Kalau ke pasar raya anda boleh lihat pelbagai jenis susu yang dijual. Bila dah banyak sangat jenis susu, pasti anda pun boleh jadi keliru.
Namun dalam kebanyakan jenis susu yang dijual itu, rupanya ada satu jenis susu yang boleh jadi punca anda potong kaki. Jadi sebelum membelinya pastikan anda ketahui kegunaan dan khasiat susu tersebut untuk keperluan anda.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengungkap perbezaan beberapa jenis susu yang ada di pasaran. Dengan mengetahui perbezaan ini, memudahkan anda untuk membezakan antara susu yang bagus dan tidak untuk diminum.
Kau orang pernah alami situasi ni tak? Suruh suami beli susu penuh krim, lepas tu susu apa entah dia beli. Lain disuruh, lain dibelinya.
Ads
Ha, kau orang kongsikan senarai jenis-jenis susu ni pada suami kau orang. Tak pun pada anak dara kau yang tak kenal susu tu!
1. Susu Segar (Fresh Milk)
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
⚠️ Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Ads
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
ℹ️ Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Krim (Heavy Cream)
Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar (whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.
6. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
Ads
7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang inilah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
8. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
10. Krimer (Creamer)
Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan. OK, tu je! Semoga bermanfaatl
Pernah tak anda berhadapan dengan situasi di mana anda malas untuk ke gym tapi anda perlu gagahkan diri kerana badan anda mula besar dan tidak mula sakit-sakit. Tapi dalam pada masa yang sama, anda tidak punya waktu kerana terlalu banyak dokumen yang terpaksa anda selesaikan di pejabat. Ataupun anda terpaksa pulang ke rumah kerana anda perlu meneman isteri anda ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Mungkin anda boleh buat beberapa perkara ini yang bertindak seperti gym untuk menurunkan berat badan.
Cuba Band Paha
Sekiranya anda tidak menggunakan majoriti pergerakkan pada kaki anda, jangan biarkan duduk di dalam pejabat menghalang anda daripada berat anda kekal atau turun. Anda masih boleh bersenam, dan anda tidak perlu menggunakan pergerakkan yang berlebihan untuk melakukannya. Hanya gunakan getah paha semasa anda berada di hadapan komputer anda. Cipta masa ketika anda berhadapan dengan PC anda dan lakukan senaman kaki dengan menggunakan getah peha ini. Akan tetapi, melakukan senaman tanpa makan secara sihat juga tidak membolehkan anda kurus. Jangan pula mengunyah sambil bersenam di hadapan pc anda itu.
Senaman Cinta di atas katil
Senaman ini hanya boleh diaplikasi pada mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Tahukah anda, bahawa bersama pasangan anda juga merupakan senaman ringan. Menariknya senaman ini adalah, anda berasa puas dengan pasangan anda. Jadi, kepuasan batin pun anda dapat, fizikal anda pun akan merubah hari demi hari. Menurut penyelidik University of Montreal, wanita membakar 69 kalori secara purata, manakala lelaki membakar 100. Anda mungkin tidak memerlukan alasan untuk sibuk di bilik tidur. Dua dalam satu anda akan dapat. Jadi nikmatilah.
Makan di Rumah
Apabila anda hanya bermain gym selama satu jam dengan melakukan latihan berat, pasti selepas bersenam anda dan rakan-rakan akan ke kedai mamak untuk menikmati secawan teh tarik. Anda juga tahu, kalori yang anda masukkan selepas anda bersenam tidak setara dengan apa yang anda buang ketika di gym. Ini menyebabkan anda tidak dapat pergi jauh dengan badan anda. Sentiasa bawa bekal ke mana-mana sahaja ataupun makan kenyang-kenyang sebelum anda ke gym. Malah, kajian dalam Journal of the American Academy of Nutrition and Dietetics menunjukkan bahawa makanan purata adalah 1,205 kalori setiap seorang. Jadi luangkan masa di dapur kerana anda tahu apa yang anda letak dalam makanan anda. Jadi misi anda tidak akan tersasar.
Tukar rutin anda ke pejabat
Dengan cara berjalan sebenarnya dapat mengurangkan kalori harian anda. Jadi, selain daripada pergi ke pejabat dengan menaiki kenderaan sendiri, apa kata kalau anda naik pengangkutan awam ke pejabat. Naik kereta api seperti LRT dan MRT ke pejabat bukan saja dapat membakar kalori kerana berjalan, malah dapat menjimatkan masa dan wang anda. Jika ia sukar kerana pejabat anda jauh dari stesyen pengangkutan awam, letakkan kereta anda beberapa blok jauh dari pejabat anda dan apabila anda tiba di tempat kerja, gunakan tangga daripada menaiki lif.
Tidur
Saya tidak tahu anda, tapi saya gemar tidur. Ia adalah satu cabang untuk menurunkan berat badan. Tidak mendapat tidur secukupnya juga membolehkan berat badan anda naik dan tidak turun. Jadi, bila sampai masanya untuk tidur, jangan tahan mata anda. Senam secara berlebihan tanpa tidur yang cukup juga tidak membolehkan berat badan anda turun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sopak atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen.
Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.
Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.
Kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an, namun, ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina.
Walaupun sopak bukanlah suatu penyakit berjangkit ataupun penyakit yang boleh mengancam nyawa, ia juga boleh merosakkan kehidupan penghidapnya.
“Penyakit sopak ini walaupun pada dasarnya bukanlah satu penyakit yang berbahaya, tetapi ia mampu memberi kesan negatif kepada psikologi seseorang pesakit”Sekiranya penyakit ini melibatkan bahagian muka atau mana-mana bahagian yang tidak boleh ditutup, pesakit akan berasa malu dan rendah diri dengan keadaan mereka. “Tompokan putih di atas kulit juga kelihatan lebih ketara sekiranya pesakit mempunyai kulit yang gelap kerana kontras warna akan menjadi lebih jelas kelihatan.
“Untuk pengetahuan semua, penyakit sopak ini boleh menyerang beberapa kawasan badan secara serentak atau secara berperingkat-peringkat,” Kelakuan penyakit ini susah diramal kerana sesetengah pesakit mempunyai penyakit yang cepat merebak ke kawasan lain dan ada sesetengah pesakit yang mempunyai penyakit yang stabil, iaitu tompokan sopak tidak berubah menjadi lebih besar atau banyak.
Punca sebenar terjadinya sopak tidak diketahui secara sahih sehingga hari ini, bagaimanapun para doktor dan penyelidik masih terus menjalankan pelbagai kajian untuk mengesan punca atau asal-usul penyakit ini. Setakat ini apa yang boleh disimpulkan daripada hasil kajian dan penyelidikan ialah faktor genetik didapati memainkan peranan dalam penghasilan penyakit ini.
Sopak terjadi akibat daripada penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di kulit pesakit menyebabkan kemusnahan melanosit tersebut.
Kemusnahan melanosit akan menjejaskan penghasilan pigmen di kawasan yang terlibat dan menyebabkan kulit tiada pigmen (warna).
Rawatan yang sedia ada perlu diteruskan untuk jangka masa berbulan-bulan hingga bertahun-tahun dan pesakit perlu faham akan hakikat ini.
“Rawatan penyakit ini terdapat dalam beberapa bentuk bergantung kepada beberapa faktor. Faktor pesakit termasuklah keluasan permukaan kulit yang terlibat dan jenis sopak itu sendiri sama ada ia jenis stabil (tidak berubah) atau sebaliknya.
“Rawatan first line ialah dengan menggunakan krim yang mengandungi bahan immunomodulator yang akan mengurangkan atau memberhentikan kerosakan melanosit yang disebabkan oleh antibodi. Ini sekaligus memberi peluang untuk pigmen kembali mewarnai tompokan yang terlibat.
“Rawatan foto terapi iaitu rawatan yang menggunakan pancaran cahaya ultra violetjuga boleh dilakukan di hospital-hospital yang mempunyai kemudahan tersebut.
“Kini, terdapat juga rawatan laser excimer dan rawatan pembedahan yang melibatkan kaedah pemindahan sel kulit atau melanosit yang diambil dari kulit normal pesakit itu sendiri. “Namun, kaedah pemindahan sel atau kulit ini memerlukan kepakaran dan belanja yang tinggi.
“Oleh sebab itu, penggunaan kosmetik untuk menutup bahagian terlibat amat digalakkan, kerana proses untuk tompokan putih kembali ke warna asal akan mengambil masa. Penutupan kawasan putih dengan concealer dan sun block” boleh digunakan sementara menunggu pigmen itu kembali kelihatan pada mata kasar , Tompokan sopak perlu dilindungi dari terdedah kepada matahari kerana tanpa pigmen, kulit yang terlibat tiada pelindung dari kerosakan yang boleh disebabkan oleh matahari ”
Sopak bukanlah panau dan ia juga bukan albino walaupun pada peringkat awal, penyakit sopak boleh menyerupai beberapa penyakit kulit yang lain. Orang ramai yang ragu-ragu dengan tompokan putih yang ada pada mana-mana bahagian tubuh badan masing-masing agar berjumpa dengan doktor kerana rawatan yang dimulakan pada peringkat awal akan memberikan hasil yang lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.