Nampaknya semua dah buntu dan tidak tahu buat apa kan? Apa kata download apps sekurang-kurangnya ada aktiviti yang dibuat dan boleh keluarkan peluh anda.
Apps ini di beri nama HomeCourt di mana anda perlu berlatih seperti atelit dengan menggunakan peralatan secara virtual reality (VR).
Anda boleh bermain sorang diri ataupun secara duo (bersama rakan) untuk mencabar diri dari tugasan yang diberi.
Malah, ia juga bagus untuk bersenam dan keluarkan peluh anda di rumah. Terdapat banyak step antaranya seperti Shuttle Run, Lane Agility, Split Step Reaction dan Agility Herdles.
Ads
1. Pada awalnya anda akan diberi pilihan sama ada anda ingin membuat latihan vertical tanpa bola ataupun peralatan, Ball-handelling (apa yang diperlukan adalah bola) dan shooting (memerlukan bola dan jaring).
Ads
2. Masukan maklumat seperti Nama dan email, kemudian anda perlu masukan ketinggian anda.
3. Kemudian anda perlu menagkap gambar full body anda dan ikut arahan seterusnya.
Ketika membuang air kecil, pastikan tengok warna air kencing anda. Jangan sesekali memandang ringan dengan warna air kencing kerana ia boleh memberi petanda terhadap status kesihatan tubuh badan anda.
Warna air kencing yang normal ialah warna kuning pucat. Namun sekiranya warna air kencing anda berubah, rujuklah segera ke doktor untuk memastikan tahap kesihatan anda. Bimbang jika tidak ditangani segera boleh memudaratkan buah pinggang selain memberi masalah lain.
Dr Taufiq Razif berkongsi info penting tentang warna air kencing yang boleh menyelamatkan nyawa anda kalau dikesan di peringkat awal. Jadi mulai hari ini, pastikan anda sentiasa alert dengan sebarang perubahan warna pada air kencing anda.
Kalau kencing tu sekali sekala tengok la warna kencing tu juga ye. Tanpa kita sedar warna air kencing pun boleh jadi petanda tubuh badan kita tengah sakit ataupun tengah kurang air.
Tandanya korang minum air yang cukup. Cuma kalau jernih sangat sampai takde warna langsung, mungkin terlalu banyak air la tu. Warna kencing yang normal ialah kuning pucat.
Mungkin badan korang perlu lebih banyak air (dehydration). Cara nak rawat, minum air secukupnya. Tubuh lelaki kena dapat dalam 3L air sehari. Perempuan pula dalam 2.2L sehari ye.
Pewarna makanan tertentu boleh mengubah warna kencing menjadi hijau. Asparagus pun boleh buatkan air kencing jadi hijau. Boleh jadi juga korang tengah mengalami jangkitan pada pundi kencing. Sila jumpa doktor untuk kepastian.
Kalau untuk yang usia tua, boleh jadi disebabkan oleh masalah pada buah pinggang ataupun kanser pada prostat. Boleh jadi juga efek keracunan logam berat. Apa pun, jumpa doktor secepatnya ye.
Boleh jadi normal ataupun jadi juga ada protein abnormal dalam air kencing korang. Tu antara petanda ada kerosakan pada buah pinggang tau.
Ada kemungkinan korang penghidap kencing manis. Cuma benda ni petanda je, bukan cara nak diagnosis penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Sebaiknya pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran dan periksa di sana secepatnya.
Apa pun sila jumpa doktor ye kalau ada perubahan ketara pada bau dan warna air kencing ye. Kadangkala kekerapan atau frekuensi korang kencing pun boleh jadi petanda penyakit tau.
1. Kencing manis
2. Pundi kencing terlalu aktif
3. Minum banyak kafein
4. Jangkitan pada saluran kencing
5. Penyakit saraf dan lain-lain
Tolong saya, Dr Taufiq Razif sebarkan ilmu tentang kencing ni pada seluruh keluarga dan sahabat Facebook ye. Mungkin ilmu yang sedikit ni la yang boleh menyelamatkan nyawa mereka kalau dikesan di peringkat awal. Sila screenshot dan simpan ilmu ni kat handphone korang sebagai rujukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya ingin besarkan lengan, ada caranya jika anda dapat melakukannya secara konsisten.
Tidak semestinya perlu ke gym sahaja untuk mendapatkan lengan yang anda idamkan kerana senaman ini anda boleh lakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut mempunyai palang atau pull up bar.
Kali ini, MASKULIN kongsikan tiga jenis senaman untuk besarkan lengan dan dalam masa sama, meningkatkan saiz bicep serta tricep anda.
Kebiasaannya, Australia Chin Ups adalah senaman yang menggunakan palang rendah (setinggi pinggul). Kemudian, bergayut sambil tangan memegang palang dalam posisi tangan yang lurus. Rapatkan dada ke palang dan kembali pada kedudukan asal.
Untuk senaman Reverse Australia Chin Ups pula, anda harus memastikan tapak tangan menggenggam palang dalam posisi meniarap (muka ke tanah). Angkat badan dengan bengkokkan tangan dan luruskan tangan kembali. Senaman ini bagus untuk menguatkan otot lengan terutamanya ketika anda menarik badan.
Senaman Bar Curls ini hampir sama dengan Australia Chin Ups cuma elak merapatkan palang ke dada, sebaliknya angkat badan dan rapatkan palang dengan dahi dan kembali ke posisi asal sebanyak 10 kali.
Pilih palang yang tinggi, angkat badan ke atas serta pastikan muka dan leher anda melepasi palang. Kemudian, bawa badan ke depan dan ke belakang dalam posisi ‘in and out’. Kawal diri dan tahan badan anda agar tidak turun ke bawah. Lakukan senaman ini sebanyak 5 kali sebagai permulaan.
Letakkan lengan dalam posisi 90 darjah, angkat badan ke atas kemudian kembali ke posisi asal. Pastikan kaki diangkat dan badan anda tergantung. Lakukan posisi ini sekurang-kurangnya 7-10 kali.
Baring seperti anda membuat plank dan turunkan badan. Kemudian, tolak badan secara perlahan ke atas. Ketika di bawah, pastikan tangan anda dalam kedudukan huruf L. Lakukan senaman ini sebanyak 25 kali.
Ambil dua kerusi atau bangku dan letakkan satu sebagai penyokong tangan manakala satu lagi di bahagian kaki. Pastikan bahagian dada hingga ke betis tiada sebarang halangan. Kemudian, tampung berat badan anda dengan lengan dan turunkan badan ke bawah. Lakukan 10 kali.
MAKAN SECARA SIHAT PENTING UNTUK MENGHINDARI BEBERAPA MASALAH KESIHATAN YANG BIASA BERLAKU PADA BULAN PUASA SEPERTI SEMBELIT, MAKANAN TIDAK HADAM, KEMBUNG PERUT, PEDIH ULU HATI DAN KANDUNGAN GULA RENDAH DALAM DARAH.
IA JUGA PENTING UNTUK MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU BERPUASA DENGAN SELESA DI SAMPING MENDAPAT FADILAT RAMADAN. JUSTERU, MAKANLAH SECARA SEDERHANA DAN PASTIKAN PENGAMBILAN HIDANGAN SEIMBANG UNTUK KEKAL SIHAT PADA BULAN PUASA.
Walaupun berpuasa, kita perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis hidangan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia.
1.PILIH MAKANAN RINGAN DAHULU
Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh. Makanan yang diambil mestilah mengandungi kumpulan makanan berikut:
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin
– Buah dan sayur
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.
Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Justeru, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.
2.AMBIL KURMA DAHULU
Mengikut sunah Rasulullah SAW, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan saja kaya dengan tenaga, tetapi mengandungi serat, vitamin dan mineral.
Ini diikuti dengan separuh cawan jus buah-buahan. Selepas itu, bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta satu atau dua keping roti.
Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal. Namun, hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih, kek dan air manis sewaktu berbuka puasa.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun pada bulan puasa.
3.MAKAN SELEPAS TARAWIH
Makan malam yang lebih berat digalakkan sebaik saja selesai mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah satu setengah cawan nasi putih, seketul ikan atau ayam dan secawan sayur campur.
Jika boleh, elakkan makanan berminyak dan bersantan. Ambil buah serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.
Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, satu atau dua ketul kuih dan segelas susu.
4.MINUM AIR MASAK BANYAK SEMASA BERBUKA
Lebihkan pengambilan air kosong. Pengambilan makanan berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
Sembelit pada bulan puasa adalah masalah yang mungkin boleh berlaku disebabkan kita kurang minum air dan makanan berserat serta banyak makan makanan diproses.
Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah serta sayur. Pastikan ambil enam hingga lapan gelas air, tiga hidangan sayur dan setengah cawan sayur serta dua biji buah sehari.
Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah atau sup sayur. Untuk mengelakkan kehilangan air dari dalam badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman.
Pengambilan air mencukupi
Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil enam hingga lapan gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit.
Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun, kita boleh mengambil air dalam bentuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Ketika berbuka puasa, digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya.
Selain minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah. Berikut beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan pengambilan air:
– Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
– Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur.
– Minum dua gelas air sewaktu bersahur.
BERIKUT BEBERAPA PANDUAN UNTUK ANDA KEKAL CERGAS PADA BULAN PUASA
– Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
– Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
– Minum banyak air terutama air kosong untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
– Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat makanan oleh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.