Bercakap tentang denim ia merupakan salah satu bentuk material yang memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki.
Material denim yang tahan lasak, selesa serta membawa imej maskulin telah berjaya merentasi pelbagai era serta gaya selama berdekad-dekad lamanya.
Jika suatu ketika dahulu industri penghasilan jeans dipelopori pelbagai jenama dari Amerika Syarikat dan Jepun. Namun kini anak tempatan juga telah mampu berdiri sama tinggi dan bermegah dengan rekaan jenama sendiri.
Bagi anda pengikut trend denim pastinya pernah mengikuti tentang kisah 3 orang anak muda dari Besut melahirkan jenama jeans mereka sendiri dikenali sebagai Raw Denim House. Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin bersama abangnya Ahmad Syukri Kamarudin dan rakanya, Muhamad Aidil Akhyar pada suatu ketika tular dengan rekaan jeans berkualiti tinggi jenama mereka.
IDENTITI TERSENDIRI
Lambang ‘cakar ayam’ sebagai tanda jenama di poket belakang jeans mencerminkan mitos tempatan yang menceritakan bagaimana Besut menjadi satu daerah di negeri Terengganu, seiring dengan usaha berterusan untuk mengekalkan identiti asal yang menerapkan falsafah hidup anak-anak kelahiran Besut dalam hasil karya tempahan khas mereka.
“Saya memang berminat tentang jeans lebih-lebih lagi aspek artisan dalam pembuatan jeans.Kami memberi tumpuan mengekalkan keaslian mencipta jeans dengan menggunakan mesin klasik dari tahun 1940-an.
“Kami melihat usaha ini sebagai satu bentuk seni di mana setiap hasil kerja yang kami cipta adalah unik dan lain daripada yang lain dan kami mahu mengekalkan nilai artisan dalam pembuatan jeans,” ujar Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, pengasas RDH yang baru-baru ini menerima ‘Anugerah Tokoh OKU Negeri Terengganu’sempena perayaan Maal Hijrah lalu.
Ads
SOKONGAN ILTIZAM
Mereka juga merupakan antara usahawan yang turut diberikan bantuan oleh ILTIZAM bagi menambah baik proses serta mencari jalan mengembangkan perniagaan. Menerusi program dimainkan oleh ILTIZAM, jenama Raw Denim House boleh dikembangkan ke peringkat lebih tinggi lagi.
“Pada permulaan kerjasama tersebut, ILTIZAM EMP menggunakan peralatan program untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh RDH. Berasaskan maklumat tersebut, ILTIZAM telah memulakan inisiatif untuk menambah baik proses perniagaan, pemasangan sistem kewangan dan membina laman web e-dagang interaktif untuk jeans tempahan ‘made-tomeasure’ untuk RDH.
Ads
“Kami sasarkan untuk sempurnakannya menjelang akhir tahun ini. Matlamat kami adalah untuk memastikan inisiatif-inisiatif ini akan menambah baik operasi dalaman RDH dan juga meningkatkan daya tarikan pasaran jenama dan produk mereka,” kata Hizwani Hassan, Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).
Jeans tempahan khas RDH dijual pada harga RM450 dan ke atas dan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook, Instagram, talian mudah alih 013-580 5351 atau di studio RDH di Lot 373, Aras 2, Jalan Dato’ Haji Hussin, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu.
Dalam pada itu, ILTIZAM juga mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang bertekad mahu mengembangkan perniagaan mereka dan menyertai ILTIZAM EMP. Pemohon yang berminat
boleh memohon untuk menyertai program menerusi e-mel di csr@ekuinas.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki terutamanya yang ingin tampil elegan dan mempunyai pekerjaan sebagai eksekutif antara pakaian yang wajib anda miliki ialah sepasang sut.
Sesuai dengan penampilan pemakaian yang segak, sut memberikan imej elegan dan maskulin buat seorang lelaki.
Oleh itu memang amat penting anda memilih sut yang sesuai mengikut saiz badan. Semua orang mempunyai saiz badan berbeza-beza dan tidak semua potongan sut sesuai untuk sembarangan.
Mungkin anda sendiri pernah lihat ada orang mengenakan sut yang menggelebeh terlalu besar atau sut yang senteng singkat disebabkan fizikal seseorang itu lebih besar atau tinggi.
Ingat penampilan anda mamberikan first impression yang sangat penting apatah lagi jika pertama kali bertemu dengan orang penting seperti klien dalam kerjaya anda. Untuk mencari sut yang sempurna untuk jenis badan anda sebenarnya tidaklah memakan belanja yang terlalu.
Apa yang penting anda harus tahu sut manakah yang betuk-betul sesuai dengan anda!
FIZIKAL PENDEK
Ramai orang kata insan yang bersaiz kecil sukar untuk bergaya. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Apa yang anda perlukan adalah sut yang ada dua butang sahaja pada jaket. Ia akan membuatkan badan anda kelihatan lebih tinggi.
Dan pastikan juga jaket anda berakhir pada empat ke lima inci di bawah pinggul. Minta tukang jahit anda untuk buang sebarang kelompangan pada seluar supaya anda akan kelihatan lebih tinggi.
Pemilihan warna juga sangat penting. Untuk anda berfizikal pendek sut yang berwarna gelap yang medium ataupun gelap secara keseluruhannya paling sesuai. Ini kerana jika anda pakai warna tunggal dari kepala hingga ke kaki itu hanya buat badan kelihatan lebih panjang.
Bagi anda yang sedikit gempal seleok-eloknya elakkan pilih baju yang bercorak. Sebaliknya pilihlah sut yang bercorak pinstripes yang menegak. Ia akan memberikan ilusi orang memandang dan alih perhatian mereka daripada melihat saiz badan anda.
Sut dua butang juga akan mampu mengetengahkan bahu anda dan memanjangkan tubuh anda dan dengan ini akan membantu anda kelihatan lebih ramping dengan serta-merta.
BADAN KURUS
Sebolehnya anda kekalkan lapel iaitu bahagian dada baju yang berlipat ke tepi. Pastikan ia ia tidak lebih dari ukuran 2.5 inci. Inilah saiz dan ukur yag sesuai dengan anda.
Selain itu, jika sut anda ditambah lapisannya dibahagian dada, itu adalah satu perkara yang baik kerana ia akan menambah lagi kepenuhan kepada baju itu dan membuat badan anda kelihatan lebih tegap.
TINGGI LAMPAI
Jejaka yang mempunyai fizikal tinggi perlu memilih jaket tiga butang. Ia merupakan pilihan yang paling sesuai dengan bentuk badan anda. Berbeza dengan sut dua butang yang berfungsi untuk manampakkan badan lebih tinggi. Bagi anda itu tak perlu.
Namun anda harus elak jaket dan seluar yang senteng. Gaya ini hanya kelihatan cantik buat lelaki yang mempunyai ketiggian yang sederhana sahja. Jika anda memakaikan ia akan membuatkan anda kelihatan seperti memakai seluar kurang saiz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Salahkah lelaki pergi ke kenduri kahwin hanya dengan memakai t-shirt dan jeans? Adakah ia sesuatu yang berlanggaran dengan hukum syarak?
Pengantin tak kata apa
Namun begitu, kebanyakan masanya penganti tak ada kata apa pun. Mereka OK sahaja asalkan yang dijemput itu datang untuk meraikan mereka.
Sebaliknya orang lain pula yang sibuk complaint, “Itu kena dan itu tak kena,” di mata mereka yang bergelar ‘hakim masyarakat’.
Mufti kata asalkan menutup aurat
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid juga sempat berkongsi pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan seseorang lelaki mamakai -shirt ke majlis perkahwinan asalkan pakaian yang dipakai itu menutup aurat.
Katanya, konsep Islam senang sahaja. Pakaian yang diharuskan adalah pakaian yang menutup aurat.
Bukan sahaja majlis walimah. Apa-apa sahaja majlis sekalipun adalah menjadi kawajipan setiap manusia menutup aurat.
Tetapi bagi segelintir kaum wanita yang berpakaian cantik tetapi sehingga menampak bentuk tubuh dan menguirkan nafsu kaum lelaki, itu bagaimana pula?
Perlu didiskriminasikan kerana mereka berpakaian cantik dan lelaki berpakaian ‘biasa’ perlu dikecam umpama melakukan dosa besar di sisi mata masyarakat?
Tiada kod etika pemakaian
Lagi pun tidak semua orang kaya dan mampu membeli baju mewah untuk dipamerkan semata-mata mahu memuaskan mata orang lain untuk melihatnya.
Ada juga orang kaya yang gemar berpakaian biasa kerana tidak mahu menjadi perhatian mereka yang ‘sangap’ menjadi kaki kikis atau berkepentingan.
Ada juga yang sedang bekerja singgah ke kenduri untuk memenuhi jemputan pengantin tapi siapa kita untuk menjatuhkan hukum berdasarkan situasi yang kita sendiri pun tak bertanya kepada mereka.
Lelaki ini hipokrit
Akhir kata, lelaki ini juga sebenarnya memiliki sikap hipokrit termasuk ketika berpakaian. Lelaki takkan pakai smart-smart kalau sesuatu majlis itu tiada kepentingan baginya.
Lelaki akan pakai smart bila :
1. Hadiri temuduga (untuk dapat jawatan)
2. Majlis awam (untuk cari pasangan)
3. Buat MLM (untuk tarik kepercayaan orang)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuba anda fikir sejenak. Berapa banyakkah pakaian anda terutamanya baju atau kemeja yang berwarna merah jambu atau lebih mesra dengan panggilan pink.
MASKULIN yakin ramai di antara anda juga mengelak daripada memiliki bukan sahaja baju malah apa jua barang peribadi yang mempunyai warna ini.
Sebenar dari manakah datangnya idea bahawa pink ini hanya untuk gadis dan wanita?
Zaman sudah berubah. Kini lelaki zaman moden lebi terbuka dan selesa untuk menggayakan warna pink. Malah tidak keterlaluan jika MASKULIN katakan warna pink mempunyai daya tarikan tersendiri terutama di kalangan wanita.
Ini 5 sebab mengapa anda boleh menggunakan pakaian berwarna pink.
PERNAH JADI WARNA POPULAR MASKULIN
Menurut sejarah lelaki pada zaman kurun ke-18 menggayakan warna pink tanpa sebarang stigma. Malah warna ini sangat popular pada sut yang mempunyai sulaman berwarna pink. Outfit in dianggap sebagai sagat maskulin pada era tersebut.
BUKAN WARNA ‘GIRL’ SEMATA
Industri pakaian dan juga permainan kanak-kanak memainkan peranan besar yang mempengaruhi masyarakat beranggapan bahawa pink itu warna feminin. Biru untik baby lelaki dan pink untuk baby perempuan. Itulah yang biasa kita dengar. Namun sebagai lelaki dewasa anda berhak menentukan gaya tersendiri tanpa perlu memikirkan label yang diberikan. Malah anda juga bukan kanak-kanak lagi.
TANGKAP PERHATIAN
Seperti MASKULIN katakan warna pink mempunyai daya tarikannya tersendiri terutamanya di mata wanita. Mereka sangat menyukai warna ini. Jadi cuba bayangkan anda yang kacak mengenakan baju berwarna pink. Pasti mata mereka tak lekang memandang anda!
Warna pibnk juga sering digunakan sebagai simbol kekuatan. Mungkin ada di antara anda tak tahu bahawa warna pink digunakan sebaga simbol kesedaran kanser payudara. Selain membuatkan anda menonjol secara tak langsung anda membawa suara kesedaran kepada masyarakat.
MUDAH DIPADANKAN WARNA LAIN
Pink merupakan warna yang membawa sifat sangat universal. Malah warna kulit anda boleh menjadi semakin emnonjol dengan sesetengah warna pink. Lelaki berkulit lebih gelap akan nampak lebih menarik dengan pink yang lebih light. Manakala lelaki berkulit cerah amat sesuai dengan warna pink lebih terang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.