
Jeff Bezos bukan sekadar ikon kejayaan moden. Beliau adalah contoh “alpha male” yang bukan hanya membina empayar, tetapi juga mencipta definisi baru tentang cinta, kesetiaan dan standard hidup seorang lelaki.
Jeff Bezos, pengasas Amazon yang dikenali dengan ketajaman strategi perniagaan dan kejayaan luar biasa, bakal melangsungkan perkahwinan dengan wanita hebat pilihan hatinya, Lauren Sánchez seorang bekas wartawan TV dan juruterbang helikopter yang juga ikon kecantikan berkelas tinggi. Ini bukan sekadar majlis perkahwinan, ini adalah simbol kuasa, cinta dan gaya hidup elit.
CINCIN YANG MELAMPAUI LOGIK KONVENSIONAL
Sebagai lelaki berkelas tinggi, Bezos tidak main-main. Pada Mei 2023, beliau melamar Lauren dengan cincin berlian merah jambu 30 karat bernilai USD2.5 juta. Lamaran itu berlaku atas kapal layar peribadi mereka, Koru, ketika percutian musim panas di Eropah. Romantik, penuh gaya dan langsung tiada kompromi dalam citarasa.
DESTINASI: VENICE, ITALI
Majlis penuh epik ini akan berlangsung di Venice, Itali, dari 24 hingga 26 Jun 2025. Ia dijangka menelan belanja antara USD9.5 hingga USD11 juta. Venice bukan pilihan sebarangan malah ia adalah destinasi cinta yang mewakili kesenian, sejarah dan kelas dunia. Dari gondola ke istana air berusia ratusan tahun, setiap inci majlis ini dijangka memukau.
GAUN & GAYA: EDISI RAKYAT MARHAEN TAK BOLEH BAYANG
Lauren Sánchez bakal menggayakan gaun pengantin eksklusif rekaan Oscar de la Renta, dengan sentuhan penuh seni daripada editor fesyen legenda, Anna Wintour. Hanya mereka yang berada dalam kelab elit Hollywood faham betapa tinggi standard yang diletakkan.
KAPAL LAYAR KORU – BUKTI KUASA LAKI-LAKI MODEN
Kapal layar Koru bernilai USD500 juta, bukan hanya simbol kemewahan tetapi juga ketelitian seorang lelaki bernama Bezos. Ia akan menjadi pentas eksklusif untuk sebahagian perayaan mereka. Di sinilah kelas atasan dunia akan berkumpul dari hartawan teknologi ke selebriti A-list.
Fakta Menarik Tentang Kapal Layar Koru Milik Jeff Bezos
1.Kapal Layar Berharga RM2.35 Bilion
– Harga anggaran: $500 juta (~RM2.35 bilion)
– Panjang: 410 kaki
– Kos penyelenggaraan tahunan dianggarkan sekitar $30 juta (~RM141 juta)
2. Rekaan Klasik & Eksklusif
– Mempunyai badan kapal berwarna biru navy
– Dilengkapi tiga tiang layar tinggi menjulang
– Direka dengan gaya klasik abad ke-19, termasuk wooden figurehead di haluan kapal
3. Kapal Layar Terbesar Dunia
– Mengatasi Sailing Yacht A dari segi struktur dan fungsi belayar sebenar
– Tiga tiangnya memberi siluet yang unik dan prestasi belayar tulen
4. Penggunaan Tenaga Lebih Hijau
– Dibina untuk bergantung secara signifikan kepada sistem layar
– Dikhabarkan mempunyai teknologi pemulihan tenaga kinetik
– Menjadikannya lebih lestari berbanding kapal layar motor biasa
5. Vesel Sokongan ‘Abeona’
– Panjang 250 kaki
– Dilengkapi helipad dan hangar
– Membawa bekalan tambahan, permainan air, dan kru sokongan
– Menyokong operasi dan pengembaraan mewah Koru di laut terbuka
– Dibina oleh limbungan kapal terkenal di Belanda, Oceanco
– Mula dipesan pada tahun 2018 di bawah nama kod Project Y721
– Hanya diserahkan kepada Bezos secara rasmi pada tahun 2023
7. Makna Koru
– Diambil daripada perkataan Maori yang bermaksud ‘gelung’ atau ‘lingkaran’
– Melambangkan permulaan baru, sangat simbolik buat fasa baharu hidup Bezos
MAJLIS BUJANG DI PARIS
Sebelum melangkah ke altar, Lauren menyambut status isteri Bezos dengan majlis bujang selama tiga hari di Paris. Diiringi nama-nama besar seperti Kim Kardashian, Katy Perry dan Eva Longoria, majlis itu penuh aura bintang dan gaya metropolis.
PERJANJIAN PRA-NUP
Tidak hairan, pasangan ini menandatangani perjanjian pra-perkahwinan untuk melindungi aset masing-masing. Bagi lelaki sebijak Bezos, ini adalah langkah logik. Cinta dan perniagaan mungkin berbeza, tetapi perancangan kewangan adalah wajib.
Walaupun hidup penuh eksklusiviti, pasangan ini juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan melalui Bezos Earth Fund. Daripada menyumbang untuk perubahan iklim ke pendidikan global, mereka membuktikan kekayaan sebenar bukan pada akaun bank, tetapi pada impak yang diberi.
Jika anda rasa kahwin itu perkara kecil, lihat bagaimana lelaki seperti Bezos menjadikannya projek kehidupan bertaraf dunia.
BACA LAGI :
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI