisma protein dan memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.
2. Sayur Brokoli
Memng banyak khasiat yang terdapat dalam sayur brokoli. Antaranya potassium, vitamin C, beta karotina dan sulphoraphane. Sulphoraphane itu sendiri mengandungi khasiat anti
kanser. Dengan memakan brokoli, ia dapat membantu mencegah kanser prostat dan kanser kolon. Malah, menurut kajian yang dilakukan Universiti Harvard, amalan memakan brokoli dan kobis mampu menghalang serangan kanser pundi kencing bagi lelaki.
3. Tiram
Pekena tiram yang direnjis dengan perahan lemon. Fuh, memang menyelerakan! Tiram bukan sahaja enak. Malah, ia mengandungi zink yang memperbaiki sel tubuh dan menghalang ia dariapda rosak hingga menyebabkan kanser prostat. Tiram juga bertindak untuk memelihara proses penghasilan sperma untuk lelaki.
4. Kacang Brazil
Kacang Brazil mengandungi magnesium dan anti oksidan yang berupaya untuk mengelakkan serangan jantung dan memelihara kesihatan prostat lelaki. Buat mereka yang jenis suka makan kacang, makanlah Kacang Brazil untuk kesihatan. Tetapi jangan makan terlalu banyak pula. Nanti terkena gout pula!
5. Ikan
Ikan-ikan laut seperti Salmon dan Tongkol mengandungi Omega 3 dan vitamin D yang berupaya mencegah penyakit kencing manis, kanser dan tekanan darah tinggi. Khasiat Omega 3 sahaja mampu untuk mengurangkan sakit athritis, paras lemak dalam darah dan sakit kepala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Edry,penyanyi dan komposer terpaksa membuat keputusan ke luar negara untuk kepentingan anaknya. Edry Abdul Halim juga memberitahu salah satu punca pembubaran kumpulan KRU disebabkan setiap anggotanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Demi mendapatkan pembelajaran yang terbaik untuk anak ketiganya Emry yang juga merupakan anak autisme, Edry sekeluarga sanggup berhijah demi yang kebaikan bersama.
“Malaysia tiada sekolah khas untuk austisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masik belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.
“Anak saya tidak boleh bercakap lagi. Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.
Edry mendirikan rumah tangga dengan Milia Mohammed pada November 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.
Tambah Edry, dia merancang untuk ke Eropah lepas Hari Raya Aidilfitri bagi mencari sekolah paling sesuai untuk anaknya itu.
“Sepatutnya sehari selepas konsert kami akan ke Eropah tapi terpaksa ditangguhkan mungkin selepas hari raya nanti.
“Insya-Allah kita cuba setahun dahulu dan tengok perkembangan sama ada dia boleh terima atau tidak,” ujarnya.
Sementara itu, tambahnya, dia juga berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang tertentu untuk pencapaian dirinya. Edry bersama anaknya
Emery yang merupakan kanak-kanak istimewa. Foto dari Instagram Edry.
Katanya, ia merupakan hasrat yang tertangguh selepas menceburkan diri dalam bidang seni seawal usia 16 tahun.
“Saya nak sambung belajar kerana itu impian saya yang tidak tercapai. Dulu saya sibuk menyanyi sejak umur 16 tahun dan hanya ambil Sijil Pelajarann Malaysia (SPM) sahaja,” ujarnya.
Sebelum itu, KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan untuk membubarkan kumpulan yang dibina sejak 25 tahun lalu. Konsert Gegarsi 25 KRU yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Mei depan di Istana Budaya merupakan penampilan terakhir mereka sebagai penyanyi berkumpulan.
Sumber : mstar online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada ‘sesuatu’ yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda ‘terlebih alert’, anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda.
1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.
Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.
Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.
2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.
Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.
3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.
4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
5. Beri Perhatian
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.