Kehilangan seorang kawan baik yang masing-masing membina karier dari bawah hinggalah mencipta nama sebagai bintang besar pastinya cukup memberi kesan. Zayn Malik kembali ke pentas dengan persembahan tribute istimewa memperingati sahabatnya yang telah pergi, Liam Payne.
Konsert istimewa itu berlangsung di O2 Academy Leeds, England, pada 23 November, lebih sebulan selepas Zayn menangguhkan jelajah solonya kerana pemergian mendadak bekas rakan grupnya, One Direction.
Walaupun Zayn tidak menyebut nama Liam secara lisan sepanjang persembahan, mesej penuh emosi terpancar di layar pentas ketika dia melangkah pergi. Kata-kata “Liam Payne, 1993-2024, Love you Bro” diiringi simbol hati merah mengundang hiba di kalangan peminat yang hadir, seperti dilaporkan oleh The Telegraph.
Foto: Andrew Benge/Getty Images for ABA
Tragedi kehilangan Liam pada 16 Oktober akibat terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires telah mengejutkan ramai pihak.
KEHILANGAN BESAR
Pemeriksaan toksikologi mendedahkan kehadiran alkohol, kokain, dan ubat antidepresan dalam tubuhnya. Kehilangan ini menjadi satu tamparan buat Zayn, yang kemudiannya memaklumkan di Instagram bahawa beliau akan menangguhkan bahagian jelajah AS albumnya, Stairway to the Sky.
“Keputusan ini saya buat kerana kehilangan besar yang dialami minggu ini. Saya perlu memberi ruang untuk bernafas,” ujar Zayn kepada peminatnya.
Ads
Konsert yang berlangsung di Leeds itu adalah sebahagian daripada perjalanan muzik Zayn sebagai artis solo selepas meninggalkan One Direction pada 2015.
Walaupun karier solonya dipenuhi cabaran, persembahan ini menjadi bukti kasih dan penghormatannya terhadap Liam, seorang sahabat yang berkongsi sejarah besar dalam hidupnya.
Liam disemadikan pada 20 November di England, dengan kehadiran penuh emosi ahli keluarga, rakan, dan sahabat terdekat.
Zayn bersama tiga ahli One Direction yang lain iaitu Harry Styles, Niall Horan, dan Louis Tomlinson telah melakukan reunion buat kali pertama sejak mereka berpecah. Sekali gus memperlihatkan hubungan persaudaraan mereka yang tidak pernah pudar walau berdepan masa dan jurang karier masing-masing.
Momen penuh keikhlasan itu turut dihadiri tokoh penting dalam kehidupan Liam, termasuk Cheryl Cole, bekas pasangan dan ibu kepada anak lelaki Liam, Bear yang berusia 7 tahun, serta Simon Cowell, individu yang membawa One Direction ke puncak populariti menerusi rancangan The X Factor.
Tribute Zayn pada malam itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, tetapi lambang persahabatan dan penghormatan kepada memori yang tidak ternilai.
Zayn Malik membuktikan bahawa lelaki juga boleh meluahkan emosi mereka dengan tulus dan berani, terutama ketika mengenang insan yang pernah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup mereka.
Ads
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Kredit: E Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi pencinta kucing, sudah tentu perkara yang paling merisaukan mereka adalah apabila haiwan peliharaannya jatuh sakit.
Antara penyakit yang mungkin kerap berlaku kepada kucing adalah sakit mata. Anda boleh lihat sekiranya mata kucing itu berair, itu mungkin petanda yang mereka dijangkiti sakit mata. Simptomnya sama seperti manusia, mata berair.
Caranya mudah sahaja, rebuskan kayu manis sehingga mendidih. Tunggu sehingga air itu sejuk dan bertukar kepada warna coklat. Kemudian, korang celupkan tisu/kapas ke dalam air tersebut dan lapkan pada mata kucing.
Hasilnya, mata kucing itu akan menjadi kering dan tidak lagi berair.
Jika kucing korang tidak mengalami sakit mata yang teruk, bolehlah ikhtiarkan cara ini. Lebih murah dan berbaloi. Tapi, sekiranya jadi lebih teruk dan tidak pulih dalam waktu yang panjang, segeralah bawa berjumpa dengan doktor haiwan untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.
BARANGKALI MENTALITI SESETENGAH MASYARAKAT YANG MENGAMBIL MAKANAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK KETIKA BERSAHUR SUDAH SEBATI DENGAN KEHIDUPAN MEREKA MENJELANGNYA RAMADAN. MUNGKIN BIMBANG AKAN MERASA LETIH DAN LAPAR MENGHERET MEREKA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. SEDANGKAN AMALAN BERIKUT BOLEH MENGUNDANG KEMUDARATAN KEPADA KESIHATAN.
1.KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GULA, MINYAK SERTA LEMAK
Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit. Di sebalik tuntutan menahan nafsu lapar dan dahaga, ibadah berpuasa membantu meningkatkan keupayaan sistem dalaman dengan berkesan. Usah bebani tubuh anda dengan jumlah makanan yang banyak tetapi tidak diperlukan oleh badan. Sewajarnya, aturlah pelan diet secara bijak dengan memilih makanan yang sesuai.
2.HADKAN PENGAMBILAN AIR MANIS SEPERTI AIR SIRAP ATAU KORDIAL
Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
3.BERI PERHATIAN PADA SAIZ HIDANGAN ANDA
Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
Kekalkan corak pemakanan yang ringkas dan seimbang dalam diet Ramadan anda. Sebagai contoh, ambil makanan yang lambat dihadam atau makanan berserat tinggi yang berupaya menyokong keperluan badan selama 8 hingga 12 jam. Antara makanan yang lambat dihadam seperti barli, gandum, kekacang dan oat yang turut dikenali sebagai karbohidrat kompleks.
4.LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda. Banyakkan makanan yang tinggi kandungan seratnya dengan mengambil sayur-sayuran hijau seperti bayam, bijirin, kekacang dan buah-buahan seperti kurma, apricot kering dan prun. Pastikan sajian berbuka anda mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, roti dan produk tenusu.
5.JANGAN LUPA UNTUK MELAKUKAN SENAMAN RINGKAS. BERPUASA BUKAN ALASAN UNTUK ANDA TIDAK MELAKUKAN SENAMAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
UBAT UNTUK SARIAWAN
Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam ubi sengkuang, dengan kandungan vitamin C yang melimpah ini maka kita dapat menjadikan sengkuang sebagai ubat untuk sariawan ( bibir melepuh ) dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh kita. Selain itu buah sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol. kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah.
UBAT PENYAKIT ULSER
Buah sengkuang baik diambil bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit penyakit ulser. Ini kerana sengkuang kaya dengan sebatian alkali yang berperanan aktif untuk menstabilkan kadar asid perut. Untuk perubatan sebaiknya anda mengambil sengkuang ini tanpa dicampurkan dengan bahan lain misalnya garam atau pun sambal agar khasiatnya menjadi maksima.
GULA DARAH TETAP DAPAT DALAM KEADAAN STABIL
Sengkuang memiliki rasa manis namun tidak berbahaya bagi pesakit kencing manis, ini disebabkan rasa manis yang dimiliki oleh sengkuang berasal dari inulin.Inulin ini tidak dapat dicerna oleh tubuh, meskipun rasanya manis tetapi ianya tetap tidak menimbulkan potensi meningkatkan kadar gula darah. jadi gula darah tetap dapat dalam keadaan stabil.
KESIHATAN TULANG DAN GIGI
Sengkuang juga kaya dengan zat fosfor serta tinggi kandungan kalsium. Ianya dapat menjaga kesihatan tulang dan gigi
SEBAGAI MASKER
Sengkuang juga dapat kita gunakan sebagai masker. Dalam hal ini bengkoang memiliki menfaat untuk menjaga kecantikan kerana uakan membantu menghilangkan tompok dan jeragat di muka.
MENGUBATI DEMAM
Sengkuang yang memiliki sifat menyejukkan bermenafaat bagi mereka yang sedang mengalami demam. Caranya, pengambilan sengkuang pagi dan petang, baik dalam bentuk jus atau diminum secara langsung.
MENGATASI PENYAKIT EKZEMA
Ternyata, sengkuang dapat mengatasinya masalah ekzima. Caranya , iaitu dengan pengambilan sengkuang empat kali seminggu secara rutin.
MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL DARAH
Kolesterol dalam darah yang tinggi dapat juga diatasi dengan mengambil sengkuang. Caranya juga iaitu, jus sengkuang diminum secara rutin.
MENGATASI PENYAKIT KULIT
Sengkuang sejak sekian lama diyakini dapat mengatasi beberapa penyakit kulit. Pengambilan bengkoang secara rutin dan teratur untuk mendapatkan hasil yang maksimal dan menyembuhkan.
MENCERAHKAH KULIT
Sengkuang dipercayai dapat memutihkan atau mencerahkan kulit. Jadikan sengkuang yang sudah diparut untuk dijadikan masker di muka . Biarkan sekitar 15 minit dan basuh muka dengan air.
MENEGANGKAN KULIT
Sengkuang sangat banyak manfaatnya bagi kecantikan kulit. Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan tompok tompok hitam,sengkuang juga dapat menegangkan kulit kita.
MENYEGARKAN KULIT
Menfaat lainnya ialah sengkuang juga dapat menyegarkan kulit dengan cara menjadikanya sebagai bedak sejuk. Caranya iaitu dengan memarut 2 biji buah bengkoang atau boleh juga dengan ‘diblender;’. Setelah itu hasil parutan ditapis dan dibiarkan selama 3-4 jam. Ianya akan terjadi endapan tepung pati sengkuang dan ambil patinya campurkan pati tersebut dengan 100 gram tepung beras basah.
Cara membuat tepung beras basah iaitu, dengan cara merendam beras selama 1-2 minggu lalu dilumatkan. Campuran tepung beras basah dan pati sengkuang tadi tambahkan 1 sudu teh perahan limau nipis. Bentuklah menjadi bulatan seperti guli. nipiskan dan kemudian keringkan selama 2 jam. Sebelum memakai bedak sejuk larutkan dulu dengan air lalu dipakai sebagai bedak.
Bengkoang juga dapat dimanfaatkan sebagai masker untuk membantu mencerahkan kulit anda serta mencegah penuaan . Cara membuat masker sengkuang adalah sebagai berikut :
Siapkan sengkuang dan kupas hingga bersih
Lalu parutlah sengkuang tersebut
Pergunakan parutan tersebut untuk masker pada muka
Biarkan selama 15-20 minit hingga masker tersebut kering dan setelah itu bolehlah dibilas sampai bersih
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.