Sedangkan kereta lagi perlukan ‘maintainan’ dan ‘sparepart’, ini kan pula tubuh badan manusia. Kebanyakan lelaki baru menyedari adanya penurunan tahap kesihatan tubuh mereka ketika mendekati usia 30 tahun.
Saat itu mulalah anda merasakan sakit di sana-sini, mengalami kesulitan dalam pemulihan kecederaan atau mungkin anda mula sibuk google apa itu kolestrol baik dan kolestrol jahat serta mencari pelbagai istilah penyakit.
Jika penyakit dalam senarai ini belum masuk dalam ‘radar’ anda, sama ada cepat atau lambat, kelak anda akan merasainya juga. Namun jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, perkara ini boleh anda hindari.
1. Keguguran rambut & botak
Mungkin beberapa orang daripada anda berpendapat, keguguran rambut merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan. Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an akan mengalami masalah emosi. Dan kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran rambut dan mengalami krisis percaya diri disebabkan masalah ini.
Ads
2. Kanser prostat
Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi. Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser prostat dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.
3. Bertambahnya berat badan
Ads
Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Metabolisme tubuh yang semakin lambat dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebab.
4. Tekanan
Anda pasti tahu hidup tidaklah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak. Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan.
Ads
5. Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah silent killer kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini. Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu darah tinggi boleh menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.
6. Sakit punggung
Back pain merupakan penyakit yang biasa dialami oleh lelaki. Banyak faktor yang menjadi penyebabnya, antaranya duduk dalam jangka waktu yang lama, kesalahan ketika mengangkat bebanan dan postur tubuh yang tidak sesuai (perut yang terlalu besar) merupakan beberapa faktor penyebabnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sering abaikan minum minuman panas setiap kali sebelum masuk tidur? Mulai sekarang sila amalkan 5 minuman ini, pilih salah satu sebagai rutin minuman anda, ia bukan sahaja menyegarkan malah menyingkirkan lemak sepanjang anda diulit mimpi indah. Jom cuba!
The Hijau
Siapa yang tidak tahu tentang manfaat hebat teh hijau untuk membuang lemak?
Teh herba yang satu ini sudah lama dipercayai untuk menurunkan berat badan. Jadi, jika anda sekarang dalam proses diet, anda WAJIB memasukkan minuman teh hijau panas ini ke dalam menu diet harian anda.
Supaya ia lebih sedap untuk dinikmati, anda boleh cuba campurkan 1 sudu madu ke dalam satu cawan teh hijau panas. Kemudian tambah 1 hingga 3 titis perahan air lemon. Anda boleh amalkan minum setiap pagi sewaktu perut kosong. Amalkannya setiap hari supaya hasilnya juga terbaik.
Teh Hitam
Teh hitam ini juga bermanfaat untuk membantu anda mendapatkan berat badan ideal. Hampir sama seperti teh hijau, anda boleh tambahkan madu dan juga lemon ke dalam satu cawan teh hitam panas untuk hasil terbaik. Dan minum dalam keadaan perut anda masih kosong pada waktu pagi.
Antara manfaat lain teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisma, membakar kalori, bermanfaat sebagai detox dan juga mengawal nafsu makan supaya anda tidak makan berlebihan.
Teh & Madu
Campurkan 2-3 sudu madu ke dalam satu cawan teh tawar. Pastikan anda meminumnya ketika masih panas. Cara ini dipercayai mampu membantu anda membuang lemak dalam badan, dan menjadikan tubuh lebih langsing.
Amalkan minuman panas ini sebanyak 2-3 kali setiap hari. Ingat! Anda harus menghindari gula untuk cepat langsing bukan? Gantikan dengan madu sahaja.
Teh Kayu Manis
Teh kayu manis juga dapat membantu penurunan berat badan. Caranya dengan campurkan teh tawar panas dengan serbuk kayu manis. Bagi minuman teh kayu manis ini, anda boleh amalkannya dua kali dalam satu minggu, tapi secara konsisten ya, supaya berat badan ideal yang anda impikan boleh direalisasikan.
Teh kayu manis secara semulajadi ia adalah rendah kalori dan membantu anda mengatur kadar gula dalam darah. Jika gula dalam darah anda seimbang, anda akan cenderung untuk memiliki nafsu makan yang tidak besar. Selain itu, teh kayu manis sebenarnya juga dapat membantu anda melancarkan sistem pencernaan.
Kopi Hitam
Kopi hitam atau Black Coffee adalah salah satu jenis minuman panas terbaik untuk menurunkan berat badan. Anda boleh cuba minum kopi hitam panas dua kali sehari dan rasai sendiri perbezaannya. Tapi harus diingat ya, kopi hitam panas ini haruslah tanpa gula.
Minum kopi satu jam sebelum anda lakukan senaman atau sebarang latihan dapat menambah tenaga dan tumpuan supaya anda lebih fokus dan bersemangat. Di samping itu, kopi dapat membantu melindungi sendi yang rosak dan mengurangkan kesakitan setelah latihan kerana di dalam kopi mengandungi zat antioksidan.
Jadi inilah lima jenis minuman panas untuk bantu anda kurus. Ternyata, untuk memiliki berat badan yang ideal, anda tidak perlu menyeksa diri sendiri dengan melakukan diet yang ekstrim, bukan?
Kerana diet pada hakikatnya mengatur gaya hidup yang sihat serta diiringi dengan disiplin dan keinginan yang kuat. Kalau sekadar fokus di permulaan sahaja, sampai bila-bila pun anda tidak akan nampak hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TIDAK SEMUA HIDANGAN YANG DIJUAL DI TEPI JALAN TIDAK BERSIH, ADA KALANYA HIDANGAN YANG DIJUAL DI TEPI JALAN LEBIH ENAK DAN MURAH. DISEBABKAN ITULAH IA MENJADI RAMAI PILIHAN MASYARAKAT KITA KHUSUSNYA. NAMUN SEJAUH MANA TAHAP KEBERSIHANNYA TERJAMIN. JANGAN AMBILMUDAH MENGENAI APA YANG KITA MAKAN KERANA IA BOLEH MEMUDARATKAN SEKIRANYA TIDAK DIPELIHARA SEBAIKNYA.
1.MAKANAN DIBIARKAN TERBUKA DI UDARA BEBAS DALAM WAKTU YANG LAMA
Pelanggan mungkin tidak dapat mengetahui sudah berapa lama sebuah makanan dibiarkan terbuka menunggu pembeli. Kondisi jalanan yang jelas dipenuhi polusi udara dapat mempengaruhi kondisi makanan. Akhirnya, makanan disajikan dalam kondisi suhu yang boleh menarik lalat dan hama.
2.BAHAYA INFEKSI GASTROINTESTINAL
Kuman penyebab infeksi pencernaan dapat tanpa sengaja tercampur di dalam makanan pinggir jalan. Jenis infeksi inilah yang akan menyebabkan cirit birit atau muntah. Orang dewasa cenderung memiliki sistem imun yang lebih kuat jika dibandingkan dengan anak-anak dan orang berusia lanjut.
3.BAHAYA MAKAN SAMBIL BERJALAN
Teknik menikmati makanan yang betul adalah makan secara duduk. Banyak jenis makanan pinggir jalan sudah diolah sehingga dapat dimakan di mana sahaja, namun begitu menikmati makanan sambil duduk adalah cara yang terbaik bagi membantu proses pencernaan berjalan lancar!
MAKANAN MENGANDUNGI BAKTERIA BERBAHAYA, VIRUS, PARASIT ATAU BAHAN KIMIA MENJADI PUNCA KEPADA LEBIH 200 PENYAKIT DARIPADA CIRIT-BIRIT KEPADA KANSER. KERACUNAN MAKANAN YANG TIDAK SELAMAT JUGA MENJADI KAITAN KEPADA KEMATIAN KIRA-KIRA DUA JUTA MANUSIA, TERUTAMA KANAK-KANAK, DI SELURUH DUNIA SETIAP TAHUN.
Dari semasa ke semasa, ada saja ancaman baru kepada tahap keselamatan makanan. Bermula daripada perubahan pengeluaran makanan, pengedaran dan penggunaan, perubahan persekitaran, kemunculan patogen baru dan kerintangan anti mikrob yang menjadi cabaran kepada sistem keselamatan makanan sedunia.
Ditambah dengan peningkatan aktiviti perdagangan dan kembara pelancongan menjadikan pencemaran terhadap makanan meluas hingga ke pelosok dunia.
Keselamatan makanan tanggungjawab bersama dan sangat penting mengambil tahu mengenai rangkaian pengeluaran makanan, bermula daripada petani hingga kepada pengeluar, penjual dan pengguna.
Makanan perlu dipastikan sentiasa bersih, asingkan makanan mentah dan siap dimasak, masak makanan dengan sempurna, simpan makanan pada suhu selamat dan guna air dan bahan mentah yang selamat.
Masalah keselamatan makanan bermula di peringkat tempatan boleh bergerak pantas menjadi isu antarabangsa dan contoh makanan tidak selamat, termasuk makanan mentah membabitkan daging haiwan, buah-buahan dan sayuran yang dicemari najis, manakala makanan laut berkerang mengandungi biotoksin marin.
Beberapa hasil kajian mendapati jangkitan pada perut berpunca daripada virus, bakteria dan protozoa yang memasuki tubuh melalui penghadaman makanan yang tercemar.
Hasil awal kajian itu yang bermula pada 2010 mendapati, anggaran 582 juta kes akibat 22 jenis penyakit jangkitan perut bawaan makanan membabitkan 351,000 kematian. Agen penyakit jangkitan perut yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adalah Salmonella Typhi (52, 000 orang), E. coli (37, 000 orang) dan Norovirus (35,000 orang).
Negara Afrika merekodkan kadar penyakit jangkitan perut bawaan makanan tertinggi, diikuti Asia Tenggara dan lebih 40 peratus pesakit yang menderita penyakit jangkitan perut disebabkan makanan tercemar adalah kanak-kanak berusia kurang lima tahun.
Menurutnya, makanan tidak selamat mendatangkan risiko besar kepada ekonomi negara seperti Jerman yang berdepan wabak E.coli pada 2011, menyebabkan kerugian kira-kira RM4.6 bilion kepada petani dan industri pertaniannya.
Usaha mencegah kes sedemikian diperkukuhkan menerusi pembangunan mantap sistem keselamatan makanan yang memandu tindakan kerajaan dan awam menentang pencemaran makanan membabitkan bahan kimia dan mikrob.
Di peringkat pengguna, mereka boleh memainkan peranan penting menggalakkan keselamatan makanan dengan mengamalkan panduan makanan selamat dan bersih, panduan memasak makanan berisiko tercemar, membaca label makanan ketika membeli atau menyediakan makanan.
Bakteria seperti Salmonella, Campylobacter dan E.coli adalah patogen bawaan makanan paling kerap menjejaskan kesihatan jutaan manusia setiap tahun dan kadangkala menyebabkan kematian.
Jangkitan virus seperti Norovirus menyebabkan loya, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit sendi, manakala Hepatitis A pula menyebabkan penyakit hati akibat makanan laut yang mentah atau kurang masak.
Parasit seperti Echinococcus, Ascaris, Cryptosporidium, Entamoeba histolytica atau Giardia mencemari makanan menerusi air atau tanah.
Bahan kimia boleh mencemari makanan menerusi persekitaran dan toksin semula jadi seperti mikotoksin, biotoksin marin, glikosida cyanogenic yang ada dalam cendawan beracun. Makanan ruji seperti gandum atau bijirin juga mengandungi tahap mikotoksin seperti aflatoksin dan ochratoxin.
Bahan pencemar organik berterusan (POPs) terkumpul dalam alam sekitar dan tubuh badan manusia. Contoh yang diketahui adalah dioksin dan biphenyls bifenil (PCB) wujud hasil sampingan yang tidak diingini daripada proses perindustrian dan pembakaran sisa serta turut ditemui dalam rantaian makanan haiwan.
Dioksin sangat toksik dan boleh menyebabkan masalah pembiakan dan pertumbuhan, merosakkan sistem imun, mengganggu hormon dan menyebabkan kanser, manakala logam berat seperti plumbum, kadmium dan raksa menyebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang. Pencemaran logam berat dalam makanan berlaku, terutama melalui pencemaran udara, air dan tanah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap lelaki perlu memahami jenis kulit wajah sebelum melakukan sesuatu rawatan atau menggunakan produk bersesuaian. Ini kerana rawatan dan penjagaan wajah adalah berbeza mengikut jenis kulit dan jantina. Malah permukaan kulit lelaki lebih kasar dan tebal.
1-Sekiranya masalah jerawat pada wajah agak serius, anda perlu mendapatkan rawatan pakar kulit serta penggunaan krim siang dan malam, antibiotik atau vitamin A( bergantung pada seriusnya masalah jerawat).
2-Pilih produk sesuai dengan kulit wajah. Untuk kulit berminyak, guna pencuci muka khas untuk menghilangkan minyak tanpa pengeringan kulit. Pada masa sama dapat mengurangkan bakteria di liang dan permukaan kulit.
3-Rawatan kulit wajah yang sesuai untuk lelaki
4-Mulakan penjagaan wajah sejak usia remaja. Biasanya pada usia ini, remaja mengalami masalah jerawat dan parut.
5-Jangan segan dan takut untuk berjumpa pakar kulit bagi mendapatkan nasihat dan rawatan agar anda tidak tertekan dengan masalah kulit wajah.
BAHAGIAN WAJAH BERMASALAH
Zon Pipi & Hidung- Kawasan yang tinggi pengeluaran sebum
Zon Dagu- Jerawat timbul mungkin disebabkan keadaan hormon tidak menentu dan kadar stres. Juga faktor penyahtoksikan tidak lancar.
Zon Leher – Kadar stres tinggi. Masalah parut yang agak ketara di bahagian ini mungkin di sebabkan oleh alahan pada bahan pewangi.
AMALAN MUDAH
Amalan penjagaan kulit sesuai di rumah ( teknik mencuci muka dengan betul)
Bendung kadar stres dalam hidup (senaman)
Cara hidup sihat : Lebihkan antioksida & H2O dalam dan kurangkan merokok)
Dapatkan rawatan muka di tempat yang sesuai dan bertauliah
Elakkan pendedahan cahaya matahari yang berlebihan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.