Hobi bukan sahaja mencerminkan personaliti seseorang, malah ia juga boleh menjadi daya tarikan yang kuat, terutama dalam hubungan romantik.
Bagi lelaki, memiliki hobi tertentu bukan sahaja meningkatkan kualiti diri tetapi juga mampu menarik perhatian wanita.
Berikut adalah lima hobi lelaki yang sering membuatkan wanita tergoda.
Memasak
Foto : mStar
Kemahiran memasak bukan lagi eksklusif untuk wanita.
Lelaki yang tahu menyediakan hidangan lazat dianggap menarik kerana ia menunjukkan sifat berdikari dan keprihatinan.
Wanita mudah terpikat dengan lelaki yang boleh memasak untuk mereka, terutama apabila ia melibatkan hidangan istimewa yang disediakan dengan penuh usaha.
Bermain Alat Muzik
Foto : Maskulin
Lelaki yang mahir bermain alat muzik seperti gitar, piano atau biola sering dianggap romantik dan mempesona.
Ads
Muzik adalah bahasa universal yang menyentuh emosi dan lelaki yang boleh mencipta melodi indah mampu mencairkan hati wanita dengan mudah.
Sukan Lasak
Foto : PngTree
Hobi seperti mendaki gunung, berbasikal lasak atau menyelam bukan sahaja mencerminkan keberanian tetapi juga kecergasan fizikal.
Lelaki yang aktif dalam sukan lasak sering dilihat sebagai individu yang bersemangat, berani mengambil risiko dan berdisiplin merupakan sifat-sifat yang sangat menarik bagi wanita.
Wanita sering terpikat dengan lelaki yang mampu berbual tentang pelbagai topik menarik.
Hobi yang dimiliki seseorang lelaki bukan sahaja mencerminkan keperibadiannya tetapi juga memberi gambaran tentang bagaimana dia menghargai kehidupan.
Memiliki hobi yang menarik bukan sahaja memberikan kepuasan diri tetapi juga mampu mencipta daya tarikan unik yang sukar untuk diabaikan oleh wanita.
Jadi, jika anda seorang lelaki, mungkin sudah tiba masanya untuk memilih hobi yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menambah nilai kepada personaliti anda.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
Selagi anda tidak makan kentang dengan mentega, sour cream dan keju, pengambilan kentang tidak akan menambah berat badan. Gunakan topping seperti herba segar, rempah, dan memerah sedikit limau yang mana cara ini mampu menipu deria rasa anda dengan berfikiran anda hanya makan garam (rasa masam dan garam bersama di atas lidah).
Pilihan lain adalah untuk memanggang kentang anda atas kuali dengan herba segar dan rempah tanpa garam di mana makanan ini akan memberi satu rasa yang enak.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
6) Buah Beri
Buah beri juga merupakan sumber kalium, Vitamin C, dan banyak mineral lain. Kandungan serat yang tinggi menjadikannya bermanfaat untuk mengurangkan dan mencegah kolesterol tinggi, diabetes, dan penyakit jantung apabila dimakan mengikut diet yang sihat.
Ia juga merupakan sumber antioksidan yang hebat yang membantu badan berehat dan meningkatkan aliran darah. Hasilnya, ia boleh membantu membuang toksin berbahaya dari badan yang boleh menyebabkan arteri tersumbat (seperti terlalu banyak lemak atau kolesterol) dan meningkatkan kesihatan jantung secara keseluruhan.
Khasiat lain adalah ia hebat untuk menguruskan berat badan anda dan membantu supaya gula dalam darah anda tidak akan naik mendadak. Nikmati raspberi, beri biru, beri hitam, cranberry, dan strawberi yang segar atau beku bila-bila masa; sekurang-kurangnya 1 cawan ke dalam makanan harian anda atau jadikan makanan ringan untuk manfaat optimum.
7) Brokoli
Sayuran yang ramai orang tidak suka ini merupakan salah satu yang terbaik untuk jantung. Brokoli penuh dengan nutrien yang meningkatkan aliran darah seperti potassium, Vitamin C, Vitamin B6, dan ia juga adalah satu sumber serat.
Secawan brokoli yang sudah dimasak mengandungi 6% kalsium, 8% magnesium dan 14% potassium.
Untuk mendapatkan manfaat yang paling bagus dari brokoli, anda perlu makan mentah atau kukus. Brokoli akan didih keluar nutrien yang terkandung di dalamnya ke dalam air.
Jika anda memasak brokoli pada suhu yang tinggi, seperti memasak sup di mana anda mengambil air rebusannya untuk dimakan, anda boleh bebas memasak seperti yang anda mahu.
Sumber : diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka pada usia 43 tahun, pesona Datuk Remy Ishak sebagai ‘Hero Malaya’ masih utuh di mata peminat.
Gelaran ‘Hero Malaya yang sering dikaitkan dengannya bukan sekadar kerana ketampanan atau aura layar perak, tetapi lahir daripada kematangan jiwa, dedikasi dan konsistensi seni yang jarang goyah.
Melihat seiring usia, langkah seninya juga semakin lebib fokus. Jika suatu ketika dahulu apa sahaja watak diterima tanpa banyak soal, kini pemilihannya lebih teliti, penuh pertimbangan dan sarat makna.
“Saya rasa sekarang inilah waktunya untuk memilih watak yang benar-benar terbaik untuk disampaikan kepada masyarakat. Sama ada pembantu atau utama, setiap karakter itu ada nilai.”
Bagi pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak, lakonan bukan sekadar hiburan kosong. Ia adalah medium pendidikan dan refleksi realiti kehidupan.
Justeru, beliau lebih cenderung memilih karya bersifat universal, realistik, serta meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Remy mengakui tidak pernah gentar dengan cabaran industri. Mengimbau pesan senior, Rosyam Nor, bahawa jangka hayat seorang hero tidak panjang, dia melihat hal itu dari sisi berbeza.
“Bagi saya kalau kita fikir jadi hero cuma untuk lima tahun, kita akan dapat tempoh itu. Kalau kita asyik fikir pasal orang lain, siapa nak fikir untuk diri saya sendiri?
Atas sebab itu saya tolak tepi semua yang tidak perlu. Alhamdulillah saya dikaburkan dengan skrip yang bagus, tanggungjawab sebagai duta.
Kalau kita sibuk dengan kehidupan orang lain, hati jadi tidak ikhlas, rezeki pun susah. Jadi lebih baik fokus dengan diri sendiri, rezeki itu akan datang dengan cara tersendiri.”
Kata-kata itu dizahirkan ketika beliau dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman Alicafe, dalam sebuah majlis di TRX Kuala Lumpur baru-baru ini.
Biarpun semakin matang, cabaran watak berat tidak pernah dipandang ringan. Antagonis misalnya, masih menguji energinya.
“Ada yang tanya, cukupkah lagi tenaga untuk watak penuh emosi besar ini? Saya jarang marah orang dalam kehidupan sebenar, tapi bila di set, tenaga itu tetap ada. Itu cabaran yang saya suka.”
Dalam masa sama, ketika ramai selebriti berlumba membina pengaruh digital, Remy memilih jalur berbeza.
“Saya tidak mahu memperhambakan diri pada media sosial, bimbang nilai diri jadi rendah. Saya ada projek filem dan drama, itu sudah cukup untuk membuat saya kekal di hati penonton.”
Bagi beliau, relevan bukan sekadar jumlah followers, tetapi pada hasil karya yang berkualiti.
Selain berlakon, minat untuk mengarah turut berputik. Ada kisah ingin dikongsi, ada naskhah sudah dibayangkan. Namun, beliau akur peranan itu menuntut persiapan yang lebih menyeluruh.
“Kerusi pengarah itu mahal. Jalan cerita perlu kuat, tenaga kerja mesti mencukupi. Mungkin suatu hari nanti, apabila ALLAH sudah tentukan waktunya, saya akan benar-benar bersedia.”
Kisah Remy Ishak mencerminkan seorang lelaki yang tahu menyeimbangkan karier, nilai hidup dan prinsip peribadi. Bukan sekadar bintang di layar, beliau adalah cerminan ketekunan, keikhlasan, dan kebijaksanaan memilih arah.
Kredit: Sinar Daily
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita hangat dari Timur Tengah, Arab Saudi dilaporkan sedang melonggarkan larangan ketat mereka ke atas alkohol dengan ‘menghalalkan’ penjualan dan penggunaan minuman beralkohol di lebih 600 kawasan tertentu.
Langkah ini sebahagian daripada inisiatif besar Visi 2030 yang dipimpin Putera Mahkota Mohammad bin Salman, bertujuan mengubah wajah sosial dan ekonomi negara.
Tapi, jangan bayangkan pesta bebas seperti di Ibiza atau Bangkok – penjualan alkohol akan dikawal rapi. Minuman yang dibenarkan hanyalah arak ringan seperti wain, bir dan cider, manakala minuman keras seperti vodka, whisky atau rum tetap haram.
Alkohol juga masih dilarang di tempat awam, rumah persendirian, kedai runcit dan kawasan penyokong (fan zones) – termasuk semasa Piala Dunia FIFA 2034 yang akan dihoskan Arab Saudi.
Arab Saudi selama ini terkenal dengan peraturan agama yang ketat, termasuk larangan alkohol yang menyeluruh. Namun, untuk merealisasikan transformasi ekonomi dan menarik pelabur serta pelancong, kerajaan kini cuba beri ruang kepada perubahan budaya yang lebih terbuka.
Visi 2030 ialah pelan besar yang mahu diversifikasi ekonomi Arab Saudi daripada bergantung pada minyak semata-mata. Ia termasuk memperluas sektor pelancongan, hiburan, dan perkhidmatan yang lebih liberal. ‘Penghalalan’ alkohol di kawasan tertentu adalah satu langkah kontroversi tapi strategik dalam usaha membuka pintu kepada dunia luar.
Namun, terbaru dakwaan beberapa media asing bahawa Arab Saudi merancang untuk melesenkan penjualan alkohol mulai 2026 adalah tidak benar dan palsu. Menurut sumber kerajaan Arab Saudi, dakwaan tersebut tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan dan tidak mencerminkan dasar atau peraturan sedia ada di negara itu.
Jadi, jom kita tengok apa lagi perubahan yang mahu dibuat oleh Putera Mahkota ini seterusnya!