SAHARUL RIDZWAN

Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

Bentuk badan menarik bukanlah sesuatu yang ingin dijadikan kebanggaan tetapi lebih pada membina keyakinan diri. Pelakon popular Saharul Ridzwan ini walaupun kini semakin sibuk menguruskan perniagaan dan keluarganya, dia tetap mementingkan kesihatan tubuh badan juga penampilannya.

 

JAGA BADAN ANDA WALAUPUN SIBUK SEBAGAI AYAH

 Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

“Ketika di bangku sekolah, saya merupakan seorang remaja yang gemuk. Kerana kegemukan itu, saya disisihkan dan rasa rendah diri mula menyelubungi diri. Ketika itu, saya merasakan keyakinan diri berada di tahap paling rendah. Untuk tidak disisihkan rakan-rakan, saya cuba sedaya upaya untuk berdiet dan menurunkan berat badan.

Mungkin kerana tertekan, berat badan saya turun mendadak sehingga menyebabkan badan saya terlalu kurus. Tiga tahun lalu, saya mula menjadi ahli pusat kecergasan berhampiran tempat tinggal. Lapan bulan pertama saya melakukannya sendiri. Selepas faham dan tahu mengenai teknik workout yang betul, saya terus melakukannya. Saya juga dapatkan nasihat daripada beberapa orang yang punyai pengetahuan mengenai penjagaan tubuh dan cara workout.

Saya akan workout tiga kali seminggu dan baru-baru ini saya mula membuat senaman cross fit. Ia sememangnya amat berkesan dan bagus. Kesannya dalam dilihat dalam jangka masa yang agak cepat kerana ia memberikan tindak balas dari seluruh tubuh dan semua anggota badan.”

 Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

PENDORONG SEMANGAT

IKLAN

“Ramai, kebanyakannya rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Apabila melihat kawan-kawan lain mempunyai bentuk badan menarik dan sasa, saya juga menginginkan bentuk badan sedemikian. Mungkin pada mulanya sedikit sukar kerana terpaksa bekerja keras,  tapi lama kelamaan saya mula melihat hasil yang diinginkan.

Selain dari itu, keluarga juga turut memberikan dorongan untuk saya berusaha. Kata mereka, bukan semata-mata untuk bentuk badan menarik, tetapi penting juga menjaga kesihatan tubuh. Bagi saya, tidak rugi sekiranya kita menjaga kesihatan.”

Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

KEPENTINGAN MEMPUNYAI BENTUK TUBUH MENARIK

“Bagi saya, bentuk tubuh menarik memberikan kelebihan kepada kita terutamanya lelaki. Saya tidak membina bentuk badan menarik semata-mata untuk mencuri perhatian, tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan kepuasan diri sendiri.

Banyak faedah sebenarnya. Jika kita rajin bersenam dan workout, kita kurang alami penyakit. Setiap kali melakukan workout, tubuh akan membuang toksin-toksin yang boleh memberi penyakit dan menghilangkan stres”.

Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

IKLAN

PEMAKANAN DAN PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN

“Makanan tambahan semestinya perlu untuk pertumbuhan otot. Saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan. Untuk pemakanan pula, saya mengambil tiga hidangan setiap hari tetapi elak mengambil nasi dan makanan berminyak. Saya menggantikan nasi dengan mi dan sumber karbohidrat lain. Air kosong adalah penting dan perlu diminum dengan kuantiti yang mencukupi.”

Dulu Zaman Sekolah Saya Pun Gemuk_Saharul Ridzwan

 

LIMA CIRI-CIRI LELAKI MASKULIN

Berani

Sentiasa jujur dengan diri sendiri

IKLAN

Tegas dengan pendirian

Tampil dalam keadaan berkeyakinan

Bijak mengatur langkah dalam kehidupan

 

Nama:                          Mohd Saharul Ridzwan b Hashim

Nama panggilan:         Syarul

Tarikh lahir:                 26 Januari 1989

Asal:                            Bangi

Berat:                          73 kg

Tinggi:                         178 cm

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI