
Apabila menyebut mengenai mangsa seksual, pasti perkara pertama yang ramai orang fikirkan ialah golongan wanita.
Bagaimanapun, golongan lelaki juga tidak terkecuali dalam menjadi mangsa jenayah seksual.
Tahukah anda yang gangguan atau serangan seksual yang dilakukan oleh wanita terhadap lelaki juga adalah suatu jenayah?
Menurut seorang peguam Gandhi Palanisamy, atau lebih dikenali sebagai Lawyer Gandhi di laman Tiktok, semua orang boleh menjadi mangsa jenayah seksual tanpa mengira jantina.
“Sudah pasti kalau kita lihat (perbandingan) dari perempuan ke lelaki, memang mangsa lelaki kuranglah,” kata Gandhi kepada Maskulin.
“Tapi saya rasa sebab kebanyakan mereka tak tahu yang serangan seksual sebegini, walaupun dari perempuan ke lelaki pun suatu kesalahan,” tambahnya.

3 Langkah Yang Perlu Diambil
Oleh itu, Gandhi menegaskan betapa pentingnya untuk membuat laporan polis secepat mungkin bagi lelaki yang menjadi mangsa seksual.
“Langkah pertama, buat laporan polis. Selepas buat laporan polis, kedua dapatkan pemeriksaan dari doktor. Sebab itu sangat penting, kena ada bukti yang serangan telah berlaku. Ketiga, polis akan ambil tindakan,”
“Apa yang kadangkala berlaku ialah mangsa seksual takut dan mereka menunggu untuk waktu yang lama. Kemudian apabila mereka membuat laporan, tak cukup bukti,” tegasnya.
Tambahnya, golongan lelaki juga tidak perlu risau kerana anda juga turut dilindungi dengan undang-undang jenayah seskual.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
8 Amalan Rasulullah Ini , Kaum Lelaki Patut Contohi Untuk Hidup Sihat & Berjaya Dunia Akhirat.

Arus kemodenan barat yang meracuni otak generasi kini mungkin penyebab kita lupa dan alpa akan ajaran yang di ajar oleh baginda Rasullullah. Betul jika, jika ingin kehidupan yang sihat kamu perlu hidupkan sunnah nabi ini. Ia memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
4. BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. JANGAN MARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecantikan Maya Hejnowska Ratu Unduk Ngadau 2021, Curi Perhatian Warganet

Pesta Keaamatan merupakan perayaan yang kebiasaannya diraikan cukup meriah oleh masyarakat Kadzandusun di Sabah setiap tahun.
Namun suasana sambutan pada tahun ini agak berbeza berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun ia tetap dianjurkan oleh Dewab Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam suasana norma baharu dan mengikuti SOP yang ketat.
Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, edisi untuk tahun 2021 ini diadakan secara di atas talian di Kaamatan TV. Pada hari kemuncaknya iaitu 31 Mei 2021, Maya Hejnowska gadis berdarah kacukan Kadazan-Poland ini telah dimahkotakan sebagai Ratu Unduk Ngadau 2021.
Memetik laporan Astero Awani, Maya Hejnowska berkata, “”Syukur kepada tuhan sebab tersenarai dalam Top 21. Bila sudah tersenarai itu cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan peringkat universiti.
“Saya bergelut juga masa itu. Saya perlu bijak menguruskan masa agar emosi saya tidak terganggu. Syukur semuanya berjalan lancar dan dinobat ratu pula,” jelasnya lagi.
Gadis dengan senyuman manis yang telah berjaya menambat hati ramai pihak terutamanya lelaki di atas talian ini merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik.
Bak kata orang, ‘a beauty with brains’, itulah definsi tepat boleh kita perkatakan tentang Maya. Kemenangan Maya menewaskan tujuh finalis lain jelas berasas apabila dia bijak menguruskan masa di antara pelaran di universiti dan juga aktiviti Unduk Ngadau 2021.
Maya merupakan pelajar jurusan muzik di Universiri Malaysia Sabah (UMS). Tampil dengan kentinggian 165cm, Maya hadir cukup memukau dengan persalinan tradisi kaum Kadazan Penampang.
Selaku juara, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh peserta mewakili DUN Paginatan, Dianarin Vahidin yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM45,280; sementara tempat ketiga dimenangi oleh Febby Angelica yang mewakili DUN Kundasang yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM32,980.
Jika anda ingin terus mengikuti perkembangannya bolehlah follow Maya di Instagram menerusi akaun kedaliannya.
Tahniah sekali lagi MASKULIN ucapkan kepada Maya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Industri E-Sukan Tiada Masa Depan, Saya Pun Fikir Begitu Dahulu – Maharaja Soloz

Industri e-sukan merupakan salah satu industri yang dipandang rendah oleh masyarakat yang menganggap ia tidak menjamin masa hadapan. Bekas pemain dan penstrim permainan terkenal Maharaja Soloz mengakui yang dia juga tidak terkecuali dari berfikir sebegitu.
Soloz, atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria berkongsi kepada Maskulin yang dia sendiri pernah merasa ragu-ragu untuk terus menceburi bidang e-sukan selepas tamat pengajian dahulu.
“Sebab kita tak nampak tahu? Zaman saya zaman yang (memandang) game ini tiada masa depan, apa semua,” katanya kepada Maskulin.
@maskulinmy Kita berada di zaman yang berteknologi tinggi, pemain E-sports juga boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Tetapi masih lagi ada individu yang tidak bersetuju dengan “culture” ini. Jom kita dengar komen Soloz! #maskulin #majalahmaskulin #soloz #esports #mlbb #msc #fyp ♬ original sound – Maskulin
Soloz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Dark System Zeries yang merupakan kerjasama dengan jenama kopi tempatan, Kopi Saigon.
JANA ALIRAN TUNAI
Meskipun industri e-sukan tidak begitu mendapat sambutan yang menggalakkan di awal kemunculannya, namun kini ia mampu menjana aliran tunai yang memberangsangkan walaupun belum kukuh.
“Tapi bila dah start PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), itu paling kuat sebab tak boleh buat acara, semua benda atas talian. Jadi dekat situ aliran tunai bergerak laju,” ulas Soloz lagi.
Tambahnya, semenjak itu juga industri e-sukan sudah mulai menerima perhatian dan penglibatan dari pihak Kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain
Perkembangan industri juga jelas dapat dilihat apabila hadiah kemenangan yang ditawarkan dalam kejohanan e-sukan juga semakin bertambah.
Contohnya, hadiah kemenangan terkini bagi kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa seperti Mid Season Cup (MSC) ialah sebanyak USD1,000,000 (RM4,669,303.78).
“Benda ini dia akan berkembang, sebab setiap tahun budak habis sekolah, ada orang yang mempunyai keazaman untuk bermain game dan sebagainya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, dunia e-sukan tempatan menerima khabar gembira apabila skuad Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan MSC Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kemenangan yang menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia menjuarai kejohanan itu sekaligus menamatkan tanggapan dunia yang negara ini hanya sekadar “easy server”.
Untuk rekod, istilah “easy server” kebiasaannya digunakan dalam dunia e-sukan yang merujuk kepada pasukan yang mudah ditewaskan, dan akan menjadi sasaran pasukan-pasukan yang menginginkan kemenangan mudah.
BACA: Kejayaan SRG Tamatkan Tanggapan Malaysia Sekadar “Easy Server” – Maharaja Soloz
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

