Bagi yang serius nak diet, ini ada idea jimat pilih makanan diet. Nak pilih makanan diet pun kena ada caranya agar ia memudahkan anda untuk masak. Lagipun lebih baik masak sendiri kerana anda lebih tahu kalori yang bakal diambil.
Perkongsian idea Coach Ina Fitlife ini boleh dijadikan panduan bagi memudahkan anda memilih makanan diet dan barang-barang keperluan dapur. Semoga ia bermanfaat untuk anda yang serius nak diet.
Seperti yang ina janjikan kelmarin, ina akan share tips tips mudah yang Ina selalu gunakan setiap kali nak restock bahan bahan dapur atau bahan basah di rumah. Almaklumlah, hujung minggu kan ? Dah restock ke bahan dapur?
Sharing is caring. Tips yang pertama sekiranya anda serius nak turun kan berat dan lemak badan :
1. Kurangkan makan makanan yang berproses.
2. Pilih bahan segar.
3. Make it simple dan tak perlu complicated. Nak kurus tak semestinya ikan salmon dan rempah oregano dan parlsey je. Banyak lagi idea idea menarik yang lain. ❤️
4. Bila shopping di pasar raya. Ikut tips mudah ini. Boleh klik di link ini faham dengan lebih mudah tips tips mudah ketika membeli.
Tips simple yang saya amalkan. Kadang kadang saya restock bahan bahan di kedai runcit depan rumah. Tak pun di pasar malam.
Sape cakap nak kurus tu susah dan mahal. Lagi senang dan jimat tauuu. Sebab kite dah kurangkan makan makanan yang unhealthy seperti fast food dan sebagainya. Jom cuba ??
Nak turun berat, tak semestinya kena beli ikan salmon je. Banyak lagi pilihan protein yang kita boleh pilih.
Cara masakan juga mempengaruhi penurunan lemak dan berat. Jadi elakkan lauk bergoreng atau lauk yang dimasak dua kali seperti ayam goreng kicap dan sambal ikan.
Kalori makanan yang bergoreng ni double tau. Kenapa double, sebab penggunaan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Ikan merah boleh buat sup.
Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas.
Ikan tenggiri boleh buat singgang.
Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.
Ikan kerisi boleh buat apa ya? ???
Tauhu tu saya boleh buat tofu pedas ala ala korea tu. tak pun buat tauhu sumbah. Wahhhhh ❤️❤️❤️
Ads
Tempeeeeee tu boleh buat sup ?
Wrap tu saya beli di Ikea
LANGKAH 2
Peti ais lebih organize. Untuk yang berkeluarga, anda boleh simpan stok ikan/ayam seperti ini dan boleh bahagikan mengikut hari hari.
Contoh nak buat tomyam ke , kari ke , ayam masak kunyit ke dan sebagainya.
INGAT !!!
Cara masakan sedikit sebanyak mempengaruhi penurunan berat badan anda.
Di bahagian atas, saya dah asingkan ikan mengikut jenis jenisnya.
Ikan merah boleh buat sup.
Ikan kembung boleh buat bakar bakar atau asam pedas
Ikan tenggiri boleh buat singgang.
Ikan bawal boleh buat steam / masak schezuan atau bakar. Wah banyak ideaaaa.
Ikan kerisi boleh buat apa ya ? ??
LANGKAH 3
Ads
Simple je kan rempah yang saya gunakan untuk masakan setiap hari
3 benda wajib yg saya gunakan setiap kali nak buat rencah atau “sos” ikan percik.
Gabugan 3 beradik ni memang best. Macam macam rencah saya boleh buat ?
LANGKAH 5
Wahh dah siap tersusun. Simple kan ?
No problem kalau anda boleh beli rempah seperti oregano, parsley, dan sebagainya. Ini adalah contoh mudah.
LANGKAH 6
Wajib lahhhh setiap kali restock bahan dapur.
LANGKAH 7
Untuk sayur, ikut lah kreativiti anda dan jenis masakan yang anda nak masak minggu itu.
Ads
LANGKAH 8
Salah satu tips yang paling powerful sekiranya anda betul betul nak turunkan berat badan adalah kurangkan pengambilan makanan yang berproses seperti nugget, fries, air kotak, biskut, dessert, bebola dan sebagainya.
Makanan yang berproses ni mengandungi kandungan Garam, pengawet, MSG dan lemak yang tinggi. Jangan tertipu dengan iklan di packaging. Semak dulu nutrition label.
Untuk snacking, saya prefer ( buat pilihan salah satu ) sama ada :
1. Epal hijau 2. Epal merah 3. Lai kuning
4. Plain Almond ( almond lebih baik kandungan lemak berbanding gajus dan walnut. Elak kacang salut salut tau )
5. Roti wholemeal sekeping sahaja
6. Jambu batu
Buah yang tidak dikunyah seperti tembikai dan anggur yg mempunyai air yg banyak mengandungi kandungan gula yg agak tinggi.
Buat pilihan buah yang betul juga ya
LANGKAH 10
Untuk snacking, roti wholemeal.
Saya sarankan roti wholemeal Yang berwarna Ungu dan Hijau tua.
Yang purple lebih bagus kerana kandungan GI nya yang lebih rendah, pada masa yang sama lebih membantu untuk kita kenyang dan turunkan berat badan.
LANGKAH 11
Pilihan peanut butter yang sesuai.
LANGKAH 12
Variasikan pilihan snacking. Kadang kadang snek pagi sy ambil buah. Snek petang saya ambil badam 10 biji. Elakkan badam yang bersalut atau dipackaging. Tak lah bosan kan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.
2 BERHENTI MEROKOK
Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.
3 OLAHRAGA
Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.
4 GOSOK TUBUH
Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.
5 LEMBAPKAN KULIT
Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.
6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.
7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.
8 URUTAN
Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.
Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.
Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.
Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda pernah berada pada situasi ini. Rakan anda mengambil makanan dengan kerap dalam masa sehari seperti nasi lemak, ayam goreng, mi goreng dan tidak melakukan senaman tetapi tidak pula badannya tergolong dalam obesiti. Anda punyalah susah mengawal diet tidak pula kurus macam kawan anda tu. Adakah anda berasa pelik? Adakah anda patut menyerah kalah?
Keradaan ini ada berkait rapat dengan kadar metabolisme dan genetik seseorang. Secara ringkasnya, metabolisme adalah proses kimia yang menukar bahan makanan ke dalam bentuk tenaga. Ada orang yang dilahirkan dengan metabolisme tinggi, jadi dia sukar mendapat kegemukan. Manakala orang yang mempunyai metabolisme rendah mudah mendapat kegemukan. Metabolisme akan mula menurun pada umur 25 .
Semakin meningkat umur seseorang tu, makin rendah metabolismenya. Kita akan perasan orang yang berumur 30 tahun nampak sedikit gemuk dan seterusnya. Kadar metabolisme seseorang itu berbeza mengikut jantina, umur, genetik, tahap aktif, dan sebagainya.
Untuk mengelakkan seseorang tu menjadi obesiti, ia bergantung pada berapa cepat kadar metabolismenya. Metabolisme boleh di tingkatkan dengan beberapa cara selain bergantung pada genetik. Salah satu caranya adalah meningkatkan penggunaan tubuh badan dengan menambah otot-otot. Lagi banyak otot seseorang itu, lagi banyak jumlah kalori untuk dibakar.
Cara meningkatkan Metabolisme
– Melakukan ‘weight training’
– Senaman kardiovaskular
-Minum air secukupnya
-Jangan elak makan pada waktu yang ditetapkan
-Aktifkan tubuh anda dengan aktiviti harian
Goblet Squat
Senaman squat penting kerana senaman ini menggunakan pelbagai otot kaki berbanding dengan senaman yang lain. Lagi banyak otot digunakan maka lagi banyak kalori di perlukan untuk dibakar. Letakkan dumbbell di hadapan anda dengan merapatkan siku ke badan. Mulakan squat dengan posisi berdiri tegak, pandang ke hadapan. Squat serendah 90 darjah dan ulangi langkah ini sebanyak 30 kali.
Static Reverse Lunge
Berdiri dengan membuka kaki anda, langkah ke belakang dengan jarak yang optimal dan pastikan tubuh dalam keadaan stabil. Semasa anda melangkah ke belakang, pastikan anda dalam posisi 90 darjah. Tolak kembali tubuh anda ke hadapan. Sekiranya mudah bagi anda, tambah bebanan dengan meningkatkan berat dumbbell. Lakukan sebanyak 30 kali.
T Formation Press-up
Senaman bagi meningkatkan kekuatan pada oblique serta otot abdominal anda. Mulakan pada posisi push up, kemudian pusing ke kanan jadi berat badan anda akan diletakkan pada tubuh badan anda di bahagian kiri kemudian tukar posisi. Lakukan sebanyak 30 kali.
Mountain Climber
Mulakan dengan posisi seperti push up. Kemudian, angat satu kaki anda dan rapatkan lutut pada dada. Sentuh kembali kaki pada lantai dan lakukan pada sebelah kaki lagi. Lakukan senaman ini selama 1 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.