Tidak semua lelaki memilih untuk meluahkan rasa cinta secara terbuka.
Ada yang lebih selesa mengekspresikan perasaan mereka melalui tindakan kecil, perhatian halus, dan kehadiran yang konsisten.
Walaupun tiada kata-kata manis atau pengakuan yang jelas, kasih sayang itu tetap wujud dan dirasai.
Berikut adalah lima tanda seseorang lelaki menyimpan rasa tetapi belum bersedia untuk meluahkannya secara terus terang:
Sering Mengingati Hal-Hal Kecil Tentang Diri Seseorang
Foto : Geng Borak
Lelaki yang menyayangi seseorang tanpa meluahkan selalunya menunjukkan rasa itu melalui ingatan terhadap perkara-perkara kecil yang mungkin dianggap remeh oleh orang lain.
Contohnya, dia tahu minuman kegemaran, tarikh penting, atau lagu yang sering dimainkan semasa waktu kerja.
Memori kecil seperti ini membuktikan bahawa perhatian yang diberikan bukan sekadar biasa-biasa, tetapi lahir daripada rasa peduli yang mendalam.
Sentiasa Hadir Pada Waktu yang Tidak Dijangka Tetapi Sangat Diperlukan
Tanpa diminta, dia hadir saat diperlukan ketika sedang melalui hari yang sukar, ketika kesihatan merosot, atau saat memerlukan sokongan emosi.
Kehadirannya bukan sahaja fizikal, tetapi juga emosional. Lelaki seperti ini tidak menunggu untuk diminta tolong, sebaliknya dia sendiri mencari jalan untuk membantu, menjadi pendengar yang setia, dan menenangkan tanpa banyak bicara.
Menunjukkan Perubahan Diri Demi Menjadi Lebih Baik
Tanda paling ketara seseorang lelaki benar-benar ambil berat ialah apabila dia mula memperbaiki dirinya.
Sama ada dari segi penampilan, percakapan, atau cara hidup, dia berusaha menjadi versi yang lebih baik.
Ads
Semua ini dilakukan bukan kerana mahu menunjuk, tetapi kerana mahu menjadi seseorang yang layak berada di sisi insan yang disayangi.
Mula Cemburu Tetapi Tidak Terserlah
Walaupun tidak pernah mengaku menyimpan perasaan, dia tidak dapat menyembunyikan rasa cemburu apabila seseorang lain rapat atau menunjukkan minat.
Raut wajah yang berubah, nada suara yang mendatar, atau tindak balas yang sedikit berbeza daripada biasa semuanya tanda-tanda yang mencerminkan perasaan yang belum diluahkan.
Namun, kerana menghormati hubungan yang sedia ada, dia memilih untuk menyimpan rasa itu.
Ads
Foto : Fimela
Selalu Ada Usaha untuk Menghubungi dan Bertanya Khabar
Komunikasi tidak pernah putus. Walaupun hanya melalui pesanan ringkas atau panggilan ringkas, dia tidak pernah gagal bertanya khabar, berkongsi cerita, atau sekadar memberi semangat.
Konsistensi ini bukan sekadar atas dasar persahabatan, tetapi lahir daripada keinginan untuk sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan orang yang disayangi, walaupun dari jauh.
Perasaan sayang tidak semestinya diluahkan melalui kata-kata.
Ada lelaki yang lebih selesa membuktikan perasaan mereka melalui tingkah laku, keprihatinan, dan kehadiran yang konsisten.
Jika 5 tanda ini wujud dalam hubungan yang sedang terjalin, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat lebih dalam dan memberi ruang kepada perasaan yang sedang berkembang secara perlahan, tetapi jujur.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sewakan Suami? Kedengaran seperti agak pelik dan mungkin boleh mengundang tanggapan yang salah. Namun usahlah kita ke situ ya. Dalam hal ini ia sebenarnya satu perkara yang cukup positif dan idea yang sangat menarik!
Satu perkara harus diakui walaupun sebagai lelaki, kita tidak mempunyai semua skil yang ada di dunia ini terutamanya dari segi pertukangan. Pernah tak anda berdepan kesukaran nak pasang perabot yang dibeli dari IKEA?
Usah risau anda tidak keseorangan. Ramai sebenarnya bergelut dengan perkara yang sama. Dari masalah umum seperti inilah seorang wanita dari UK mendapat idea bagaimana dia boleh ‘menyewakan’ suaminya yang memiliki pelbagai skil tersebut kepada orang ramai.
Kredit: James Linsell-Clark/SWNS
Melakukan kerja-kerja pertukangan dan menyelenggara rumah memerlukan dedikasi yang sangat tinggi. Di sinilah perniagaan ‘Rent My Handy Husband’ mampu memenuhi permintaan tersebut.
MENDAPAT IDEA
Wanita berusia 38 tahun dikenali dengan nama Laura Young mula mendapat idea tersebut selepas mendengar satu podcast yang bercerita bagaimana seorang lelaki menjana pendapatan dengan hanya memasang perabot sahaja.
Foto: RentMyHusband
Menyedari suaminya, James Young memiliki pelbagai skil, Laura terdetik untuk melakukan perkara sama. Pertama sekali dia meletakkan iklan di Facebook dan aplikasi Nextdoor dengan tawaran melakukan pelbagai kerja rumah dengan caj £40.
Kredit: James Linsell-Clark/SWNS
Walaupun menjangkakan hanya mengundang ketawa orang ramai, Lauran seakan terkejut selepas mendapat maklum balas dan mesej permintaan dari pelanggan.
“Pelanggan pertama memerlukan James untuk menukar bingkai pintu. Dan selepas itu satu persatu tempahan mula datang dengan pelbagai tugasan seperti menukar karpet dan juga pembinaan dinding,” jelas Laura dalam satu temu bual bersama Daily Mail.
PENDAPATAN TETAP
Siapa sangka hantaran yang dianggap guarauan olehnya kini menjadi sumber pendapatan tetap mereka dengan kerja 6 hari seminggu. James yang berusia 42 tahun juga cukup terkejut dengan sambutan luar biasa diterima mereka.
Foto: Laura Young
Jenama yang mereka tampilkan ‘Rent My Handy Husband’ dipercayai cukup berjaya dan mencuti perhatian ramai. Lebih menarik lagi, James sebenarnya seorang yang telah didiagnos sebagai autistik sejak empat tahun lalu.
Satu idea yang menarik bukan? Dengan idea yang bernas mampu bertukar menjadi sumber pendapatan yang cukup lumayan!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Beliau berkata, kebebasan berhimpun merupakan salah satu hak asasi yang dijamin, namun rakyat perlu sentiasa ingat bahawa kebebasan itu datang dengan tanggungjawab.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah menunjukkan sikap terbuka dengan membenarkan pelbagai perhimpunan diadakan, asalkan ia tidak menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan bahawa hak untuk berhimpun tidak boleh ditafsir secara mutlak hingga mengetepikan undang-undang serta adab yang perlu dijaga.
Foto : Utusan
“Prinsip kebebasan menuntut kita untuk bertanggungjawab, patuh kepada hukum serta menjaga adab dan undang-undang. Berhimpun secara aman tidak boleh sama sekali disalahgunakan,” tegas beliau.
Kecam Serangan Ke Atas Ketua Polis Dang Wangi
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri turut mengecam sekeras-kerasnya insiden serangan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang berlaku baru-baru ini.
Tindakan pihak tertentu yang mencederakan penjawat awam itu disifatkan sebagai perbuatan keji dan tidak boleh diterima sama sekali.
Anwar berkata, serangan ke atas anggota keselamatan bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mencabar kewibawaan institusi polis sebagai penjaga keamanan negara.
“Ia satu tindakan yang melampau, tidak bertanggungjawab, dan mesti dikecam sepenuhnya,” katanya.
Foto : Utusan
Sehubungan itu, Anwar menggesa pihak berkuasa untuk segera mempercepatkan siasatan serta menahan dalang di sebalik serangan tersebut.
Beliau menekankan bahawa tindakan tegas perlu diambil agar kejadian serupa tidak berulang dan supaya rakyat tidak hilang keyakinan terhadap sistem keselamatan negara.
Tolak Hasutan, Utamakan Kedamaian
Anwar turut memberi peringatan agar himpunan aman tidak dijadikan alat untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya menggugat ketenteraman rakyat.
Menurut beliau, budaya keganasan yang disemai melalui hasutan kebencian dan penyebaran maklumat palsu berpotensi menjejaskan perpaduan negara jika tidak dibendung.
“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian, dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” ujar Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa prinsip demokrasi perlu dipertahankan dengan penuh tanggungjawab.
Foto : Berita Harian
Hak rakyat untuk berhimpun mesti diimbangi dengan keperluan menjaga ketenteraman awam, demi memastikan Malaysia terus kekal aman dan harmoni.
Akhirnya, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak sebarang bentuk provokasi dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang boleh mencetuskan perpecahan.
Katanya, kedamaian dan keharmonian nasional adalah milik bersama yang wajib dipelihara oleh setiap warganegara.
Hubungan antara Fazura dan Fattah Amin mula menjadi perhatian umum ketika mereka berdua terlibat dalam drama popular ‘Hero Seorang Cinderella’ pada tahun 2017.
Chemistry yang ditunjukkan di layar kaca akhirnya membawa kepada perhubungan cinta di dunia nyata. Pasangan ini kemudian membuat keputusan untuk mengikat tali perkahwinan pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Bagaimanapun, setelah enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Fazura memfailkan penceraian pada 13 September 2023, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka.
Dan pada hari ini, pasangan popular ini telah sah bercerai dengan talak satu. Ia sekali gus menjadi berita paling hangat dipertakan oleh warganet di seluruh Malaysia.
Perpisahan mereka nampaknya tidak reda begitu sahaja. Memetik laporan Sinar Harian, kurang sejam selepas sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pelakon terkenal Fazura mungkin berdepan tindakan menghina mahkamah jika didapati tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.
Foto: Astro AWANI
Menurut peguam syarie yang mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, tindakan itu boleh diambil sekiranya Fazura melanggar perjanjian perceraian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Zulkifli menjelaskan bahawa perjanjian tersebut telah direkodkan sebagai suatu perintah oleh mahkamah dan butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan kepada umum.
Oleh itu, jika terdapat pelanggaran terhadap perjanjian tersebut, pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, pihak tersebut dianggap gagal menghormati atau tidak mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
“Mangsa yang terlibat boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah, dan jika mahkamah mendapati ada kes, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan. Ini bagi menjelaskan mengapa individu tersebut tidak patut dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah,” jelas Zulkifli.
Dakwaan mengenai masalah rumah tangga pasangan selebriti ini semakin jelas apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September lalu.
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.