Apa? Ingat lelaki sahaja suka pandang bahagian punggung wanita? Adakah anda tahu wahai golongan lelaki sekalian bahawa wanita juga memiliki sifat nakal yang serupa?
Ya, mereka akan menjeling punggung anda secara diam-diam tanpa anda tahu! Kemudian, kena pula kalau dia bercerita kepada rakan-rakannya, “Den pun tak boleh tolong!”
Tetapi apa-apa pun, penulis beranggapan itu sebagai perkara normal. Selagi mana mereka melirik nakal terhadap bukan sesama jantina, syukurlah persekitaran anda masih selamat.
Sehubungan itu, pasti ada lelaki yang sedang meneliti punggung masing-masing sekarang bukan? Lebih-lebih lagi wujud persoalan, “Mantap tak punggung aku ni?”
Menerusi entri kali ini, jom selesaikan kekusutan anda itu, Maskulin kongsikan 5 cara lelaki boleh buat tarik perhatian wanita ‘di bahagian itu’ :
1. Squat
Ini adalah senaman paling asas untuk membina punggung. Fungsi punggung adalah hip extension. Dalam hal squat, ia adalah bahagian yang menolak dan menegakkan badan anda apabila anda berdiri. Nak aktifkan lebih otot punggung? Cuba buat deep squat atau front squat.
2. Hip Thrust
Biasanya, siapa yang buat senaman ini akan dipandang pelik dalam gym. Mana tidak, cara perlaksanaannya boleh timbulkan tanda tanya (macam humping). Tetapi, inilah senaman yang cukup power untuk menguatkan pinggul anda! Malah, nak kuat dalam gym dan dalam kualiti hidup seharian, anda kena buat senaman ini.
3. Donkey Kick
Ini boleh dikira sebagai senaman yang digemari kebanyakan wanita. Siapa kata senaman kena ikut jantina? Yang berkesan untuk wanita akan berkesan juga untuk lelaki. Donkey kick, kelihatan mudah, tetapi akan buat punggung anda menjerit kepanasan. Berkemungkinan besar akan rasa sakit yang amat keesokan harinya!
4. Hip Extension
Tak banyak gym ada mesin ini. Jika anda ada mesin tersebut, maka gunakan. Jika tidak, anda boleh guna resistance band untuk mensimulasi bebanan seperti menggunakan mesin. Daripada namanya sahaja, ia menunjukkan pergerakan utama otot punggung iaitu hip extension (menolak peha ke belakang).
5. Bridging
Senaman yang paling popular dalam dunia fisio. Kerap digunakan untuk pesakit yang ada masalah lutut, belakang, dan postur yang lemah. Senaman ini digunakan untuk menguatkan otot punggung. Anda boleh ubah suai untuk menjadikannya susah. Salah satu caranya adalah dengan menolak dengan sebelah kaki sahaja, yang lagi sebelah diluruskan ke hadapan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI