
Durian memang digilai ramai baunya menggoda, rasanya lemak manis, dan teksturnya penuh krim.
Tapi, dalam keghairahan menikmati raja buah ni, ramai tak sedar durian juga sebenarnya raja dari segi kandungan kalori.
Satu ulas durian boleh mengandungi antara 60 ke 90 kalori, bergantung kepada jenis dan kematangan.
Jadi, bila anda makan lebih daripada 9 ulas, anda sebenarnya dah mengambil lebih 540 ke 800 kalori sekali jalan hampir menyamai satu atau dua hidangan nasi berlauk!
Apa Yang Ada Dalam Durian Sebenarnya?

Selain kalori yang tinggi, durian juga kaya dengan karbohidrat ringkas dan lemak semula jadi.
Dalam 100 gram durian (lebih kurang 2–3 ulas), anda akan dapat sekitar 147 kalori, bersama 27g karbohidrat, 5g lemak dan sedikit protein.
Ini bermaksud, ia buah yang tinggi tenaga dan cepat mengenyangkan tetapi juga cepat menyebabkan kalori overload kalau tak dikawal.
Walaupun tinggi kalori, durian juga ada manfaat tersendiri. Ia mengandungi potassium, serat, vitamin C dan antioksidan.
Malah, ada sejenis bahan dalam durian yang boleh naikkan mood dan bertindak seperti serotonin semula jadi sebab tu makan durian boleh buat orang happy.

Durian Boleh Buat Gemuk? Ya & Tidak
Jawapan ringkasnya ya, durian boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan jika diambil secara berlebihan, terutamanya tanpa disertakan dengan aktiviti fizikal atau kawalan pemakanan lain.
Tapi dalam masa yang sama, tidak, jika anda makan dengan berpada-pada dan bijak kira kalori sepanjang hari. Sama macam makanan lain, durian bukan musuh, cuma perlu dikawal.
Portion Yang ‘Selamat’ Untuk Dinikmati
Pakar kesihatan menyarankan agar 2 ke 3 ulas durian sekali makan sudah mencukupi untuk seseorang dewasa, terutamanya kalau anda sedang menjaga berat badan.
Kalau betul-betul craving, makanlah secara berselang hari dan sebaiknya di waktu siang, supaya masih sempat ‘burn’ kalori tersebut melalui aktiviti harian.
Durian bukanlah musuh dalam misi kurus atau hidup sihat, tapi ia perlu diambil dengan kesedaran dan kawalan.

Kalau sekali hadap boleh habis 9 ulas atau lebih, dan tiada pembakaran kalori dilakukan, maka memang berisiko naik berat badan.
Tapi kalau bijak kawal portion, jaga pemakanan lain, dan aktif bergerak tak salah pun nak nikmati durian dengan senyum.
BACA LAGI : Ketagih Air Bergas? Ini Akibatnya Jika Tak Berhenti Sekarang
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang











