“Saya menilai seorang yang mahu menjadi usahawan DYXY itu bukan dari sudut luaran fizikal, sebaliknya kesungguhan mereka untuk mengubah taraf hidup dan tidak sesekali hilang fokus untuk berjaya.”
“Saya bukanlah usahawan yang terlalu baru di dalam dunia perniagaan, hampir 10 tahun saya berkecimpung dan banyak ilmu yang saya telah pelajari sepanjang tempoh itu. Jatuh bangun perniagaan benar-benar membuatkan saya menjadi sangat kuat dan tidak sesekali mendabik dada dengan kejayaan yang saya miliki kini. Membuka perniagaan mungkin mudah, tapi tidak jika anda mahu digelar sebagai seorang usahawan. Untuk anda yang mahu menjadi seorang yang hebat berniaga haruslah mempunyai sifat-sifat ini untuk memastikan impian dan visi anda mudah untuk terlaksana.
Ads
“ Saya juga merupakan anak didik kepada Azizan Osman, dia banyak memberikan saya ilham dan pengetahuan mengenai selok belok dunia perniagaan, jadi apa perkara utama yang perlu ada sebagai seorang usahawan itu adalah ilmu, menjadi usahawan berjaya tidak mudah, ianya menjadi lebih susah seandainya anda bodoh dan tiada ilmu. Oleh itu kumpulkan ilmu sebanyak yang boleh untuk digunakan sepanjang proses perniagaan anda berjalan. Tiada alasan hari ini untuk anda mengakses ilmu dengan mudah. Paling baik adalah dengan jadikan sikap suka membaca dan belajar daripada sesiapa saja asalkan ianya perkara baru yang bermanfaat.”
“Kedua, anda perlu ada semangat yang tinggi, Walaupun dengan ilmu setinggi mana, tanpa semangat yang tinggi, anda tak akan ke mana. Buatlah apa saja untuk membina semangat. Sertai program untuk mengaktifkan diri sama ada berbayar atau percuma. Lebihkan bergerak dan penuhi masa anda dengan aktiviti positif untuk membina semangat. Orang yang tidak aktif dan tidak bergerak secara automatik membunuh semangat diri.”
Ads
“Seterusnya adalah nilai kesabaran, semangat yang besar mana sekalipun jika tidak disertakan dengan kesabaran akan hancur berkecai. Melatih kesabaran dapat dilaksanakan dengan mengambil sikap menghabiskan apa saja yang dilakukan. Tamatkan apa saja yang anda telah mulakan dan jangan berhenti sekerat jalan. Ingat! Anda tidak akan tahu tahap kesabaran selagi tidak mencampak diri dalam ujian. Sabar bukan ada hanya di mulut, tetapi di dalam segala tindakan kita meneruskan perjalanan tanpa henti.”
“Kepercayaan, tanpa kepercayaan, semangat tinggi dan kesabaran akan mati. Dengan menambah maklumat dari pembacaan dan mendengar serta melihat kejayaan orang lain akan membina kepercayaan. Oleh itu bina data kepercayaan sebanyak mungkin dalam minda anda. Selain itu jangan malu dengan produk yang anda bawa, cipta rasa bangga dengan produk yang anda sampaikan.”
Ads
“Hubungan sesama teman, ramai yang tak sedar dengan kelebihan berkawan. Tambah lagi dalam suasana desakan kehidupan hari ini, ramai yang mengambil sikap meminggirkan aktiviti berkawan. Kawan adalah antara perkara penting yang perlu ada pada semua usahawan. Dengan kawan kita kongsikan masalah, kejayaan, peluang dan lain-lain lagi. Kawan yang baik tidak pernah mengharapkan balasan. Kawan yang baik sentiasa memberikan ilmu, semangat, dan kepercayaan yang kita perlukan untuk berjaya. Selain itu dari situ juga cuba bina kumpulan kawan baru. Usahawan perlu buang sikap malu dan malas untuk berkenalan. Jangan terus harap bantuan dari kenalan baru kerana tujuan berkenalan adalah untuk berkawan. Pastikan aktiviti berkenalan tidak putus kerana untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sekarang kita perlukan kenalan yang lebih baik daripada yang telah ada.”
“Akhir sekali jangan takut pada kegagalan, ingat kegagalan bukan penamat hidup anda. Kegagalan hanyalah satu keputusan untuk menilai kaedah yang telah digunakan sebelum ini untuk pedoman di masa hadapan. Orang yang tidak pernah gagal sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa. Lebih banyak orang belajar dari kegagalan daripada kejayaan. Oleh itu bersedia untuk menerima kegagalan dan terus mencuba dengan kaedah yang berbeza,” jelasnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gelaran Ketua Pegawai Eksekutif atau lebih popular dengan istilah CEO merupakan satu jawatan yang cukup dipandang tinggi dalam dunia perniagaan.
Apatah lagi jika seseorang itu menjadi CEO sebuah syarikat ternama dan terkenal. Sesuai dengan namanya, tanggungjawab menjadi seorang CEO sangatlah besar dalam menentukan hala tuju serta kelangsungan syarikat yang dibawa olehnya.
Jadi tidak hairanlah dengan tanggungjawab besar itu berpadanan dengan pendapatan tinggi yang diperolehi mereka. Kali ini MASKULIN ingin berkongsi 10 orang CEO (public listed company) berpendapatan paling tinggi di Malaysia.
Dunia hiburan dan perniagaan kini sering bertembung antara satu sama lain. Pengaruh besar yang dibawa oleh pemuzik kini merentasi sempadan bukan hanya dalam industri mereka tetapi ke dimensi lebih besar.
Di antara pemuzik yang terkenal melakukan rentasan sempadan ini ialah Kanye West. Selain bergelar sebagai penyanyi, pencipta lagu, pereka fesyen dan usahawan, Kanye West turut berjinak-jinak dalam dunia politik.
Dan terbaru beliau telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk pilihan raya pada tahun ini.
Ikon fesyen yang juga pengasas serta pemilik jenama fesyen popular YEEZY ini menyatakan hasratnya bertanding sebagai Presiden menerusi Twitter kendaliannya.
We must now realize the promise of America by trusting God, unifying our vision and building our future. I am running for president of the United States 🇺🇸! #2020VISION
Sehingga kini ciapan menerusi Twitter tersebut telah mendapat lebih 517 ribu ulang kicau, 1.1 tanda suka dan 104 ribu kata balas.
Respons yang diterima oleh warganet ternyata bercampur baur. Ada yang menyokong dan tidakkurang jugak bersifat sinikal dengan hasrat Kanye West tersebut.
Di antara figura berpengaruh yang secara terbuka memberi sokongan ialah bilinair terkenal yang juga di antara manusia terkaya di Amerika Syarikat, Elon Musk.
Dua figura yang dilihat semakin rapat sejak kebelakangan ini.
Namun ia bukanlah pertama kali pengumuman seperti ini dilakukan oleh Kanye West. Pada tahun 2015 ketika berada di MTV VMA Awards, Kanye West pernah berseloroh bahawa dia akan bertanding jawatan Presiden untuk tahun 2020.
Manakala pada bulan November tahun lalu dia mengatakan akan bertanding bagi tahun 2024. Sama ada hasrat ini serius atau tidak ramai pengamal media dan penganalisis pilitik mula memberikan perhatian kepada tahap keseriusan Kanye West.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gelaran manusia terkaya di dunia buat masa ini kembali menjadi milik Elon Musk.
Selepas memperlihatkan nilai kekayaan melangkaui $300 bilion pada November 2024 lepas, hari ini Elon Musk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi manusia pertama di dunia dengan nilai kekayaan melangkaui $400 bilion.
Nilai kekayaan Elon Musk ini dilihat meningkat lebih laju selari kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Sebelum ini, Elon Musk sendiri berkempen untuk Donald Trump.
Elon Musk dan Trump
Sejak kemenangannya, saham Tesla meningkat naik, disamping Elon Musk yang sedia mempunyai syarikat lain seperti SpaceX, xAI, X, dan lain-lain. Dua syarikat dengan nilai yang tinggi dibawah Elon Musk juga adalah SpaceX dengan nilai anggaran $350 bilion, selain xAI dengan nilai anggaran $50 bilion.
Ramai yang menyasarkan beberapa polisi Donald Trump kelak akan membantu Tesla, sekaligus membuatkan lebih ramai membeli saham Tesla, dan menjangkakan ramalan baik untuk syarikat pengeluar kenderaan elektrik berkenaan.
Mengikut data semasa Bloomberg Billionaires, nilai kekayaan semasa Elon Musk adalah $447 bilion, sementara Jeff Bezos di tangga kedua dengan nilai kekayaan $249 bilion.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.