Masalah kegagalan ereksi, ancaman senyap yang ramai lelaki tak sedar. Tahukah anda bahawa hampir 90% kes mati pucuk dalam kalangan lelaki berpunca daripada penyakit kencing manis dan juga masalah jantung? Dua penyakit kronik ini memberi kesan besar terhadap fungsi seksual lelaki tanpa disedari.
Masalah Kegagalan Ereksi, Ancaman Senyap Yang Ramai Lelaki Tak Sedar
Selain itu, tekanan emosi seperti kemurungan turut memberi impak negatif kepada kesihatan seksual. Berat badan yang berlebihan pula boleh menyebabkan aliran darah ke zakar menjadi tidak lancar, sekali gus mengganggu keupayaan ereksi.
Kandungan gula yang tinggi dalam badan bukan sahaja merosakkan saraf, malah turut mengganggu keseimbangan hormon lelaki. Gabungan faktor-faktor ini boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, satu isu yang sering dipandang remeh.
Masalah mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED) bukanlah isu yang asing dalam kalangan lelaki, namun ia sering tidak dilaporkan kerana kurangnya pemeriksaan kesihatan secara berkala. Statistik menunjukkan bahawa masalah ini semakin meningkat mengikut pertambahan usia.
Peratusan ED Mengikut Umur
Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, berikut ialah kadar ED yang direkodkan mengikut kumpulan umur:
9% lelaki berumur 40-44 tahun
12% bagi umur 45-49 tahun
18% di kalangan lelaki 50-54 tahun
29% melibatkan mereka yang berumur 50-59 tahun
38% bagi kumpulan umur 60-64 tahun
Ads
54% lelaki berusia 65-70 tahun
Peningkatan ketara ini menunjukkan bahawa faktor usia memainkan peranan besar dalam masalah ED.
Punca Kesihatan Yang Berkait Rapat
Masalah ED ini bukan hanya berkait dengan faktor usia, tetapi juga sangat rapat dengan pelbagai isu kesihatan seperti:
Diabetes dan penyakit jantung – sebanyak 89.2% penghidap ED turut menghidap salah satu atau kedua-dua masalah ini.
Tekanan darah tinggi – 80.4% daripada mereka yang mengalami ED juga menghadapi masalah ini.
Hiperkolesterolemia (kolesterol tinggi) – turut dikesan dalam 78.9% kes ED.
Selain itu, kemurungan dan masalah kesihatan mental juga menyumbang kepada gangguan fungsi seksual lelaki. Penyakit-penyakit ini memberi kesan kepada aliran darah, fungsi saraf, dan keseimbangan hormon, yang kesemuanya penting dalam mencapai dan mengekalkan ereksi.
Ads
Kepentingan Pemeriksaan Awal Dan Gaya Hidup Sihat
Memandangkan kaitan rapat ED dengan pelbagai penyakit kronik, amat penting bagi lelaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, terutama selepas usia 40 tahun. Gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan, bersenam, mengurus stres dan mengawal berat badan boleh membantu mengurangkan risiko ED dan masalah kesihatan lain.
Langkah pencegahan boleh dimulakan dengan menjaga berat badan ideal dan memastikan paras gula dalam darah sentiasa terkawal. Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam secara konsisten, menjaga pemakanan dan mendapatkan tidur yang cukup boleh membantu menstabilkan hormon serta meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Hargai diri anda dan pasangan. Jangan biarkan keinginan dan kemampuan hilang sebelum masanya. Bertindak sekarang untuk kesihatan yang lebih baik, luar dan dalam.
Rosyam Nor, bukan nama asing dalam industri seni Malaysia. Figura dengan nama asal Mohamed Noor bin Shamsuddin, adalah seorang pelakon, penerbit, dan usahawan terkenal di Malaysia.
Meniti usia 57 tahun, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor berkongsi tips penjagaan kesihatannya untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.
Menurut laporan Gempak, Rosyam Nor berkata dia mengawal ketat pengambilan makanannya serta mengelakkan diri dari mengambil gula dengan berlebihan.
Pemakanan perlu dijaga. Apabila metabolisme badan mula berkurang pada usia begini, saya terpaksa jaga pemakanan dengan lebih ketat
Saya elakkan pengambilan gula yang berlebihan kerana gula merupakan salah satu punca utama penyakit yang membunuh manusia
Rosyam Nor turut berkata dia bimbang akan keadaan rakyat Malaysia yang mungkin akan berdepan masalah kencing manis kerana makanan yang dibeli di luar kebanyakkan terlalu manis.
Pelakon Memoir Seorang Guru itu turut menambah dia menjaga tubuh badannya dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti mencuci kereta demi menjaga kesihatannya.
Apa-apa pun kesihatan perlu dijaga selain bersenam. Pastikan badan sentiasa berpeluh, walaupun seminggu sekali. Buatlah apa-apa kerja seperti mencuci kereta asalkan berpeluh. Itulah yang saya sering lakukan untuk menjaga kesihatan
Tak perlu bedah plastik di bawah ini ada 7 teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu anda itu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.
Urusan memilih seluar dalam sering kali dipandang remeh oleh golongan Lelaki. Bagi mereka, asal ada yang boleh dipakai, cukuplah.
Nampak memang benda remeh tapi untuk mengekalkan tahap keselesaan dan kebersihan seluar dalam anda, ramai lelaki yang tidak mengambil kira soal pemilihan dan penjagaan seluar dalam mereka.
Come on, jangan bikin malu lelaki la bro.
1. Pakai tanpa dicuci
Jangan gelak jika kami katakana bahawa memang ada lelaki yang memakai seluar dalam berulang kali tanpa dicuci. Pelik tapi benar.
Ada hal yang lebih tragis perlu anda tahu. Pernah tak dengar soal side A dan side B seluar dalam? Ya, bagi lelaki yang pemalas, mereka akan memakai seluar dalam yang sama dengan hanya menterbalikkan bahagian seluar dalam tersebut tanpa dicuci.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh Philip Tierno, director mikrobiologi di New York University dan merupakan seorang penulis bagi buku The Secret Life of Germs, rata-rata daripada seluar dalam yang sudah dipakai mengandungi sisa kotoran yang dikeluarkan oleh penis sehingga 1/10 gram. Ini kerana kadang kala berlaku pada mereka yang tidak bersih mencuci setelah membuang air.
Oleh sebab itu, WAJIB bagi anda untuk menukar seluar dalam selepas setiap kali dipakai dan lebih baik jika dicuci seluar dalam tersebut dengan air panas agar lebih bersih.
2. Kesalahan mengering
Nak sangat cepat kering, ada yang mengambil langkah mudah dengan mengeringkan seluar dalam dengan suhu yang terlalu tinggi di mesin pengering.
Cara ini tidak salah tapi ia akan membuatkan bahagian getah seluar dalam tersebut menjadi longgar sehingga senang untuk melorot. Oleh itu, better korang keringkannya dengan suhu yang lebih rendah atau lebih baik lagi jika dikeringkan secara alami, iaitu di bawah sinaran matahari.
3. Pilihan warna yang salah
Pakaian putih mudah terkena kotoran, begitu juga dengan seluar dalam. Jika tidak mahu seluar dalam korang tu bercop-cop dengan kotoran degil, maka janganlah gatal-gatal nak pilih warna putih.
Tak seksi la kan kalau seluar dalam penuh dengan kotoran. Jadi untuk tip selamat, pilih warna-warna gelap seperti hitam, biru tua atau pun kelabu. Confirm nampak lebih jantan.
Jangan Pandang Remeh Penjagaan Seluar Dalam, Ini Kesalahan Lelaki Selalu Buat!
4. Terlalu ketat
Kalau anda rasa dengan memakai seluar dalam ketat buat anda lebih seksi kerana ‘barang baik’ lebih menonjol, korang memang silap besar.
Memakai seluar dalam ketat hanya akan ‘melemaskan’ penis dan tidak baik untuk kitaran darah anda Apa kata pilih ukuran yang sesuai seperti jenis boxer kerana ia lebih ia lebih selesa untuk dipakai.
5. Material yang tidak sesuai
Sebelum membeli, check terlebih dahulu material yang digunakan. Ingat, seluar dalam berfungsi untuk melindungi daerah sensitif anda, so pilih material yang sesuai seperti kain cotton kerana ia lebih ringan dan sejuk.
Apabila kawasan sensitif korang tu mula berpeluh, lembap dan mengeluarkan bau, pasti tidak menyenangkan bukan? Jadi, kerana itulah bahan cotton dilihat sangat sesuai untuk material seluar dalam kerana ia dapat membantu menyerap peluh dengan baik.