Adakah anda penyokong tegar pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool? Jika ya, anda harus tahu bahawa pada 23 Februari hadapan akan berlangsungnya Ultimate Reds Battle Fun Run 2019.
Acara yang akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dijangka akan menyaksikan seramai 5,000 penyokong kedua-dua pasukan berentap dalam aktiviti larian.
Larian? Mengapa bukan permainan bola sepak?
Menjawab persoalan di atas, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Fivers Global, Rabiatul Adawiyyah Izzadin mewakili pihak penganjur memaklumkan, objektif utama Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 adalah berteraskan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Fivers Global, Rabiatul Adawiyyah Izzadin
“Jadi, bukan sukan bola sepak sahaja boleh mengeratkan hubungan silaturahim malah acara larian sebegini turut memberi manfaat yang sama,” katanya.
Lima manfaat melalui aktiviti larian
Ujar Ahmad Azman Ibrahim yang merupakan pengarah projeknya, selain peminat kedua-dua pasukan itu dapat bertemu dan membina jaringan rakan baharu, pihak penganjur berharap para peserta akan turut menikmati empat manfaat seperti :
Ads
Pengarah Projek Ultimate Reds Battle Fun Run 2019, Ahmad Azman Ibrahim
1. Berlari boleh mengeluarkan peluh
2. Membantu darah dalam tubuh mengalir lancar
3. Menyokong peserta yang sedang melakukan rutin untuk kuruskan badan
4. Menggalakkan orang ramai berlari demi kehidupan yang lebih sihat
5. Menguatkan sendi dan otot untuk berkerja dengan lebih baik
Ahmad Azman memberitahu, jika ada individu yang teringin untuk berlari tetapi berasa segan kerana ketiadaan rakan sebagai peneman, maka inilah masa yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Persiapkan diri dengan latihan asas
Dalam pertemuan yang sama, Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, peserta yang ingin menyertai Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 harus mempersiapkan diri dengan melakukan :
Presiden Red Army Malaysia, Datuk Rosthman Ibrahim
1. Latihan larian atau jogging paling kurang 10,000 langkah dalam masa sehari
2. Biasakan diri dengan aktiviti memanaskan badan untuk elak tubuh mudah cramp
3. Atasi kecederaan anggota tubuh yang boleh memberi kesan kepada larian
4. Utamakan kesihatan diri kerana kesihatan yang terjejas akan mempengaruhi rutin larian
5. Latihan boleh menguatkan jantung sekali gus melancarkan perjalanan darah
Ads
Dengan memastikan persediaan rapi sebegini dibuat, peserta yang menyertai larian yang dianjurkan akan kurang terdedah kepada risiko kecederaan pada saat-saat akhir.
Acara yang rare!
Menurut Editor Sukan Sinar, Izahar Atan, Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 merupakan sebuah acara sukan santai yang rare kerana ia melibatkan kedua-dua penyokong pasukan bola sepak dunia Manchester United dan Liverpool.
Editor Sukan Sinar, Izahar Atan
“Semua orang tahu bahawa Manchester United dan Liverpool tidak pernah sebulu namun menerusi acara ini, kita memberikan gambaran yang sebaliknya.
Ads
“Menariknya lagi, seluruh dunia turut akan mendapat tahu bahawa Malaysia sedang mengajurkan sebuah acara sukan yang sangat berprestij,” katanya.
Boleh pilih 4 kategori yang diminati
Ultimate Reds Battle Fun Run 2019 menawarkan empat kategori pilihan larian seperti 3km, 5km 10km serta virtual run.
Harga bagi setiap individu untuk tiga jarak tersebut adalah RM80 dan jika penyertaan adalah secara berkumpulan, kadarnya cuma RM75 sahaja bagi setiap orang.
Untuk virtual run pula, caj yang dikenakan adalah RM90 dan kesemua pendaftaran untuk kategori ini boleh dibuat menerusi laman www.ultimateredsbattle.com.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Believe Fitness APEX 6.0 Challenge edisi keenam yang berlangsung di Believe Fitness IOI Mall Putrajaya baru-baru ini menjadi bukti nyata bahawa kecergasan bukan lagi sekadar satu gaya hidup, tetapi simbol ketahanan fizikal dan kekuatan mental lelaki moden.
Pada 14 Jun lalu, lebih 100 peserta menyertai acara tahunan yang penuh intensiti ini, diperhatikan oleh lebih 200 penonton yang turut memberikan sokongan padu.
Acara ini menonjolkan format litar yang merangkumi antara 7 hingga 12 jenis senaman berintensiti tinggi.
Reka bentuknya bukan hanya untuk menguji kekuatan otot tetapi juga daya tahan kardiovaskular peserta.
Dua kategori utama diperkenalkan iaitu kategori solo lelaki dan wanita, serta kategori berpasukan yang memerlukan keserasian dan strategi dalam menyelesaikan cabaran bersama.
Bagi kategori solo, peserta diuji dengan 12 bentuk senaman mencabar seperti Ballistic Row, Med Ball Slam to Pushup, Broad Jump, Wall Ball Mountain Climbers dan Frog Sit-Ups.
Sementara itu, kategori berpasukan pula merangkumi cabaran kolaboratif seperti Squat to Toss Rotation, Relay Run dan Dumbbell Plank Drag, yang memerlukan kerjasama serta ketahanan secara kolektif.
SEMANGAT KOMUNITI
Menurut Pengarah Urusan Believe Fitness, Patrick Davis, acara ini menekankan kepentingan semangat komuniti dalam mencapai matlamat kecergasan.
“Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar mengenai kecergasan semata-mata ianya juga mengenai meningkatkan had diri, keluar dari zon selesa, dengan melakukannya bersama-sama komuniti yang mempunyai minat yang sama,” jelas beliau.
Beliau turut menambah, “Kami sedar acara ini bukan hanya mengenai individu semata-mata, tetapi juga mengenai komuniti di sekeliling mereka.”
Kenyataan ini jelas memperkukuh misi Believe Fitness dalam membina rangkaian kecergasan yang inklusif dan menyokong semua peringkat kecergasan, daripada pemula hingga mereka yang berpengalaman dalam dunia gim.
Believe Fitness APEX 6.0 Challenge juga mencerminkan pendekatan progresif Believe Fitness dalam memperkenalkan latihan fungsional yang efektif dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Ia bukan sekadar platform pertandingan, tetapi medan sebenar untuk menguji dedikasi dan disiplin para peserta terhadap tubuh dan kesihatan mereka.
Dalam era lelaki moden yang semakin menitikberatkan kesihatan fizikal dan daya tahan mental, acara seperti ini bukan sahaja relevan tetapi diperlukan.
Ia membuka ruang kepada golongan lelaki untuk mencabar diri sendiri dalam suasana yang kompetitif, sihat dan menyokong antara satu sama lain.
Believe Fitness APEX Challenge bukan sekadar satu acara kecergasan. Ia adalah definisi semangat, disiplin dan solidariti dalam bentuk yang paling tulen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah serta membuang toksik dari badan melalui proses perkumuhan yang berlaku melalui saluran kencing anda.
Jika terjadi kegagalan buah pinggang, maka ia akan hilang keupayaan untuk menapis bendasing yang tidak diperlukan badan dengan baik.
Jika ada salah satu daripada petanda ini, anda dinasihatkan untuk pergi membuat pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik untuk rawatan lanjut.
10 tanda ini telah dikongsi oleh pemilik sebuah klinik persendirian milik Dr. Abdul Rahim Nor. Perkongsiannya dibuat melalui facebook miliknya dan telah mendapat 218 komen serta 998 jumlah perkongsian.
Ikuti perkongsiannya:
Sini doc nak share 10 tanda mungkin anda mempunyai penyakit buah pinggang. Kalau ada, Elok pergi check dgn family doktor anda secepat mungkin.
1. Uoll rasa nak buang air kencing lebih kerap dan tpi air kencing sikit je . Kerap jadi mlm, ganggu time tidur anda. Ni krn penapis buah pinggang anda dah mula rosak menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing Tpi keluar sikit je. Tak larat pi bilik air je.
2. Uoll alami bengkak di keliling mata anda. Kadang2 muka anda membelon waktu bangun tidur. Ni krn tanda awal bahawa penapis buah pinggang uoll telah rosak, yg membolehkan protein sepatutnya di simpan dlm darah anda terbocorkan ke dlm air kencing. Muka membengkak sbb anda Kehilangan banyak protein.
3. Cer check buku lali & kaki anda. Bengkak Tak? Picit bahgian buku lali/kaki…. Ada tenggelam kulit tak? yg lambat timbul ke asalnya bila lepas picit. Kerana fungsi buah pinggang anda terjejas leh menyebabkan pengekalan natrium & bocoran protein.
4. Bila uoll kencing, warna kencing anda merah mcm air serbat kenduri. Tu tanda ada darah dlm air kencing anda. Buah pinggang yg sihat biasanya menyimpan sel2 darah di dlm tubuh bila menapis sisa dr darah untk membuat air kencing, tapi bila penapis buah pinggang telah rosak, sel2 darah ni leh mula “bocor” ke dlm air kencing.
5. Klu anda kencing, tpi kencing anda banyak Berbuih2 dan keruh, tu tanda protein/albumin dlm darah anda bocor ke dlm air kencing anda.
6. Jika anda punyai kulit kering & gatal yg Tak dpt control. Ni krn buah pinggang yg sakit tu tak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral, air & nutrien yg betul dlm darah anda. Kulit anda akan kering lagi gatal sentiasa….. Garu habis dlm luar… Hihihi
7. Otot uoll kerap kekejangan krn ketidakseimbangan elektrolisis bila fungsi buah pinggang anda terjejas. Selalunya tahap kalsium & fosforus rendah yg akibatkan kekejangan otot anda… Aduuuh emaaak, sakiiiit!!
8. Penurunan teruk fungsi buah pinggang anda leh bawa kpd pembentukan toksin & kekotoran dlm darah melambung tinggi . Ni leh menyebabkan uoll rasa letih, lemah & hilang tumpuan atau fokus. Buah pinggang juga bantu buat darah merah. Bila rosak buah pinggang, darah merah anda rendah menyebabkan anda kelemahan dan keletihan jua krn anaemia.
9. Anda mengalami kesulitan tidur. Bukan krn Along mencari anda krn berhutang atau isteri/suami pi kursus… . Tpi krn bila buah pinggang tak fungsi dgn betul, toksin kekal dlm darah & tak leh buang melalui air kencing anda. Mata beruang panda le anda saban hari….
10. Selera makan anda menurun. Mkn apa pun tak enak. Nikmat mkn Allah ambil balik. . Ni krn penumpukan toksin terlampau tunggu dlm badan anda disbbkan fungsi buah pinggang yg dah rosak teruk.
C. Jika anda ada penyakit dibawah ni anda berisiko tinggi untk dpt penyakit buah pinggang :
1. tekanan darah tinggi,
2. kencing manis,
3. riwayat keluarga kegagalan buah pinggang 4.usia lebih tua dari umur 60 tahun,
Elok buat checkup buah pinggang tiap tahun.
“Mencegah lebih baik drp Merawat.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi sesetengah orang, tabiat dengkur itu satu perkara biasa. Tapi tahukah anda berapa ramai pasangan yang berpisah, bertengkar dan berselisih faham akibat taboat dengkur yang kuat?
Jadi apa itu dengkur?
Dengkur adalah kondisi di mana nafas tersekat-sekat berlaku ketika tidur dan individu yang mengalaminya bernafas melalui mulut dan bukannya hidung. Disebabkan itulah individu yang mengalaminya mempunyai sekatan sama ada berpunca dari dalam hidung atau belakang hidung, bahagian atas tekak atau larinks, tonsil atau faktor yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat sekali gus menyumbang kepada apnea tidur.
Apa yang terjadi apabila seseorang itu tidur kemudian berdengkur dengan nafas tersekat-sekat oksigen tidak sampai sepenuhnya menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah lebih kuat untuk memastikan oksigen sampai ke seluruh tubuh.
TIDUR TAK SEMPURNA
Sebab itulah mengapa mereka yang menghidap obstructive sleep apnoea (OSA) tidak mendapat tidur yang sempurna dan masih berasa mengantuk pada waktu siang kerana tidak mendapat tidur yang sihat.
Keadaan fizikal seseorang menjadi faktor penyumbang kepada OSA, malah ada individu yang tidak obese berdengkur jika berat badan mereka meningkat daripada kebiasaan, namun masalah itu berkurangan jika mempunyai berat ideal.
Ramai kalangan penghidap OSA adalah obes yang mungkin mengalami penyempitan dalam bentuk tulang yang patah atau bengkok pada bahagian dalam atau tengah hidung, polip dalam hidung, tonsil atau lidah yang besar, leher lebih pendek dan sedikit besar atau berlemak.
USIA MAJORITI PESAKIT
Majoriti pesakit yang mengalami OSA adalah lelaki berusia 35 tahun ke atas, yang kebiasaannya berhenti mengamalkan gaya hidup sihat.
Jika OSA tidak dirawat, jantung kerap bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh sekali gus meletakkan beban ke atas jantung, individu terbabit berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan masalah jantung di kemudian hari.
Peluang mendapat komplikasi jantung amat tinggi jika OSA dibiarkan tanpa rawatan. Jika OSA menjadi amat teruk dan individu menghidapnya tidak mendapat rawatan walaupun mengalami sekatan nafas untuk tempoh panjang, tidak mustahil individu terbabit tidak terjaga langsung daripada tidur dan mati dengan tiba-tiba. Keadaan ini digelar apnea jantung.
Simptom OSA
Rasa mengantuk berlebihan pada waktu siang (hipersomnia)
Berdengkur dengan kuat
Mengalami episod nafas tersekat ketika tidur
Terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba diikuti sesak nafas
Terjaga dengan mulut kering atau sakit tekak
Sakit kepala pada waktu pagi
Sukar untuk tidur (insomnia)
Sukar memberi perhatian
Mereka yang mengalami masalah dengkur perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan sama ada mereka mengalami OSA. Pertama sekali, mereka akan menjalani ujian polisonografi, yang bertujuan mengkaji corak tidur seseorang pesakit.
Pesakit akan dipantau sepanjang malam, yang mana corak tidurnya akan direkodkan, berapa kali mengalami apnea (nafas tersekat sambil berdengkur), berapa lama tempoh (nafas tersekat/terhenti) setiap kali gangguan itu berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.