Pabila berbicara mengenai dunia muzik hari ini, pelbagai perkara mahupun insiden berlaku dalam dunia muzik hari ini. Apatah lagi jika kita fokus kepada peringkat global, begitu banyak senario berlaku yang menjadikan dunia muzik hari ini lebih menarik. Sama ada pendatang baru mahupun mengenai sesuatu anugerah, semuanya dilihat sebagai titik tolak dalam menjadikan industri muzik lebih hidup!

AURA ADELE & KELAHIRAN 25

Senario Dunia Muzik: Apa Yang Menarik Tentang Sejarah Dunia Muzik Hingga Kini?

Kehadirannya dalam industri muzik memberi satu fenomena baru dalam industri muzik sedunia. Kemenangannya membawa pulang enam trofi termasuk dua anugerah utama, Lagu Terbaik juga Album Terbaik pada Grammy Awards 2015 lalu, membuktikan Adele ini penyanyi yang berkualiti. Baik dari segi nyanyian, penciptaan lagu mahupun penulisan lirik. Kali ini, kemunculan Adele bersama  album ketiganya, 25 sekali lagi menjadi fenomena besar dalam industri muzik global. Kejayaan album itu meraih kutipan lebih dari 8 juta di U.S dilihat sebagai kemenangan besar dalam karier seninya. Pihak media di sana melaporkan bahawa kejayaan album 25 ini adalah yang paling terbaik selepas tahun 2011 di mana menyaksikan penyanyi Usher menerima kutipan sebanyak 10.3 juta pada tahun 2004.

INSIDEN TAYLOR SWIFT & KANYE WEST

Senario Dunia Muzik: Apa Yang Menarik Tentang Sejarah Dunia Muzik Hingga Kini?

Barangkali insiden yang berlaku di MTV Music Music Awards 2009 adalah di antara momen yang tidak mudah dilupakan bagi pencinta muzik. Riuh-rendah seketika di saat Kanye West memotong ucapan Taylor Swift yang menerima anugerah Best Female Video menerusi lagu You Belong With Me pada ketika itu.

IKLAN

“”Yo Taylor, I’m really happy for you, I’ll let you finish, but Beyoncé has one of the best videos of all time. One of the best videos of all time!” – Kanye West

Kejayaan Taylor yang mengalahkan diva popular, Beyonce menerusi video muzik Single Ladies (Put a Ring On It) menyebabkan Kanye berasa tidak puas hati lalu bertindak secara melulu. Pelbagai kritikan yang diterima oleh Kanye terhadap perbuatannya itu. Namun, pada anugerah Grammy 2016, menyaksikan Taylor Swift mengungguli anugerah Album Terbaik menersi album 1989. Dalam ucapan kemenangannya, Taylor sempat memberi sindiran kepada Kanye yang berlaku tidak adil kepada diri dan juga kejayaannya.

“As the first woman to win album of the year twice, I want to say to all the young women out there, there are going to be people along the way who will try to undercut your success or take credit for your accomplishments or you fame,”- Taylor Swift

 SELAMAT TINGGAL DAVID BOWIE

IKLAN

Senario Dunia Muzik: Apa Yang Menarik Tentang Sejarah Dunia Muzik Hingga Kini?

Kehilangannya dirasai buat peminat muzik rock&roll. Siapa sangka, penyanyi berkaliber ini menghabiskan riwayat hidupnya pada usia 69 tahun akibat kanser. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Life on Mars ini menjadikan dunia muzik sepi seketika. Trademak corak kilat berwarna serta album Ziggy Stardustnya itu akan senantiasa menjadi titik tolak dalam menjadikan genre rock&roll mahupun glam rock sebagai genre yang menarik dan harus didengar oleh setiap lapisan masyarakat.

KEHADIRAN SAM SMITH

IKLAN

Senario Dunia Muzik: Apa Yang Menarik Tentang Sejarah Dunia Muzik Hingga Kini?

Stay With Me, Lay Me Down dan I’m Not The Only One merupakan taruhan utama buat penyanyi yang berasal dari negara Britain ini. Sama seperti Adele, kejayaan meraih 4 anugerah termasuk dua anugerah utama, Rekod Terbaik serta Lagu Terbaik pada anugerah Grammy 2014 menjadikan Sam seorang artis baru yang harus diberi perhatian. Setiap penulisan lagunya dicoret berdasarkan apa yang terjadi pada dirinya. Pernah dikecam di saat Sam memberi kenyataan di mana dirinya seorang gay, tidak pernah mematahkan semangat dirinya untuk berjaya. Hari ini, orang ramai menjadikan muziknya sebagai inspirasi untuk sentiasa percaya pada diri.

PERANG LAGU MARIAH CAREY & EMINEM

Senario Dunia Muzik: Apa Yang Menarik Tentang Sejarah Dunia Muzik Hingga Kini?

Ingat lagi lagu Obsessed dari diva terkenal Mariah Carey? Bagaimana pula dengan lagu The Warning dari kumpulan Eminem. Perbalahan kedua nama besar dalam dunia muzik menjadi perhatian ramai orang suatu ketika. Setiap lirik yang dibait dalam lagu The Warning jelas ia ditujukan kepada Mariah. Berbaur negatif, lagu itu mendapat kritikan dari sesetengah pihak. Masih tidak berpuas hati pada perkahwinan Mariah bersama Nick Cannon, Eminem menghasilkan lagu bertajuk Bagpipes from Baghdad, sindiran kepada Nick Cannon kerana memiliki Mariah. Hasilnya, Mariah pula membalas dengan lagu Obsessed. Apa yang menariknya, video muziknya menarik perhatian ramai apabila Mariah sendiri berpakaian lelaki seolah-olah menyerupai Eminem dalam video tersebut. Barangkali, isu ini men jadi antara isu terhangat dalam industri muzik dunia.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI