Sebut sahaja denim pasti jenama ini antara yang pertama singgah di minda kita. Apatah lagi di kalangan penggemar denim lelaki yang menganggap jenama ini memiliki nilai sentimental tersendiri.
Siapa tak kenal dengan Levi’s, jenama pakaian terutamanya denim yang cukup sinonim dengan fesyen lelaki. Setiap tahun Levis tidak pernah gagal memperkenalkan pelbagai kempen bersama produk-produk mereka dengan membawa mesej serta nilai-nilau murni.
Bersempena kedatangan Ramadan tahun ini, Levi’s Malaysia memperkenalkan kempen istimewa mereka dikenali sebagai ‘Biarkan Aksimu Berbicara’ (Let You Action Speak). Mesej utama yang dibawa oleh kempen ini ialah menggalakkan orang ramai agar tidak menilai dan meletakkan sebarang gelaran stereotaip berdasarkan paras rupa, penampilan dan cara seseorang itu berpakaian.
Kempen ini turut mengetengahkan sebuah filem pendek dengan mengetengahkan kepentingan melihat sesuatu itu di luar prasangka. Dalam masa yang sama Levi’s Malaysia meraikan nilai-nilai positif seperti berbuat baik, berbudi kepada masyarakat dan memberi inspirasi kepada orang lain.
Ads
Bagi mereka yang dirinya pernah disalah anggap, Levi’s mengajak agar tak pernah putus asa berhenti mengejar apa yang dipercayai. Let you action speaks!
Ads
Menerusi kempen ini juga Levi’s memperkenalkan pelbagai koleksi baju, kemeja-T dan jeans ssuai digayakan terutamanya untuk Hari Raya Aidil Fitri nanti. Antara koleksi yang paling menarik ialah semestinya Levis’s 501 dan koleksi jenas Performance COOL, sesuai di cuaca panas seperti sekarang.
Ads
Koleksi Performance COOL ini digabungkan dengan potongan jeans popular Levi’s seperti 512 Slim Taper, 510 Skinny Fit dan juga 511 Slim Fit.
Antara koleksi seluar jeans Levi’s yang terdapat menerusi kempen ini.Koleksi pelbagai baju Levi’s!
Keselesaan dan gaya yang terbaik merupakan dua elemen yang mampu anda dapat dengan koleksio menarik dari Levi’s ini.
Rasanya pada masa kini setiap lelaki terutamanya golongan berusia 45 tahun ke bawah pasti sekurang-kurangnya memiliki sepasang seluar jean atau seluar denim. Ia kini telah menjadi sebahagian daripada pakaian yang cukup ‘essential’ dalam kehidupan seorang lelaki.
Bukan sahaja disebabkan faktor kain yang lebih kukuh dan tahan lasak malah rekaannya cukup versatil untuk digayakan dengan apa jua padanan fesyen. Jadi tidak hairanlah mengapa seluar jeans merupakan antara item fesyen lelaki yang paling laris di pasaran.
Namun ramai yang mungkin keliru dan salah faham akan dua perkataan ini iaitu ‘jean’ dan ‘denim’. Mungkin anda juga beranggapan kedua-duanya adalah perkara sama dan tidak ada beza pun. Tapi tahukah anda jean dan denim ada bezanya!
Memetik artikel yang pernah dikeluarkan Mingguan Wanita, Encik Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam mengulas perbezaannya. Jelasnya jean merupakan seluar yang diperbuat daripada fabrik denim manakala denim adalah sejenis fabrik yang lasak.
Antara sebab mengapa ramai yang menggemari pakaian yang diperbuat daripada material denim kerana selesa digayakan terutama untuk aktiviti lasak dan luar. Ia juga jadi pilihan kerana sesuai untuk digayakan dengan segala jenis baju. Anda boleh memilih denim yang berwarna gelap atau cerah, mengikut cita rasa sendiri.
Malah kini, denim juga mengalami revolusi, dengan menggunakan material denim, pelbagai barangan lain boleh dibuat seperti beg tangan, kasut, perhiasan dan sebagainya. Apa yang penting anda hanyalah perlu kreatif dan berani mengekspresikan diri.
Selain itu, rekaannya juga sudah berubah, ada yang sengaja dicipta dengan koyakan di bahagian lutut dan paha misalnya, ditambah manik, tampalan dan sebagainya. Semua itu memberikan karakter tersendiri pada si pemakainya.
Apa perbezaan antara Jeans dan Denim?
• Denim adalah kain manakala seluar jeans adalah seluar yang diperbuat dari kain denim
• Denim digunakan untuk membuat bukan hanya seluar jeans tetapi juga baju dan skirt selain dari banyak aksesori lain
• Denim terbuat dari berat twill
• Seluar jeans semua denim, tetapi tidak semua denims jeans
• Denim adalah kain fesyen yang digunakan untuk membuat banyak perkara, sedangkan seluar jeans hanya salah satu pakaian yang terbuat dari denim
Jadi sekarang anda sudah tahu apa bezanya bukan? Smeoha perkongsian ini memberikan sedikit ilmu tentang fesyen lelaki. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan kadang-kadang kita menjadi agak ‘blur’ apabila ingin memilih kasut raya.
Adakah ia sesuai untuk digayakan dengan Baju Melayu atau pakaian kasual biasa? Bagaimana pula dengan bentuk dan warnanya? Trend semasa atau tidak?
Mungkin itulah beberapa persoalan yang bermain di minda anda ketika ingin membeli kasut raya. Walaupun tahun ini ramai yang terpaksa beraya dalam suasana PKP namun jangan jadikan itu alasan untuk anda tidak tampil meraikan raya dengan gaya tersendiri.
Serlahkan kegembiraan dan raikan kemenangan dengan memakai pakaian baru termasuklah kasut.
Berikut merupakan beberapa jenis kasut yang anda boleh pilih untuk digayakan pada hari raya!
JKasut jenis ini paling mudah dicari dan popular untuk gaya formal sama ada ke pejabat atau majlis rasmi. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar. Kasut ini biasanya menggunakan material daripada jenis kulit.
Mungkin anda keliru antara kasut Derby dengan kasut Oxford. Kelainan pada kasut Derby terletak pada lubang tali kasut yang lebih jarak, selain mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan ke majlis formal atau semi-kasual.
Jika anda gemar memakai seluar jeans tapi dalam masa yang sama anda mahu kelihatan segak, sebaiknya padankan penampilan anda dengan kasut Chukka. Kasut ini menggunakan material yang lebih selesa.
Lelaki yang memakai kasut Monk Strap akan nampak lebih bergaya dengan aura klasik. Bentuk kasut ini tidak ubah seperti kasut Oxford, cuma ia digantikan dengan Monk Strap untuk dipakai atau ditanggalkan. Tak kisah sama ada anda berimej kasual atau formal, kasut Monk Strap ini boleh digayakan pada bila-bila masa.
Kasut loafers sesuai digayakan untuk imej kasual dan bersahaja. Jika anda suka memakai seluar pendek dan kemeja, kasut ini sememangnya sesuai untuk disarungkan. Selain itu, ia juga sesuai dipakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-cirinya hampir sama dengan sneakers namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.
Tidak dinafikan, sneakers menjadi pilihan dan sesuai digayakan daripada remaja hinggalah dewasa. Ia menjadi kasut yang evergreen dipakai oleh semua peringkat umur sepanjang zaman. Sneakers sememangnya sesuai digayakan bersama seluar jeans dan t-shirt berkolar ataupun seluar pendek dan t-shirt kasual. Gayanya memukau, serba ringkas dan sesuai untuk aktiviti di luar. Nampak stylo dan macho.
Ini merupakan antara kasut yang sangat unik berbanding kasut yang lain kerana ia mempunyai struktur yang lembut dan rata. Anda akan rasa selesa bila menyarungkan kasut jenis ini. Ia sesuai untuk acara semi-kasual dan sangat menarik apabila dipadankan dengan seluar pendek dan t-shirt berserta blazer.
Kasut sukan kebiasaannya digunakan oleh ahli sukan. Ia juga menjadi antara kasut yang terpenting untuk lelaki. Ia berfungsi untuk melindungi kaki daripada tercedera semasa melakukan aktiviti kesihatan dan kecergasan. Ciri cirinya adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus dan direka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.
Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN dan ikuti update terkini fesyen lelaki di sana!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pagi raya yang indah ni, pastinya ramai yang mengenakan baju sedondon yang sangat vass! Tentunya selepas menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha, anda pasti akan bersalam-salaman dengan keluarga, bermaaf-maafan dan menjamu selera. Selepas makan, mulalah ada mangsa-mangsa yang akan dijadikan photographer untuk anda ber ‘OOTD’ kan? Macam-macam angle anda akan pose persis model. Semuanya untuk tontonan rakan-rakan di laman sosial. Perasan tak, kadang-kadang gambar yang anda ambil tu tak ‘on point’. Jadi kami sediakan cara untuk anda pose menggunakan angle-angle yang tidak akan menampakkan wajah anda kelam dan gemuk!
Tip 1: Gunakan pencahayan semula jadi dekat tingkap
Pengcahayaan adalah penting dalam ber selfie. Untuk memperolehi ‘selfie’ yang cantik, anda perlukan pencahayaan yang bagus. Dan pencahayaan yang bagus datangnya daripada cahaya semula jadi, iaitu cahaya matahari.
Rahsia mengapa kebanyakan model kelihatan menarik dan cerah dalam majalah atau dada akhbar adalah kerana mereka diberi pengcahayaan yang lebih pada muka. Lampu dia jangan cakap lah. Mana nak cari lampu terang-terang di kampung kan? Jadi pergi dekat dengan tingkap dan selfie!
Bukan sahaja nampak ‘mahal’ dan ‘rare’. Foto ‘selfie’ anda itu pasti kelihatan klasik.
Tip 2: Bergambar dengan cahaya matahari di luar rumah
Satu lagi cara lain, anda boleh keluar dari rumah dan berdiri di bawah simbahan cahaya matahari. Waktu terbaik untuk anda bergambar adalah pada pukul 6-10 pagi. Ini kerana matahari baru keluar dan suasana terang cukup untuk sesi photography yang menarik.
Jika cahaya matahari pagi ini jatuh pada kulit anda, ia akan membiaskan cahaya yang keemasan, menjadikan kulit anda berkilau-kilau keemasan dan terlihat lebih berseri berbanding biasa.
Kalau anda tak sempat nak bergambar pada waktu pagi, kami sarankan anda bergambar pada waktu petang selepas jam 6. Ini adalah tempoh di mana cahaya matahari terbenam (sunset) berserakan pada garis horizon langit lalu menjelmakan efek yang sangat menarik pada latar belakang gambar anda. Barulah ala vintage.
Tip 3: Rahsia sekeping kertas putih
Ini antara rahsia para photographer memperolehi foto yang menarik.Tahukah anda, banyak blogger dan photographer kecantikan menggunakan sekeping kertas atau kad putih yang besar dan meletakkannya pada bawah dagu semasa ber’selfie’?
Apakah rahsianya? Ya, apabila anda memetik punat telefon bimbit anda untuk merakam foto ‘selfie’, cahaya ‘flash’ yang terhasil daripada telefon bimbit akan terpantul pada kertas atau kad putih tadi.
Lalu, cahaya putih itu akan memberikan satu pantulan cahaya yang boleh mencerahkan lagi kompleksi wajah anda, menjadikan wajah anda kelihatan ‘glowing’, wow!
Bukan itu sahaja, teknik kertas putih ini juga boleh mengurangkan efek dagu berlapis pada foto ‘selfie’ raya anda nanti. Jadi tak lah nampak gemuk!
Tip 4: Aplikasi untuk mengedit foto
Download saja aplikasi-aplikasi yang membolehkan gambar anda kelihatan seperti di edit menggunakan photoshop. Salah satu aplikasi foto yang paling popular di Instagram adalah ‘filter’ Valencia. Ia menghasilkan foto dengan efek ‘dreamy’ yang amat lembut lagi mengasyikkan.
Malah, tidak salah jika dikatakan ia mampu merubah wajah yang kurang cantik menjadi sangat menarik dan berseri-seri!
Apabila menggunakan aplikasi foto, anda mungkin boleh peruntukan waktu barang 2-3 minit untuk melakukan sedikit kerja-kerja ‘air-brushing’ dan mencerahkan lagi foto tersebut.
Selain ‘filter’ Valencia, ada juga blogger yang menggunakan Facetune yang boleh menyamarkan bentuk wajah yang tidak disukai dan menyerlahkn pula bahagian wajah yang ingin ditonjolkan.
Kami sarankan anda menggunakan Foto Rus. Kemudahannya anda boleh anda boleh memancungkan hidung yang bulat atau pesek, memutihkan warna gigi yang agak kekuningan, malah meniruskan bentuk dagu yang kembang atau lebar. Mesti masa bulan puasa hari tu diet kurang menjadi kan? Nak sorok dagu, apa kata pakai aplikasi ini.
Tip 5: Pose ketika ber OOTD
Untuk menampakan tubuh anda ramping, kami nasihatkan anda supaya tidak bergambar dalam keadaan duduk, kerana ia akan menampakkan perut anda berlapis. Jika anda terpaksa duduk, kami sarankan agar anda menutup bahagian perut dan peha dengan menggunakan bantal. Kalau ada anak buah, atau baby, pegang dia sebagai alat untuk anda cover lebihan-lebihan anda tu.
Jika anda bergambar secara beramai-ramai sambil berdiri, kami nasihatkan agar anda berdiri di tengah-tengah, kerana ia akan membantu anda dari nampak gemuk. Jika anda berada di tepi pastikan anda menilangkan kaki anda agar anda kelihatan kurus.
Jika anda mengambil gambar solo, apa kata kalau anda berdiri tegak dengan menyilangkan kaki. Ingat! Jangan pernah sekali anda serong cara anda berdiri kerana ia akan menampakkan lengan anda besar! BAHAYA YE.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.