Tidak dinafikan tidak semua orang sukan melakukan aktiviti kecergasan di luar rumah atau pun di gimnasium. Apatah lagi buat anda yang memiliki karakter introvert. Jadi adakah itu bermakna anda tidak boleh melakukan senaman?
Melakukan senaman di rumah sebenarnya boleh menjadi pilihan yang sangat baik untuk mereka yang tidak suka, tidak sempat atau malas keluar rumah. Terdapat beberapa jenis senaman yang tidak kurang hebatnya anda boleh lakukan di rumah.
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah dengan cara yang betul, tepat dan mudah!
SENAMAN PLANK
Cara Melakukan Senaman Plank:
Mulakan dengan posisi meniarap di atas tikar senaman.
Angkat badan anda dengan menyokong berat badan melalui siku dan hujung kaki. Pastikan siku berada tepat di bawah bahu.
Ketatkan otot perut, punggung, dan paha anda. Pastikan badan anda lurus dari kepala hingga ke kaki.
Tahan posisi ini selama 20-30 saat untuk permulaan, kemudian secara bertahap tingkatkan durasi.
SQUAT
Ads
Cara Melakukan Squat:
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan jari kaki sedikit mengarah ke luar.
Sambil mengekalkan berat badan pada tumit, bengkokkan lutut dan hulurkan punggung ke belakang seolah-olah anda akan duduk di kerusi.
Pastikan lutut anda tidak melampaui jari kaki. Turun hingga paha selari dengan lantai jika boleh.
Kemudian, tekan tumit anda untuk kembali ke posisi berdiri.
Ulang 10-15 kali untuk 2-3 set.
PUSH UP
Cara Melakukan Push-Up:
Ads
Mulai dalam posisi plank, tetapi dengan tangan anda sedikit lebih lebar daripada bahu.
Turunkan badan anda dengan membengkokkan siku hingga dada atau perut anda hampir menyentuh lantai.
Dorong melalui tangan anda untuk kembali ke posisi permulaan.
Lakukan sebanyak yang anda mampu, usahakan untuk melakukan 3 set.
BURPESS
Cara Melakukan Burpees:
Berdiri tegak, kemudian turun ke posisi squat dengan meletakkan tangan anda di lantai di depan anda.
Dalam satu gerakan cepat, loncat kaki anda ke belakang sehingga anda berada dalam posisi plank.
Lakukan satu push-up.
Loncat kaki anda kembali ke posisi squat.
Lompat ke atas dengan tangan anda direntangkan ke langit-langit.
Ulang 8-10 kali untuk satu set, dan usahakan untuk melakukan 2-3 set.
HIGH KNEES
Ads
Cara Melakukan High Knees:
Berdiri tegak dengan kaki anda selebar bahu.
Mulai berlari di tempat dengan mengangkat lutut anda setinggi mungkin ke dada.
Usahakan untuk memastikan lutut anda naik setinggi pinggul setiap kali.
Buat gerakan ini dengan cepat, seolah-olah anda sedang melakukan sprint di tempat.
Teruskan selama 30 detik untuk satu set, dan lakukan 2-3 set.
Semua senaman ini tidak memerlukan peralatan khusus dan boleh dilakukan di dalam ruangan.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, cubalah menggabungkan latihan-latihan ini dalam rutin harian anda dan lakukan secara konsisten.
Pastikan anda melakukan pemanasan ringan sebelum memulakan senaman dan pendinginan sesudahnya untuk mengelakkan kecederaan.
Selamat mencuba!
Jom subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video senaman menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Urologi adalah cabang perubatan yang mengkhususkan diri dalam aspek perubatan dan pembedahan saluran kencing wanita dan lelaki serta sistem pembiakan lelaki. Ahli Urologi biasanya menumpukan pada mana-mana 7 subspesies ini:
Penyakit yang mendapat perhatian Ahli Urologi adalah:
Infeksi saluran kencing berulang
UTI atau jangkitan saluran kencing, seperti namanya, adalah jangkitan saluran kencing. Ia disebabkan oleh bakteria dan boleh dikelaskan kepada 2 jenis, bergantung kepada sama ada ia berlaku dalam pundi kencing atau uretra. Jangkitan pundi kencing kebiasaannya disebabkan oleh Escherichia coli (E. coli), bakteria yang tidak berbahaya yang boleh ditemui di usus kecil. Jangkitan uretra sering disebabkan oleh jangkitan seksual seperti herpes dan gonorea. Gejala UTI termasukpedih ketika kencing, kencing berdarah atau gelap, kencing kerap, dan sakit buah pinggang.
Incontinence (kawalan terhadap kecing)
Kehilangan kawalan ke atas pundi kencing adalah masalah biasa dan memalukan. Kadang-kadang, incontinence hanya melibatkan air kecing yang tekeluar sedikit ketika bersin atau batuk. Terdapat juga masa-masa apabila ia sangat teruk yang memerlukan anda ke tandas setiap masa. Jangan teragak-agak untuk berjumpa ahli urologi jika kehidupan seharian anda terganggu oleh Incontinence.
Sindrom Pundi Kencing
Juga dikenali sebagai cystitis interstisial (IC), sindrom pundi kencing yang menyakitkan adalah masalah kencing kronik yang menyebabkan rasa sakit dan tekanan di bawah perut. Kes-kes yang berbeza dari setiap pesakit, dan simptom boleh berubah setiap hari, atau mingguan, bulanan, bahkan secara tahunan. Pada masa yang paling teruk, keadaan ini akan membuatkan pesakit ke bilik mandi di mana saja dari 40 hingga 60 kali sehari. Bagi wanita, keadaan kadang-kadang disertai dengan sakit pada vulva, vagina, atau di belakang vagina, sementara lelaki mengalami kesakitan pada buah zakar , skrotum, atau kawasan di belakang skrotum.
Pembesaran Prostat
Pembesaran prostat atau hiperplasia prostat (BPH) adalah masalah prostat biasa untuk lebih daripada separuh lelaki yang berusia lebih 60 tahun. Pembesaran bukan kanser ini berlaku apabila sel prostat perlahan-lahan melipat kali ganda dan menyekat uretra yang mana air mani dan air kencing keluar dari badan secara tak terkawal. Tanda-tanda prostat anda membesar termasuk pengaliran air kencing yang tidak henti-henti, kesukaran memulakan kencing, merasakan pundi kencing masih tidak habis walaupun telah selesai kencing, dan aliran kencing yang lemah atau perlahan.
Batu karang
Batu ginjal, juga dikenali sebagai lithiasis renal dan nephrolithiasis, adalah batu mineral kecil dan garam yang terbentuk di dalam buah pinggang. Mana-mana bahagian saluran kencing boleh menderita dengan kehadiran batu ginjal, dan mebyebabkan kencing menjadi satu perkara yang sangat sukar dan menyakitkan. Kes-kes yang tidak begitu kronik hanya memerlukan pesakit untuk minum banyak air dan ubat tahan sakit. Walau bagaimanapun, batu di dalam saluran ini boleh menyebabkan komplikasi dan memerlukan pembedahan untuk disingkirkan. Batu ginjal biasanya akan membuatkan seseorang menghadapi air kencing yang berbau kotor atau berbau busuk, demam dan menggigil, kesakitan ketika membuang air kecil dan kesakitan teruk di bahagian belakang dan belakang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sememangnya menderma darah merupakan amalan baik lagi terpuji kerana kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini.
Berikut adalah 12 Kelebihan dan Manfaat Menderma Darah Yang Anda Wajib Tahu.
Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekali gus memberi faedah kepada kedua – dua penderma dan penerima.
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita.
Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit.
Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten.
Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat – sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 – 85%!
Individu boleh melakukan `diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48-72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar.
Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
Jom derma darah.
Sumber : sentiasapanas
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
DARI MANA DATANGNYA SAYANG, DARI MATA TURUN KE HATI. NAMUN, BAGI INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI MATA YANG SEMPURNA SEPERTI JULING, IA AKAN MENJEJASKAN IMEJ DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA.
Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.
Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.
Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian.
Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.
Juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling.
Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.
Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.
Apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak. Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.
Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling.
MATA MALAS
Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.
Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.
Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.
Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.
PENYEBAB JULING
Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing.
Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama.
Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.
Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.
Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut.
GEJALA STRABISMUS
Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.
Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PSEUDOSTRABISMUS?
Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu.
Bayi baru lahir, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.
Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.
Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus.
JENIS-JENIS JULING YANG KERAP DITEMUI
* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya
* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya
* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh.
Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.
Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS JULING
Strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.
Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.
Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun.
Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh.
Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata.
Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak.
Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.
RAWATAN
Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.
* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus
* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif
* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya
* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.
BAGAIMANA PEMBEDAHAN JULING DILAKUKAN
Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata.
Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.
Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.
Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.
Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.
KESAN SAMPINGAN SURGERI
Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.
Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.
SUMBER : UTUSAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang