T-Shirt termahal di dunia? Memang ada ke? Tak dapat dinafikan, seiring perkembangan zaman, semakin banyak pakaian yang diciptakan oleh para pereka dari yang murah hingga mahal. Harganya bergantung dari kualiti dan gayanya.
1. Superlative Luxury – RM1.6 Juta
Ini dia T-shirt yang mendapat gelaran sebagai T-shirt termahal di dunia. Harganya setara dengan kereta mewah dan sebuah banglo mewah!
Ya, T-shirt yang bernama Superlative Luxury ini dilancarkan di London pada tahun 2012. Meskipun terlihat seperti T-shirt biasa, tapi t-shirt berwarna hitam itu dibuat dengan bahan 100% bebas CO2 (Karbon Dioksida). Bukan setakat itu, t-shirt tersebut juga bertakhtakan 16 butir berlian yang sangat istimewa. Tak haira kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 400 ribu atau sekitar RM 1.6 Juta
2. UNICEF Cargo Flight – RM1.2 juta.
UNICEF memang aktif di bidang bantuan amal untuk golongan yang tak berkemampuan menerusi cara lelongan. Selain T-shirt Hanes / UNICEF 1996 Olympics yang berjaya dijual berharga RM168 ribu, UNICEF kembali melelong t-shirt kosong dengan lakaran kartun yang berjaya terjual hingga US$ 300 ribu atau sekitar RM1.2 juta.
Kaos dengan desain gambar pesawat yang menjatuhkan kotak bantuan itu hanya ada 12 helai di dunia dan dibeli oleh salah satu dermawan.
Ads
3. Crocodile T-shirt- RM366,000.00
Kamu tentu sudah familiar dengan jenama terkenal Hermes. Ya, produk dengan jenama ini terkenal dengan harganya yang super fantastik.
Bukan sekadar beg tangan, harga t-shirt yang mereka jual pun sangat mahal dan ada yang setara dengan harga sebuah kereta. Menurut laporan dari Time, Crocodile T-shirt dari Hermes ini dijual dengan harga US$ 91 ribu atau sekitar RM366 ribu. Nak tahu kenapa mahal sangat? Ini kerana material yang digunakan 100% dari kulit buaya. Duh!
4. Hanes / UNICEF 1996 Olympics – RM168,000.00
Pada tahun 1996, Atlanta berkesempatan menjadi tuan rumah sukan Olimpik. Hal itu membuatkan UNICEF menjalin kerjasama dengan Hanes untuk membuat lelong T-shirt. Semua hasil lelongan itu pun akan diberikan untuk anak-anak kurang bernasib baik. Pada awal penjualan, t-shirt tersebut hanya dijual dengan harga US$1 atau sekitar RM4.
Ads
Namun, memandangkan baju hitam kosong ini sudah tidak dikeluarkan lagi, mereka kemudian melelongnya hingga mencapai US$ 42 ribu atau sekitar RM168 ribu.
5. Supreme x Molodkin Sample Box Logo – RM88,000.00
T-shirt termahal di dunia seterusnya dipegang oleh t-shirt dari jenama Supreme. Ya, di tahun 2003, Supreme berkolaborasi dengan Molodkin dengan melancarkan berbagai macam t-shirt box-logo. Beberapa rekaan t-shirt juga dikeluarkan tapi tak pernah terlihat dijual. Salah satunya adalah t-shirt bergambar negatif gambar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bahagian belakangnya.
Ads
T-shirt tersebut hanya dijual di online. Memang susah untuk menjumpai koleksi ini dan tak hairanlah kalau harga untuk T-shirt ini mencapai US$ 22 ribu atau sekitar RM88 ribu sehelai.
6. John Lennon Home – RM65,600.00
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi legenda, John Lennon. Sebelum meninggal dunia kerana ditembak oleh salah satu peminat fanatiknya, Lennon diketahui seringkali mengenakan t-shirt bertuliskan “Home”.
Tanpa disangka, T-shirt pemberian seorang pemilik restoran bernama Home itu pun terkenal setelah dipakai oleh John Lennon saat konserr. Harga t-shirt warna jingga itu dijual dengan harga yang sangat mahal iaitu mencapai US$ 16,400 atau sekitar RM66 ribu
7. Run DMC “My Adidas”- RM52,000.00
T-shirt termahal pertama adalah Run DMC dari Adidas. T-shirt tersebut dikeluarkan sekitar tahun 1980-an yang pada masa itu dibuat untuk promosi konsert Run D.M.C yang memang sangat popular. Agak simple, T-shirt tersebut hanya rekaan kosong yang ditambah dengan tulisan berwarna hitam dan garis merah.Walaubagaimanapun, ternyata ia masih sangat popular hingga saat ini. Jadi tak hairan kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 13 ribu atau sekitar RM52 ribu.
Itu dia tujuh t-shirt termahal di dunia yang harganya sudah pasti buat anda terkejut. Yang mana satu pilihan anda?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Telah banyak kita saksikan kolaborasi istimewa yang dilakukan oleh Levi’s bersama jenama atau filem terkenal.
Jika sebelum ini Levi’s bekerjasama dengan jenama streetwear popular Supreme, kali ini pembikin denim legenda tersebut bakal memperkenalkan koleksi edisi terhad kolaborasi bersama Star Wars.
Kerjasama yang menyaksikan Levi’s berganding bahu bersama Disney dan Lucasfilm ini adalah bersempena kemunculan filem terbaru ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’.
Ia juga bersempena dengan ulang tahun francais filem sains fiksyen terhebat pernah disaksikan muncul dalam dunia Hollywood.
Difahamkam koleksi Levi’s x Star Wars membariskan seleksi pakaian denim yang diinspirasikan daripada pelbagai karakter, lukisan serta logo berkaitan dengan filem tersebut.
Antara yang paling menarik perhatian ialah trucker jacket, jeans, hooodie dan juga t-shirt. Dan kesemuanya berkisar tentang trilogi terbaru yang diperkenalkan menerusi filem-filem Star Wars.
Malah apa yang menarik qutoe terkenal daripada karakter-karakter seperti “I am your father” (Darth Vadder) dan “GGWWWRGHH!!!” (Chewbacca) turut menghiasi seleksi pakaian koleksinya.
Koleksi edisi terhad ini bakal dipasarkan pada 1 November 2019. Persoalannya sekarang adakah koleksi istimewa ini akan turut didapati di negara kita? Sama-sama kita tunggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Onitsuka Tiger merupakan salah satu syarikat pengeluar kasut tertua di Jepun. Dengan sejarahnya yang cukup lama jenama ini cukup disegani di kalangan penggemar sneakers.
Penubuhan Onitsuka Co Ltd pada tahun 1949 oleh bekas pegawai tentera, Kihachiro Onitsuka menyaksika ia terus berkembang menjadi salah satu jenama kasut popular di dunia.
Setiap koleksi diperkenalkan kebiasaannya mendapat sambutan dan diberikan perhatian cukup besar oleh penggemar sneakers.
Terbaru untuk mengukuhkan kedudukan jenamanya di Malaysia, Onitsuka Tiger telah melancarkan beberapa seleksi model kasut sepanjang bulan Oktober 2020.
Sebanyak empat model diperkenalkan iaitu P-TRAINER PRZM, P-TRAINER KNIT LO, ICON SERIES dan BIG LOGO TRAINER 2.0. Kesemua sneakers ini menampilkan ciri-ciri tersendiri yang menyerlahkan gaya berbeza namun dalam estetika jenamanya.
P-TRAINER PRZM
Model yang dijangka mencuri perhatian, P-TRAINER yang diberikan sentuhan baharu. Model ini turut disertakan dengan midsole FLYTEFOAM Propel dan OrthoLite inner sole bagi keselasaan maksima pemakainya.
P-TRAINER KNIT LO
Kejayaan siri P-TRAINER KNIT di pasaran sebelum ini membuatkan mereka menampilkan versi potongan lebih rendah. Model kasut ini tampil dengan keselesaan seperti memakai stoking atau lebih popular dengan itislah sock-like fit. Tapaknya yang tebal dengan jalur Onitsuka Tiger disertakan bersama FLYTEFOAM dan teknologi OrthoLite.
ICON SERIES
Rekaan paling ikonik dalam sejarah Onitsuka Tiger ini ditampilkan semula demi memenuhi permintaan ramai. Reka bentuk ICON SERIES telah bertahan selama lebih 70 tahun menjadikannya sebagai salah satu sneakers paling ikonik. Lebih menarik ia hadir dalam kuantiti terhad berserta nombor siri.
BIG LOGO TRAINER 2.0
Bigger is better. Mungkin itulah yang ingin ditampilkan oleh Onitsuka menerusi model BIG LOGO TRAINER 2.0 dan BIG LOGO TRAINER MT. Menerusi variasi terkini, Onitsuka Tiger mengemaskini daripada model yang tampil pada koleksi AW19 lalu. Ia tampil dengan material seperti mesh netting, veau velour, getah prestasi dan juga beberapa estetika teknikal yang selesa.
Kesmua model terbaru Onitsuka Tiger kini boleh didapati dipasaran menerusi outlet mereka yang terpilih di seluruh negara dan juga laman sesawang rasminya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas pembukaan sempadan secara besar-besaran di seluruh dunia ramai mengambil kesempatan untuk melancong atau menziarahi keluarga dan sahabat handai yang tinggal di luar negara.
Dua tahun berdepan pandemik dan penutupan sempadan membuatkan ramai di antara kita berasa lebih teruja untuk merentasi pintu setiap negara terutamanya yang memiliki empat iklim berbeza.
Buat anda yang ingin ke luar negara pada penghujung tahun seperti ini pastinya anda mahu bersedia dengan pakaian musim sejuk yang cukup sesuai. Salah satunya ialah pakaian lapisan dalam yang mampu mengekalkan suhu badan dengan baik.
Selaku jenama yang sentiasa menawarkan inovasi dan teknologi pakaian terbaik, UNIQLO menampilkan koleksi HEATTECH. Ia merupakan inovasi tekstil yang direvolusikan mampu mengekalkan suhu badan dengan fabrik yang selesa dipakai.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2003 dengan rekaan pakaian lapisan dalam lelaki turtle-neck, HEATTECH telah banyak berubah dan berkembang memperkenalkan pelbagai koleksi yang lebih variasi.
Selain mampu membantu mengekalkan suhu badan UNIQLO HEATTECH juga mengembangkan fungsinya seperti anti-bau, penyerap kelembapan, regangan dan pengekalan bentuk menjadikan pakaian untuk musim sejuk lebih selesa dipakai.
Selain baju kelengkapan pakaian dan aksesori seperti daripada bahagian atas, bahagian bawah, stoking dan aksesori pakaian musim sejuk lain turut ditawarkan termasuklah untuk wanita dan kanak-kanak.
Bagi koleksi terbaru iaitu 2022 Fall/Winter, UNIQLO HEATTECH didatangkan dengan variasi lebih banyak dan pelbagai warna untuk semua peringkat umur dan jantina. Sebagai contoh pakaian luar yang menarik seperti trench coat, parka, ves dan juga kategori pakaian lapisan Extra Warm.
Buat anda yang ingin mengembara dalam masa terdekat UNIQLO HEATTECH adalah pilihan yang bukan sahaja baik tapi hadir dengan harga cukup berpatutan di pasaran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.