Di pentas hiburan, Nabil Ahmad dikenali dengan gelak tawa yang menghiburkan.
Namun, di sebalik jenaka spontan dan personaliti ceria itu, tersembunyi satu sisi lain dirinya seorang yang sangat komited terhadap gaya hidup sihat dan mental yang seimbang.
Setiap hari, tanpa gagal, Nabil menjalani rutin yang bukan calang-calang.
Dari larisejauh 5 kilometer, senaman CrossFit, sehinggalah mandi ais pada suhu ekstrem, semuanya dilakukan demi satu tujuan keseimbangan antara fizikal dan emosi.
Bagi sesetengah orang, mandi ais mungkin hanya trend TikTok, tapi bagi Nabil, ia adalah rutin penting untuk pemulihan otot dan kestabilan emosi.
Setiap hari, beliau akan berendam selama 3 minit dalam air sejuk bersuhu sekitar 5 hingga 6 darjah Celsius.
Ads
“Kalau kita harapkan mesin penyejuk, suhu biasa dapat dalam 12 darjah je. Tapi kalau dapat ais banyakmemang padu. Rasa lain. Tenang dia tu lain macam,” katanya.
Selain membantu badan pulih selepas aktiviti fizikal, ice bath juga meningkatkan pengeluaran dopamine secara semula jadi, bahan kimia otak yang memberi rasa motivasi dan gembira.
“Dopamine organik tu yang buat saya rasa happy. Rasa fresh, rasa ready untuk hadap hari,” tambahnya.
CrossFit, Kalisthenik & Disiplin Diri
Nabil juga konsisten dengan senaman harian, khususnya CrossFit, yang menggabungkan latihan kekuatan, daya tahan dan kelajuan.
Walaupun kalisthenik hanya dilakukan secara ringan, komitmen terhadap senaman berat ini bukan main-main.
Ads
“Saya tak kisah bila pun pagi, petang, malam. Janji workout jalan. CrossFit ni cabar fizikal dan mental, dan saya suka push diri saya.”
Beliau percaya bahawa dalam hidup yang serba sibuk dan tekanan tinggi, senaman adalah saluran utama untuk melepaskan stres, bukan sekadar untuk penampilan fizikal.
Foto : Media Hiburan
Lari 5KM ‘Warming Up’ Untuk Hari Baru
Walau sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan keluarga, satu rutin yang tidak pernah Nabil tinggalkan ialah lari sejauh 5KM setiap pagi, dengan pace sekitar 8 atau 9.
“Lari tu benda yang saya tak boleh tinggal. Kalau tak sempat pagi, saya buat petang. Tapi saya memang akan cari masa untuk lari.”
Ads
Bagi Nabil, larian pagi bukan sekadar senaman ia adalah ruang peribadi untuk refleksi, ‘me time’ dan reset fikiran.
Dalam dunia yang penuh gangguan, waktu inilah dia paling fokus dan tenang.
Dengan semangat yang luar biasa dalam menjaga kesejahteraan diri, Nabil membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui pencapaian kerjaya, tetapi juga melalui disiplin diri dan kesedaran dalaman.
Dalam dunia penuh tekanan dan gangguan digital, rutin seperti ini bukan sahaja menguatkan badan, tetapi juga membina kekuatan mental yang jarang dilihat dalam kalangan selebriti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video gaya dan fesyen menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kejohanan Volvo Padel Open 2025 menutup tirainya dengan penuh warna dan semangat komuniti selepas berlangsung selama enam minggu yang mendebarkan.
Lebih daripada 400 pemain dari pelbagai peringkat kemahiran menyertai kejohanan edisi kedua ini, menjadikannya acara padel terbesar di Malaysia setakat ini.
Kejohanan ini difahamkan turut disokong tiga kelab padel utama Lembah Klang iaitu Joy Division Padel, Padelground dan PadelKu.
Selain itu penyertaan rakan penaja seperti Coca-Cola Malaysia, Tactical Padel, Directors’ ThinkTank dan REGEN Physio & Sports Rehab turut menjadikan acara ini berlangsung meriah.
Kejohanan padel ini dilihat bukan sahaja medan pertandingan tetapi juga platform mengukuhkan gaya hidup sihat dan hubungan sosial dalam komuniti padel tempatan.
Volvo Padel Open 2025 menyaksikan seramai 12 juara dinobatkan mengikut tiga kategori utama iaitu Beginner, Intermediate dan Advanced, selepas mengatasi 416 pemain lain.
Berikut merupakan keputusan dan nama juara mengikut kategori:
Kategori Lelaki Beginner: Omar Abd Aziz dan Khairil bin Anuar
Kategori Lelaki Intermediate: Mohd Fazrul Hafiz Mohd Nordin dan Mohd Fadly Mohd Salleh
Kategori Lelaki Advanced: Aidan Khairuddin Yunus dan Andreas Falk Bjerrehus
Kategori Wanita Beginner: Zulaikha Mohd Rani dan Nur Hidayah Husna Azman
Kategori Wanita Intermediate: Nur Hazwani Binti Abdul Rahman dan Siti Zubaidah Abdullah
Kategori Wanita Advanced: Nor Adlina Anuar dan Qistina Aqilah Binti Mohd Rizal
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, barangan eksklusif daripada Tactical dan pengalaman eksklusif seperti pemanduan selama tujuh hari bersama kenderaan elektrik Volvo. Nilai keseluruhan hadiah difahamkan bernilai lebih RM180,000.
Bagi menjamin keadilan dan keseimbangan, sesi penilaian kemahiran diwajibkan kepada semua peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate.
Klinik kejurulatihan percuma juga disediakan sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan, yang diadakan pada 19 dan 26 Julai.
Seramai 380 pemain menyertai sesi ini, menunjukkan peningkatan serius dalam struktur kejohanan dan penyertaan yang lebih matang.
Grand Final Sarat Aksi dan Emosi
Pusingan akhir yang berlangsung pada 27 Julai di Joy Division Padel 2, Petaling Jaya menyaksikan perlawanan sengit, sorakan tidak putus-putus dan semangat kesukanan yang tinggi.
Lebih 450 orang pemain, keluarga dan penonton hadir menyaksikan kebangkitan juara-juara baharu, termasuk Omar Abd Aziz dan Khairil bin Anuar yang muncul juara kategori Lelaki Beginner, serta Aidan Khairuddin Yunus dan Andreas Falk Bjerrehus yang memenangi kategori Lelaki Advanced.
Dalam ucapannya ketika Grand Final, Pengarah Operasi Pemasaran dan PR Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, berkata, “Kami berbangga dapat melengkapkan satu lagi kejohanan Volvo Padel Open dengan jayanya.
“Padel dan Volvo berkembang seiring, kedua-duanya menekankan keterangkuman, kesejahteraan dan hubungan. Melihat pemain dari pelbagai latar belakang membina persahabatan baharu di dalam dan luar gelanggang sangat menginspirasikan.”
Dari kiri: Thomas Ryard (Padelground), Sean U’ren Szeto (Joy Division Padel), Patricia Yaw (Volvo Car Malaysia), Charl Marais dan Michelle Beh (Padelku) — pasukan kuasa besar di belakang Terbuka Volvo Padel
Lebih dari sekadar kejohanan, Volvo Padel Open 2025 menjadi titik temu kepada peminat padel dan pencinta gaya hidup aktif. Ia meraikan lebih daripada sekadar kemenangan di gelanggang, tetapi juga pertumbuhan komuniti dan inspirasi bersama.
Anda boleh dapatkan raket padel dengan harga menarik DI SINI!
Dalam dua, tiga hari ini kecoh memperkatakan filem adiwira terbaru Thor yang tidak akan ditayangkan di negara kita. Nampaknya ramai yang kecewa terutamanya peminat Marvel Cinematic Universe yang setia menantikan setiap filem mereka.
Aksi pelakon yang membawakan watak Thor iaitu Chris Hemsworth yang dijangkakan berubah dengan bentuk badan mantap seperti dulu. Iyalah selepas ‘Avengers: Endgame’ yang lalu dia tampil dengan perut yang lebih boroi, pasti ramai mahu melihat dia kembali menjadi ‘sado’!
Ramai yang mengidamkan bentuk badan menarik seperti Chris Hemsworth. Namun ia tidak datang bergolek. Jika kena dengan jenis senaman dan usaha keras pasti anda juga mampu memilikinya. Ini terutamanya di bahagian lengan!
Foto: Marvel Studio
Sebanyak empat latihan yang anda boleh lakukan secara rutin untuk membantu anda untuk membentuk otot lengan. Dan nada juga tak harus pandang remah akan diet pemakananan, pastikan ambil makanan bergizi untuk mempercepatkan pembentukan otot lengan.
Berikut merupakan cara untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
LATIHAN RINGAN ARM CIRCLE
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas.
Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf ‘O’ dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
PUSH UP DENGAN KERAP
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus.
Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
GERAKAN CONCENTRATION CURL
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban.
Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
PULL UP DENGAN BENTUL
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar.
Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan mantap seperti Thor!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video fitness menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulan semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.