Ads

Mark Wahlberg Jalani Penggambaran Filem Netflix Di Pulau Pinang, Perodua Kelisa Pula Jadi Tumpuan Ramai

Mark Wahlberg

Pelakon Hollywood terkenal, Mark Wahlberg, kini berada di Pulau Pinang bagi menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai salah satu lokasi utama produksi antarabangsa berkenaan.

Penggambaran dilaporkan bermula pada Jumaat lalu dan dijangka berlangsung selama kira-kira dua minggu di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A. Rajendran, beberapa lokasi ikonik yang dipilih sebagai set penggambaran termasuk Lebuh Melayu, Lorong Kulit, Stadium Bandaraya, Stadium Batu Kawan dan Padang Macallum.

Kehadiran Mark Wahlberg di negeri itu turut mengundang keterujaan peminat yang tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video sepanjang proses penggambaran berlangsung.

Kelisa Curi Perhatian

Namun menariknya, bukan sahaja kehadiran Wahlberg yang menjadi bualan ramai.

Sebaliknya, sebuah Perodua Kelisa berwarna perak yang muncul dalam salah satu babak penggambaran turut mencuri perhatian pengguna media sosial.

Rakaman video yang memaparkan Wahlberg berdiri di sebelah kereta kompak ikonik keluaran Perodua itu tular di pelbagai platform, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ads

Mark Wahlberg Jalani Penggambaran Filem Netflix Di Pulau Pinang, Perodua Kelisa Pula Jadi Tumpuan Ramai

Ada yang berseloroh kononnya Kelisa bakal menjadi watak utama filem tersebut, manakala tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan francais Transformers.

Seorang pengguna Facebook, Ding Xiang, bergurau,

“Filem Transformers baharu ke? Nak tengok juga Kelisa ni bertukar jadi robot apa.”

Jenaka tersebut pantas menerima pelbagai reaksi kerana Kelisa sememangnya antara model yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih dua dekad lalu.

Ads

Thriller Jenayah Bertaraf Antarabangsa

The Big Fix merupakan filem thriller jenayah arahan pengarah Iceland, Baltasar Kormákur, yang sebelum ini terkenal menerusi beberapa filem antarabangsa seperti Everest dan Beast.

Selain Mark Wahlberg, filem ini turut dibintangi Riz Ahmed, Zlatko Burić dan Chin Han.

Jalan ceritanya berkisar mengenai seorang bekas pegawai Interpol yang kini bertugas bersama Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum menemui bukti mengenai satu sindiket mengatur perlawanan bola sepak di peringkat global.

Mark Wahlberg Jalani Penggambaran Filem Netflix Di Pulau Pinang, Perodua Kelisa Pula Jadi Tumpuan Ramai

Apa yang bermula sebagai satu siasatan biasa akhirnya bertukar menjadi misi berbahaya apabila dia semakin menghampiri dalang utama yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap Triad dari China.

Ads

Gabungan elemen jenayah, aksi dan konspirasi antarabangsa dijangka menjadikan The Big Fix antara filem Netflix yang dinanti-nantikan apabila ditayangkan kelak.

BACA: 5 Sebab Pelari Biasa Mula Beralih Kepada Trail Running

Promosi Tidak Langsung Untuk Pulau Pinang

Pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran turut dilihat mampu memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan.

Selain memperkenalkan keunikan landskap bandar warisan George Town kepada penonton antarabangsa, penggambaran filem berskala besar seperti ini turut membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk produksi filem global.

Dengan kehadiran nama besar seperti Mark Wahlberg serta barisan pelakon antarabangsa lain, ramai berharap lebih banyak produksi Hollywood akan memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran pada masa hadapan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
hoka

HOKA Lancar Clifton PRO, Tawar Pengalaman Larian Lebih Lancar Untuk Kejar...

HOKA memperkenalkan Clifton PRO di Malaysia bersama program Run It Again bagi membantu lebih ramai pelari berlatih secara konsisten dan mengejar personal best.