Bercakap tentang dua nama gergasi dalam sukan terutamanya bola sepak, Liverpool dan Nike berada pada satu titik pertemuan. Antara budaya sukan, gaya dan sejarah yang cukup luar biasa.
Terbaru kolaborasi dua nama besar ini menghasilkan sesuatu yang lebih daripada sekadar sepasang kasut. Liverpool x Nike Air Max 95 ‘Black’ bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-30 model kasut ikonik ini.
Tetapi juga menandakan detik terakhir kolaborasi lima tahun antara kelab bola sepak terkemuka Premier League itu dengan jenama sukan gergasi, Nike.
Dan ya, waktu pelancarannya tidak boleh lebih sempurna daripada sekarang.
Perpisahan Bergaya Antara Dua Gergasi
Sepanjang lima tahun ini, kerjasama antara Liverpool dan Nike telah menyaksikan pelbagai detik manis. Baik dari segi rekaan jersi mahu pun pencapaian Liverpool di atas padang.
Empat trofi berjaya dirangkul, dan musim ini, Liverpool tampak berpotensi besar menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim 2024/25.
Ads
Namun, seperti semua kisah legenda yang hebat , setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Musim menyaksikan penutup tirai bagi kolaborasi ini Nike dan Liverpool sebelum Adidas mengambil alih sebagai penaja jersi rasmi mulai Ogos 2025.
Sebagai simbolik kepada perpisahan ini, Nike mempersembahkan sesuatu yang bukan sekadar memorabilia, tetapi juga statement piece yang boleh dibanggakan oleh peminat dan pengikut gaya jalanan.
Estetika Scouse
Apa yang membezakan edisi khas ini? Subtlety. Daripada menonjolkan logo Liverpool secara berlebihan, rekaan kasut ini mengetengahkan pendekatan lebih matang dan versatile.
Kasut ini dihasilkan dengan asas mesh hitam yang sejuk, disulam panel suede yang bergradasi dari arang gelap ke kelabu cerah. Satu palet warna yang mudah disuai padankan untuk gaya harian lelaki moden.
Ads
Sentuhan merah yang melatari lubang tali kasut dan jenama Air Max memberi penghormatan kepada warna ikonik kelab.
Manakala bubble udara besar di bahagian tapak bukan sahaja untuk keselesaan, tetapi menjadi elemen visual yang kuat, simbol ikonik kepada model Air Max 95.
Walaupun rekaannya tampak minimalis, butiran khas Liverpool tetap disematkan. Di bahagian belakang lidah kasut, terpampang burung Liver klasik.
Ads
Ia simbol ikonik kelab dan pada bahagian dalam, tapak kasut dijahit dengan frasa keramat, You’ll Never Walk Alone. Ini bukan sekadar kasut, ini sejarah yang boleh dipakai.
Buat peminat fesyen khususnya peminat Liverpool ksut kolaborasi ini akan dipasarkan dalam masa terdekat. Di United Kingdom ia akan mula dipasarkan bermula esok, 9 April 2025 secara eksklusif melalui laman web rasmi Liverpool pada harga USD160 (RM720).
Kalau anda tanya kami, ini bukan sekadar kasut—ini legacy on your feet.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai mengenalinya dengan bahasa pasar, ‘spek’ hitam.
Bagi lelaki ‘spek’ atau cermin mata hitam atau juga ‘shades’ kini bukan lagi bertindak sebagai pelengkap gaya semata. Ia kini dilengkapi dengan kanta yang bukan sahaja boleh membantu kadar penglihatan lebih baik untuk pelbagai keadaan malah mampu memberikan perlindungan terhadap bahaya cahaya UV.
Ia merupakan item fesyen yang tidak akan lapuk dek panas dan pasti digunakan sepanjang masa oleh lelaki. Dan cermin mata hitam kini juga ]boleh menjadi sebagai salah satu aksesori menyerlahkan personaliti pemakainya menerusi rekaan bingkas, warna kanta dan juga corak yang terdapat pada rekaan.
Memadankan kaca mata dengan pakaian adalah cara yang paling pantas, berkesan, mudah serta lebih menjimatkan untuk menyerlahkan lagi penampilan gaya maskulin anda agar lebih hebat, terutama untuk anda yang ingin nampak berbeza di hari raya.
Kini terdapat kaca mata yang bingkainya diperbuat daripada bahan yang paling eksklusif dan unik seperti tanduk asli dan pelbagai bahan lagi. Rekaan ini bukan dijual dengan harga ratusan ringgit, tetapi sebaliknya ribuan malahan hingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Di sini MASKULIN ingin kongsi panduan asas untuk anda memilih cermin mata hitam sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jika betul pilihan, penampilan anda akan jadi jauh bertambah kacak dengan gaya bercermin mata hitam. .
FAKTOR SAIZ
Jika ingin memiliki cermin mata yang tampak seimbang dengan bentuk muka, pastikan bahagian atas bingkai sama ada selari dengan kening atau berada sedikit di bawah kening. Bingkai cermin mata yang berada di atas kening akan tampak seolah-olah kening anda berganda dan keadaan ini membuatkan anda tampak macam orang terkejut.
Bahagian tepi bingkai, iaitu tangkai atau batang bingkai tidak sepatutnya nampak terlalu terkeluar daripada wajah sisi anda.
Bahagian bawah bingkai tidak sepatutnya mencecah pipi. Kesilapan inilah yang sering berlaku. Cermin mata yang terletak terlalu rendah pada pipi membuatkan mata seperti terapung pada bahagian atas cermin. Mata anda sepatutnya berada ditengah-tengah cermin.
BENTUK HIDUNG
Hidung panjang yang kecil boleh diberikan ilusi sedikit pendek jika kita memilih cermin mata yang sesuai. Jadi anda perlu pilih reka bentuk perangkai yang rendah. Bagi hidung yang pesek dan penyek pula, pilihlah perangkai yang berbentuk tinggi untuk membentuk ilusi hidung yang panjang dan kecil.
MATA
Pastikan jarak mata yang jauh boleh didekatkan dengan memakai cermin mata berwarna gelap dan berbingkai berat. Bagi memberikan ilusi sepasang mata yang jauh bagi mereka yang punyai sepasang mata yang dekat, pilihlah perangkai yang cerah dan lut sinar.
TAHAP BERAT
Jika anda berbadan rendah dan mempunyai raut wajah yang lembut, wajah anda mungkin akan tenggelam pada cermin mata yang berat. Pilihan yang tepat adalah cermin mata berbingkai kecil dengan buatan metal yang ringan atau cermin mata tanpa bingkai adalah lebih menarik.
Tetapi jika anda berbadan besar dan mempunyai rangka yang besar, memakai cermin mata kecil tampak seperti tidak kena. Oleh itu, pilih cermin mata yang besar dengan bingkai yang berat untuk memberi keseimbangan secara keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kekadang kita rasa stail fesyen kita dah okey, tapi bagi mata yang memandang ia seperti ‘too much’ pula. Bergaya tidak salah brader, tetapi biarlah kena dengan caranya. Cubaan stail fesyen keterlaluan boleh menjadikan kita menjadi bahan ketawa orang yang melihat.
Ada beberapa peraturan yang perlu lelaki ikut agar stail fesyen anda tidak pelik dan janggal. Takkan nak ke ‘shopping complex’ pakai tali leher. Jika inilah stail anda, anda perlukan bantuan!
Nak nampak stail fesyen lelaki yang ‘simple’ tapi still ‘awesome’, ini caranya.
1. PASTIKAN ‘FIT’ ALWAYS RIGHT
Ini merupakan peraturan utama apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda.
Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang ‘fit’ iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. ‘Fit’ bukan bermakna ketat ya!
2. WARNA MAINKAN PERANAN PENTING
‘Simple is enough guys!’ Anda dinasihatkan untuk mengamalkan penggayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. ‘More than that, is a big no no!’ Anda pasti tidak mahu dicopkan ‘over the top’ bukan? Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jean dilihat sebagai pilihan yang terbaik. Nak tengok blazer, vest, dan kemeja menarik? Boleh check kat Tomaz. Kualiti, design, harga memang best!
3. JANGAN TERLALU MENGIKUT TREND
Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Tetapkan dalam kepala bahawa tidak semua trend bersesuaian dengan tubuh dan stail anda. Anda ingat trend itu ‘cool’, namun malangnya trend juga boleh memusnahkan. Sarunglah apa saja asalkan ia sesuai dan bersederhana, okey?
4. TAK PERLU ACAH ‘HAVE-HAVE’
Pemilihan pakaian yang ‘simple but nice is okay’, tetapi anda dinasihatkan agar untuk membeli pakaian yang benar-benar diperlukan sahaja. Apa-apapun, cermin diri anda terlebih dahulu. Ini kerana sebaik saja anda mencipta stail ‘acah-acah’ tersebut, orang di sekililing pasti akan menilai dan menantikan penampilan anda di hari-hari yang seterusnya.
5. PADANAN
Ada waktunya pakaian anda tidaklah mahal mana, tetapi tampak ‘simple but still looks classy and expensive’. Bagaimana? Senang saja! Anda perlu bijak memadankan pakaian tersebut. Jika anda memakai kemeja berbutang kosong yang biasa, cuba padankan dengan seluar khakis mahupun ‘slack’, selain seluar jean. Jika ia sesuai dengan imej anda, teruskan dengan stail ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanggapan orang pada lelaki kurus adalah senang dalam berfesyen berbanding mereka yang berbadan lebih besar. Namun iai tidk semudah yang disangka kerana lelalki kurus jika tidak betul-betul dalam pemilihan, ia akan memusnahkan imej.
Sedangkan pada hakikatnya, tanggapan itu adalah tersalah sama sekali kerana lelaki badan kurus antara yang sering bermasalah dalam memilih pakaian.
Namun begitu untuk menyelesaikan masalah tersebut, MASKULIN ini berkongsi beberapa tip asas yang boleh lelaki berbadan kurus ambil cakna seperti :
1. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat (fit)
Sudahlah berbadan kurus, kenakan pakaian fit pula! Anda mungkin berasa selesa tetapi pada pandangan mata awam, anda dilihat sebagai ‘tulang bergerak’ dan tidak kelihatan sebagai lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
Anda digalakkan pakai pakaian berwarna putih yang ada grafik warna atau bercorak. Ia dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika anda memakai t-shirt sebagai contohnya, warna putih di samping grafik yang berwarna lain dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
3. Elakkan pakai pakaian tak berkolar
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang. Sehubungan itu, elakkan memakai baju yang tidak berkolar kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih kurus. Sebaiknya, pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
4. Pilih jeans yang sesuai
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
5. Tentukan gaya rambut yang kemas
Antara yang perlu dititik beratkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Sebaik-baiknya, biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit spiky. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.