Hajat di hati nak kurus tapi tak sedar rupanya anda masih tak boleh tinggalkan tabiat buruk. Patutlah berat susah nak turun.
Sebenarnya nak buang lemak dalam badan impaknya macam anda pergi berperang. Punyalah susah tapi kalau ada kesungguhan, akan ada hasilnya nanti.
Ternyata lemak antara kandungan dalam badan yang sukar untuk dihapuskan. Ditambah lagi dengan rutin dan tabiat buruk yang anda lakukan setiap hari, makin bertimbunlah lemak menempel di badan.
Macam-macam cara anda sudah cuba namun masih tak berjaya kurus. Cuma semak perkara ini, mungkin enam tabiat buruk ini menjadi punca berat anda susah nak turun.
Hormon kortisol yang keluar ketika stres boleh merangsang nafsu anda makan lebih banyak. Bila stres, hormon ni akan melambatkan lagi metabolisme dan membuatkan lemak dalam perut makin terkumpul. Pastikan anda jangan stres!
2. Selalu berjaga malam
Ramai lelaki suka berjaga malam. Kajian mendapati, kurang tidur boleh meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon kenyang. Malah kajian juga membuktikan, tidur kurang daripada empat jam sehari akan menyebabkan obesiti. Mana tak berat susah nak turun kalau lewat malam pun anda masih makan. Betul tak?
Makanan berlemak yang terkumpul dalam badan akhirnya boleh menjadi lemak degil. Garam yang diambil berlebihan pula boleh mengakibatkan hipertensi dan cecair akan terkumpul dalam badan. Kalau nak ikutkan selera tekak makan makanan yang sedap-sedap, alamatnya memang susahlah berat badan anda nak turun.
4. Makan tak kira tempat
Tabiat yang ini pun susah lelaki nak tinggalkan. Sambil tengok tv atau sambil mengadap komputer, sambil itulah anda sumbat makanan dalam mulut. Akhirnya tak sedar berapa banyak yang dah anda makan, selain tak dapat menikmati makanan dengan sebaiknya. Akhirnya membuatkan anda rasa lapar lagi walaupun sudah makan.
Bila perut sudah kenyang, mulalah anda malas nak bergerak. Apa salahnya sambil bekerja, anda lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Bukan lama pun, hanya ambil masa lima minit setiap satu jam. Kalau tak pun, selepas satu jam bangun dan berjalan sekitar pejabat. Sekurang-kurangnya anda boleh membakar kalori daripada duduk diam tak buat apa-apa.
6. Jarang ambil produk tenusu
Yogurt bebas lemak, keju atau susu jarang-jarang lelaki makan jika nak dibanding dengan wanita. Anda perlu tahu, produk tenusu seperti ini mempunyai lemak yang rendah dan mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Khasiat kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak di tubuh. Jadi amalkanlah minum susu selepas ni!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menikmati makanan enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Mana tidaknya, perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini dan bukannya makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.
Jika ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.
Bentuk struktur seperti kristal
Banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu dari struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing akibat masalah kekurangan air dalam tubuh badan manusia.
“Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik, yang mana mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.
“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadang kala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter). Ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak.
Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor, pendarahan dan pendarahan dalam kencing, malah jika dibiarkan boleh mengakibatkan maut.
“Meskipun tidak banyak kes kronik yang menyebabkan kematian, penyakit ini jika dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit kritikal lain seperti kanser prostat sekali gus meningkatkan risiko kes kematian.
Lebih ramai pesakit lelaki
Tambahnya, masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.
Fakta itu dibuktikan menerusi kajian global yang melaporkan tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang disebabkan gaya hidup.
“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari sekali gus menyebabkan berlaku dehidrasi. Selain itu, gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang mengalami kegemukan dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca mereka mendapat batu karang,” katanya.
Selain itu, saluran air kencing lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan itu, namun risiko berkenaan boleh dikurangkan jika mereka mengubah gaya hidup.
“Apa yang penting, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.
Kencing bernanah
Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan batu karang besar yang menyebabkan buah pinggang atau saluran buah pinggang tersumbat. Air kencing bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.
“Jika seseorang itu mengalami kencing berdarah, air kencing kotor, sakit di kawasan pundi kencing, wujud butiran pasir di dalam air kencing dan demam serta badan menggigil, kebarangkalian individu ini menghidap penyakit ini adalah tinggi.
“Jika ada gejala ini, jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan),” katanya.
Bagi pesakit yang mempunyai saiz batu karang kecil, mereka perlu minum air dengan banyak selain perlu mengambil ubat tahan sakit dan ubat untuk menghancurkan batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.
“Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing,” katanya.
INFO
Jenis batu karang
– Kalsium
– Asid urik
– Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
– Cystine
Faktor risiko
– 10 peratus daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang
– Kerap berlaku di negara bercuaca panas
– Gaya hidup yang kurang aktif
– Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
– Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
– Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang
– Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang
Gejala
– Kencing berdarah
– Sakit belakang/kawasan pundi kencing
– Wujud butiran pasir di dalam air kencing
– Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
– Demam dan badan menggigil
– Kencing kotor
Rawatan Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)
– Kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan
– Membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang
– Kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing
– Sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X
– Pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan
– Rawatan pesakit luar
Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)
– Pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang
– Tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound
Litotripsi Ureteroskopi (URS)
– Pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang
– Kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang
– Batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara
pneumatik atau laser melalui skop
Vesikolitotripsi
– Pembedahan untuk memecahkan batu karang di pundi kencing
– Kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga untuk memecahkan batu karang
Pencegahan
– Banyakkan minum air
– Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang
– Elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa kepada risiko pembentukan batu karang
– Protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan adalah kira-kira 150g sehari
Makanan yang menggalakkan pembentukan batu karang
– Kacang tanah, walnut, gajus, kacang dal
– Ikan bilis, ikan sardin
– Bayam, cendawan
– Organ dalaman haiwan, daging merah
– Makanan laut seperti kerang, ketam dan udang
– Kentang, keledek
– Teh, coklat, soya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saban hari kita digemparkan dengan peningkatan kes kematian mengejut sama ada dari kalangan yang kita kenali ataupun tidak. Lebih membimbangkan, golongan muda juga ternyata berisiko tinggi. Anda mungkin tampak muda, sihat dan cergas, namun tidak bermakna anda bebas.
Sekiranya dahulu, penyakit jantung mahupun strok sering kali menyerang individu dalam lingkungan 50 tahun ke atas, namun kini golongan muda malah mereka yang aktif bersukan tidak terkecuali. Sejak akhir ini, golongan muda (25-35 tahun) telah menyumbang sebanyak 25% pada kenaikan skala kematian mengejut di Malaysia. Aktif, cergas dan bertenaga namun masih berisiko. Di mana silapnya??
Kenali Puncanya
Kajian perubatan global membuktikan kebanyakkan kes mati mengejut melibatkan masalah denyutan jantung yang berhenti secara mengejut (SCA) dan ia mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding penyakit lain seperti barah atau AIDS. Dianggarkan dua dalam setiap 10 kes kematian mengejut (SCD) berpunca daripada kegagalan jantung untuk berfungsi. Malah, individu yang dipercayai mengamalkan gaya hidup sihat seperti aktif bersukan juga tidak lari dari menghadapi risiko ini.
Berdasarkan kajian dari Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Shaiful Azmi Yahaya (dipetik dari Kosmo, 10 Apr, 2011), punca utama serangan jantung mengejut ialah penyumbatan pada saluran arteri jantung, masalah kongenital dan injap jantung yang sempit boleh mendatangkan serangan tanpa sebarang tanda. Dan kolesterol adalah halangan utama yang mengganggu kelancaran saluran darah di bahagian jantung. Ditambah pula lemak yang turut menyempitkan saluran tersebut. Keadaan ini jauh lebih teruk bagi golongan perokok dan penghidap kencing manis.
Aktif Bersukan Namun Masih Berisiko?
Bagi golongan muda pula, aktif bersukan tidak bermaksud anda kekal sihat. Senaman dapat membantu mengekalkan kesihatan tetapi ia perlu disokong dengan pengambilan makanan yang seimbang serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memang ada orang yang mengamalkan rutin senaman atau bersukan tiga atau empat kali seminggu, pergi ke gim, terapi dan lain-lain tetapi bersenam sahaja tidak cukup untuk tampil sihat sekiranya kadar kolesterol/lemak dan gula di dalam badan tidak dijaga sebaiknya.
Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak dan makanan fungisional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular. Dalam artikel ini anda dapat mengetahu bagaimana Anggur memberi kesan yang positif terhadap kesihatan anda.
Melindungi kulit dari kanser.
Kajian menunjukan bahawa anggur mengandungi Resveratrol yang positif untuk melawan penyakit kanser. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B. iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser. Penggunaan ekstrak biji anggur pada kulit dapat melindungi radiasi sinaran uv matahari. Dengan itu, dapat melindunginya daripada kanser kulit.
Melindungi jantung
Dalam satu kajian menunjukkan bahawa resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu meningkatkan pelebaran pembuluh darah yang membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah melalui pembuluh darah. Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah serta melancarkan peredaran oxygen dan nutrisi ke setiap bahagian dalam tubuh badan kita. Kajian lain juga, menyatakan bahawa dengan 10mg resveratrol anggur mampu menghasilkan penurunan yang dramatik terhadap risiko serangan jantung.
Melawan Diabetes.
Resveratrol yang terkandung dalam anggur mampu mengurangkan paras gula dalam darah sebanyak 10%.
Merangsang penurunan berat badan.
Resveratrol yang terkandung dalam anggur memberi kesan penurunan berat badan yang positif melalui 2 cara yang berbeza – iaitu pengurangan secara drastic dalam mengurangkan keupayaan sel untuk menyimpan lemak dan ia akan merangsang pemecahan lemak di dalam badan.
Menguatkan ingatan.
Buah yang kecil dan manis ini juga sangat bagus dalam meningkatkan daya ingatan kita. Tidak kiralah anggur yang berwarna apa pun, kandungan antosianin dan quercetin di dalamnya diyakini mampu menguatkan daya ingatan.\
Mengaktifkan Gen.
Dalam satu kajian saintis mendapati kandungan resveratrol yang terdapat dalam anggur adalah nutrient yang mengaktifkan gen manusia untuk terus aktif yang memungkinkan usia lebih panjang.
Menolong memulihkan otot.
Sebagai antioksidan ia menyokong sel-sel dan organ-organ untuk menghapuskan asid urik dan toksin lain di dalam badan dan ia juga membantu memulihkan otot-otot rosak yang di alami oleh para atlet.
Menigkatkan kuasa minda.
Dalam satu kajian di British, pelajar yang diberikan jus anggur (resveratrol) dapat meningkatkan aliran darah ke otak mereka sehingga 200%. Ahli-ahli sains percaya resveratrol boleh membantu mempercepatkan tindak balas mental kita.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.