peluang hero remaja

Tidak dapat dinafikan platform Pencarian Hero Remaja telah melahirkan cukup ramai bintang-bintang popular di negara kita berdekad lamanya. Malah status dibawa oleh pertandingan ini cukup istimewa di kalangan penggiat seni tanah air kerana kejayaan melahirkan bintang demi bintang. Peluang yang diberikan Remaja untuk lelaki di luar sana cukup besar sekali potensinya.

Nama-nama seperti Azhar Sulaiman, Esma Daniel, Norman Hakim Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nabil Aqil, Aliff Muhaimin dan ramai lagi membuktikan Pencarian Hero Remaja terbukti menjadi paltform cukup disegani.

Edisi terbarunya pada tahun ini menyaksikan Ahmad Nadhir Ahmad Nasar telah dinobatkan sebagai juara dan kini telah mula mengorak langkah dalam dunia lakonan dan peragaan. Begitu juga dengan finalis yang lain masing-masing mela menyerlahkan diri dalam industri lakonan, fesyen serta pelbagai bidang lain.

UJI BAKAT

Melihat respons yang cukup positif, NU Ideaktiv menerusi Majalah Remaja kembali bersama penyiar rasmi, Astro Malaysia Hioldings Berhad (Astro) membuka peluang uji bakat pencarian Hero Remaja untuk tahun 2021 bermula 7 Disember hingga 20 Disember 2020.

Peluang Jadi ‘The Next Fattah Amin’, Pencarian Hero Remaja Kembali Lagi

IKLAN

Tapi edisi baharu ini menyaksikan sedikit kelainan apabila proses uji bakat peserta dijalankan secara di atas talian bagi peringkat saringan pertama. Ia seiring dengan norma baharu yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam kita memerangi pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda negara.

BACA: Penyambung Legasi 3 Dekad, Nadhir Nasar Dinobat Juara Hero Remaja 2020

IKLAN

Peserta perlu menghantarkan borang penyertaan secara online di www.remaja.my/auditionhero2021 dengan mengisi butiran diri secara lanjut, memuat naik foto dan video pengenalan diri. Kesemua arahan buat para peserta ada dinyatakan dalam halaman borang penyertaan.

PERINGKAT SETERUSNYA

Setelah mengamati maklumat peserta yang memenuhi kriteria yang dicari oleh produksi Hero Remaja 2021 kali ini, peserta yang disenarai pendek akan melalui sesi uji bakat secara fizikal pula. Butiran mengenai uji bakat peringkat kedua ini akan dikongsikan kepada peserta setelah mereka terpilih.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Pengikut dan penonton pencarian Hero Remaja 2020 dapat menjangkakan pelbagai cabaran akan diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis dari aspek berbeza. Skil sebagai seorang model, pelakon, pengacara, duta produk dan semangat keakraban di antara mereka diuji bagi mencari seorang juara yang layak menyandang gelaran tersebut.

Untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja], Instagram [majalahremaja], Twitter [majalahremajaMY] dan YouTube [majalahremajaOffical].

Buat anda yang rasa ada pakej tersendiri bolehlah hantar video uji bakat sekarang. Inilah peluang anda untuk menyerlahkan diri dengan bakat yang ada.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI